Wednesday, June 29, 2011

...

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

Tuesday, June 28, 2011

Rasa haTi

Hidup ini sering memberikan kita pilihan.

Namun adakalanya kita sering terlepas pandang,

lalu berpaling menghulurkan tangan

untuk menggenggam pilihan

yang bukan

milik 

kita.

Sunday, June 19, 2011

oNe to maNy...

Dua batang kayu di satukan dengan paku dan dua ketul batu di satukan dengan simen. Apa pula yang menyatukan 2 hati? Saya mengajak anda berfikir secara sihat, dan mengikuti perbincangan saya pada perenggan berikutnya.


Jika kita lihat secara dasarnya, perkara yang membawa kepada kekuatan adalah penggabungan, tautan, ikatan, kerjasama dan kepercayaan. Cuba kita ambil lidi kelapa sebagai bahan uji. Jika ada sebatang lidi sahaja, terlalu mudah untuk kita mematahkannya, tetapi apa akan berlaku jika lidi di susun dalam kuantiti yang banyak?


Contoh yang lebih ekstrem yang boleh di jadikan sebagai bahan uji ialah tubuh badan kita sendiri. Kesemua organ, saraf, kulit dan lain – lain saling bekerjasama dalam menjadikan kita manusia yang sempurna. Semua unit ini bekerja dengan fungsi masing – masing, dalam mencapai tujuan yang sama. Apa kata anda sekiranya salah satu unit gagal berfungsi?


Justeru, apa kaitan penyatuan kayu, kuantiti batang lidi dan unit – unit sistem manusia dalam perbincangan ini? Analogi yang sangat mudah untuk kita mendefinasikan kehidupan manusia. Apabila bekerja atau hidup seorang diri, kita akan mudah kalah, mudah untuk di jatuhkan, di perlekehkan, tetapi jika kita berada dalam organisasi, kita akan kuat.


U.N.I.T.Y


Namun begitu untuk mencapai organisasi yang kuat, kita memerlukan unit atau sistem yang berkesan, di mana bekerja dengan penuh komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam mencapai matlamat yang sama. Persoalannya sekali lagi, apa yang menyatukan manusia?
~
~
~
~

Persaudaraan. 
Haaa....Persaudaraan kunci untuk penyatuan. Resepi untuk kejayaan. Perencah dalam kehidupan. Apa kata anda?


_SEKIAN, WASSALAM_

Friday, June 17, 2011

Azan...




Setiap hari kita mendengar laungan azan berkumandang lima kali yang menandakan masuknya waktu solat. Dalam azan:-
*    Kita diseru agar mencapai kebahagian dunia dan akhirat (al-Falah).
*    Kita digalakkan untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid kerana pahala yang dijanjikan Allah adalah lebih tinggi dari solat bersendirian.


tapi...

agak malang buat saudara seagama kita yang tinggal di selatan seberang tambak kerana azan yang dilaungkan hanya berkumandang di dalam sekitar ruangan masjid. Pembesar suara yang digunakan tidak dibenarkan sama sekali menghala keluar dari arah masjid dan tertumpu ke arah awam. Ini adalah peraturan kerajaan dengan alasan tidak mahu menggangu ketenteraman awam.

Azan bukan sekadar penanda masuknya waktu solat tetapi lebih dari itu. Azan juga dilaungkan ketika kita menghadapai saat-saat kecemasan seperti ribut taufan, kebakaran, hujan lebat dan seumpamanya.

Azan juga dibisikkan ke telinga (kanan yang lebih afdhal) bayi lelaki yang baru lahir dengan tujuan kalimah pertama yang menembusi telinga dan terus ke hatinya adalah Allahu Akhbar.



~SEKIAN....~



cik hati berkata: not feeling well...hu3...but, i'll olwez be strong...InsyaAllah...


Thursday, June 16, 2011

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. 


Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
-
-

mAKSsudnya:
 [1Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
    [2“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

   [3Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
   [4“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


kemudian......
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut....

S.E.K.I.A.N
~
~
~

Wednesday, June 15, 2011

>>>Tidak ada...



>>>1)  Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
percayalah...amalan baik akan dibalas baek.....amar makruf, nahi mungkar...insyaAllah, selamat hidup...


>>>2) Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
walau harta bertimbun-timbun, tapi kalau bersifat kedekut, nescaya ia akan berkurang jua. Percayalah...rezeki yang dikurniakan boleh ditarik balik olehNya...jangan terlalu yakin bahawa kita akan sentiasa berada diatas...langit x selalunya cerah k...

>>> 3) Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Sesungguhnya memutuskan persaudaraan itu adalah perkara yang dimurkai olehNya...

Firman Allah di dalam Surah Hajirat ayat 10:

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu semuanya bersaudara, maka hendaklah kamu damaikan di antara 2 saudara kamu yang bertelagah dan bertakwalah kepada Allah mudah-mudahan mendapat rahmat.


Firman lagi didalam surah Al-Hajrat ayat 12 yang berbunyi:

Bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman , jauhilah kamu daripada banyak prasangka buruk , sesungguhnya setiap prasangka buruk itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu , mengumpat kaji kepada setengah yang lain.

>>> 4) Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.
TANGAN yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Namun, apa yang penting ialah niat ikhlas. Sedekah bukan untuk mendapat nama mahupun dipandang tinggi oleh masyarakat. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika. 

>>> 5) Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
Setiap insan harus mengingati setiap nikmat yang Allah berikan.
Nikmat yang Allah S.W.T beri meliputi dari hujung rambut hingga di bawah kedua tapak kaki, nikmat kesihatan, udara, air, keamanan dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 18:-


“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An-Nahl: 18)



****************************SEKIAN*****************************



notes
...sedang menghabiskan sisa cuti yang bakal berakhir x lama je lagi...
ohhhh, tidak...rsa cam bru je mula bercuti...

Tuesday, June 14, 2011

aDab...

~Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah engkau sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan samada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah makanan itu - Imam Sufian ath-Thauri-

Friday, June 10, 2011

:: ~R.E.J.A.B~ ::

REJAB ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan REJAB itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan REJAB, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Sabda Nabi s.a.w.: 
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.



FADILAT BERPUASA PADA BULAN REJAB

*Malam awal Rejab >>> mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari >>> mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari >>> dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari >>> dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari >>> diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari >>> aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari >>> keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari >>> ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari >>> dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari >>> keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari >>> Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari >>> akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari >>> dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari >>> diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).


Barang siapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.



REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.


REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 




P/s: selamat beramal...:)

Monday, June 6, 2011

ranDom advices...

***Pesanan untuk kita bersama***

Beringat-ingat berpesan-pesan…hanya untuk kebaikan….


*      “…Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa kita mungkin akan melakukan sesuatu yang lebih teruk dari apa yang dia lakukan jika kita berada di kedudukannya…”

*     “…Fokuskan perhatian kita untuk menghilangkan kesan negatif hasil dari pengalaman pahit…”

*      “…Tidak adil jika kita beranggapan negatif terhadap orang hanya kerana dia pernah melakukan satu kesalahan atau kesilapan…memaafkannya adalah jalan yang terbaek…”

*      “…Perlu ada satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan hanya dengan mengimpikannya…”

*      “…Berbahagialah dengan apa yang kita miliki, berjuanglah sekuat tenaga untuk menambahkan kebahagiaan yang dimiliki itu…” 

Thursday, June 2, 2011

di sebalik solat itu....

SOLAT
Terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat


BERDIRI
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik,rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.


TAKBIR
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

RUKUK
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

SUJUD
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah kearah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

DUDUK IFTIRASY
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kalenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.


TRANSISI
Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.


SALAM
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

THUMANINAH
Thumaninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.


sesungguhnya solat itu tiang agama...di sebalik kite diperintahkan untuk menunaikan solat 5waktu ini, ternyata terdapat banyak kelebihan yang kite sendiri tidak sedari kan...


~~~...mudah-mudahan segala amalan dan ibadah yang kite lakukan ini diterima oleh Allah S.W.T....
InsyaAllah...~~~
_
_
_
_
_


P/s untuk diri sendiri dan reader: 
...Hablunminnallah wa hablunminannas...

conflict conflakes...

aduusss...sejak dua menjak ni kepala asyik sarat ngn masalah...(ha3,masalah la sgt...)..
papepon, rsa lega sbb:-
~
~
~
1) exam baru je lepas...(result???xtaw cne...tawakal je skrg ni..)
2)skrg ni da bleh rehat2 kt umah...bleh abeskan masa ngn family tersayang...(sayang kuasa infinite)..hee..


*************************************************************************************************************


ok...berbalik kepada conflict cornflakes tadi...hmmm, xtaw nk mulakan cne...tp rsanya cukup membuatkan diri ni berfikir tahap kritikal...ho3...
ape yang pasti..terasa diri ni disalahkan...
mgkin ada salah faham disini...tp rsanya xperlu saya meng"explain"kan segalanya...
sebab masalah ini susah utk di"public"kan...
papepon, mkaseh kepada watak2 sampingan yang berjaya membuatkan drama bersiri ini mendapat sambutan...ramai peminat yang meminati drama bersiri ni sehinggakan sentiasa bertanya apakah kesudahannya...sememangnya mendapat sambutan yang memberangsangkan..ho3,xsangka plak...nampaknya kna tambahkan lagi episod drama ni kot...







kepada peminat2 sekalian...
sabar k...nantikan episod kesudahannya....xperlu lah kalian bergosip2 mencari jawapan kepada drama bersiri ini...biarlah director yang meng"ending"kan citer ni k...hee..pasti akan ada happy ending untuk kalian...
.
.
.
.
opppssss....(rasanya ni n3 pertama yang berkisahkan drama bersiri...isshhhh...ni kes xda keje la ni..hak3...keje dikala xda keje yg nk dibuat kt umah....hee...)
kepada reader sekalian:-
maaf kerana xda unsur ilmiah saya terapkan untuk n3 kali ni..hee..




notes utk diri sendiri: agak rindu ngn cik kalkulator...wahai cik kalkulator, nti kte jmpa sem dpan ye...3minggu  kte akan berpisah...tp saya masih perlukan awak sem depan..skrg ni saya bgi awak rehatkan badan awak...setelah bekerja keras utk paper statistik yg lepas...saya sangat berpuas ati ngn kerjasama yang cik kalkulator berikan..hee..(dah2..mengarut plak..)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...