Thursday, December 29, 2011

S Story: Ditampar Kerana Bertudung?



Aku ada terbaca pasal citer ni. Hanya expresi saje mampu menggambarkan perasaan aku lepas tahu citer ni. Jadi teruskanlah bacaan korang. Jemputlah ye.



******************

Ceritanya begini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!"

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


******************


nota kaki: perasaan geli hati yg melampau. tajuk 'S' tu stand untuk sengal ye. hehe. :p

Say No To....



Jom kita bercerita sikit pasal Xmas, alang-alang skang ni musim dia kan.


SIMPLE EXAMPLE ON GREETING NON-MUSLIM "MERRY CHRISTMAS".

David: Morning.. what a great day..
Muslim: Morning.. so, hows ur Christmas?
David: Great.. will be enjoying very soon...
Muslim: Good..
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
David: But why?
Muslim: Seems like we can't stop u to drink liquor, but we can't drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: Can you confess our confession of faith? (shahadah)?
David: No!..Cannot!.. It will effect my faith..
Muslim: But why? just a word..:) say it.. :)
David: Now i understand :)

No Merry Christmas okay?. For those who appreciate your religion. Peace no war!








Friday, December 23, 2011

keRana dia...a.k.a pengacau...

Bila bukak je Microsoft office…
Terus keluar benda ni..



Aiyyyoooo…ape ni? Tak suke la benda pelik ni selalu kacau cik Microsoft office a.k.a cik Mic_O kat my beloved lappy…(he3..kasi nama glamour sket kat cik Microsoft Office)..dah masuk hari ke-10  da benda ni merasuk dan kacau cik Mic_O.. ish3..kesian…


Pengacau ni cakap…
“This copy of Microsoft Office is not activated”

Pastu siap bagi amaran lagi kat empunya lappy…wah,beraninye pengacau ni...heh

"You have 20 days left to activate. Ensure you are connected to your corporate network to enable automatic activation. Your system administrator can help"

adehhh..tension sy..(-_-)!



Saya selaku owner lappy, sangat paham tak paham ape maksud bende ni…kalau tak activate jadi ape ek kat Microsoft office tu?bleh tak kalau nak ignore je…
Tapi…takot la plak…
kang nanti timbul problem lain plak..plisss..plisss…help me…sob3..



Monday, December 12, 2011

when the heart speaks...

from the true heart..

it says:-

It’s hard to accept, but you can’t change the past. You can’t go back and manipulate things to the way you wanted them to happen. Because life would be meaningless and boring and just not worth living. But you can change the future and that’s a beautiful things about life. Yes, you will make mistakes and have bad days…But as long as you let the past go, you’ll have such a gorgeous and bright future ahead for you. Knowing that things were meant to happen. Knowing that each day you will learn something so that you keep growing to be a better person.

~
~
~
~
~
~
~

huhh!..What's the meaning???
sungguh terer cik hati berkata-kata...
bahasa omputeh plak tu..
i try to digest all these sentences...
Tak mau guna bantuan pakcik google 
Nak translate guna otak sendiri...haha..
my brain doing it's works as much as it can...
and finally I caught a conclusion:-
-
-
-
-
-
-

Masa lalu adalah pembelajaran untuk lebih dewasa dalam menyikapi masalah yang mungkin sama dengan yang kita alami dimasa lalu. Apapun yang kita terima adalah akibat dari apa yang telah kita lakukan. Untuk itu, lakukanlah yang terbaik agar mendapat hasil yang baik pula.




pEAce!!! 




Saturday, December 10, 2011

detik yang di tunggu...

Let the pictures tell the story first...

The story begins...3...2...1...ACTION!!!




so guys...can you guess what the event take place during that moments?
Antara KLU yang diberi ialah:-

Ada kek yang sedap sangat-sangat...sungguh,tak tipu...boleh angkat ibu jari..hee
Ada satay yang menyelerakan...nyummmyyyy...
Ada tulisan "hepi befday ma" kat setiap gambar...


so, skrang mesti da dapat teka kan....GOTCHA!!!...
yes...you're right...
today is my mum's befday...


i wish her:-
semoga panjang umo dan sihat sentiasa...
semoga sentiasa diberkati olehNya...
semoga hepy-hepy sokmo...
i luv u so much...
muahhhh..


n




last but not least





_this is her befday present for this year_


oppsss...pic ni blur sket...he3..




ok..that's all...
the story ends...





Terima kasih yang tak terhingga kepada semua watak-watak
yang menjayakan majlis ini...
sesungguhnya kerjasama yang diberikan sangatlah dihargai...
thumb's up to all...















notahati: actually 3in1...(>_")
bye2 10disember2011...

Friday, December 9, 2011

Benda Ajaib




CIKGU : murid-murid, siapa tahu 7 benda ajaib dalam dunia?

IMAN : piramid cikgu.

CIKGU : bagus. siapa lagi yg tahu, sila bangun.

DAMIA : taj mahal cikgu.

CIKGU : bagus. lagi?

ALISHA : HATI cikgu!

CIKGU : aikk kenapa pulak hati? boleh kamu terangkan kat kelas?

ALISHA : sebab hati manusia ni, orang tak nampak tapi boleh rasa. kalau hati menangis, takde siapa boleh dengar. dalam hati ada macam-macam rasa; marah, kecewa, geram, gembira dan macam-macam lagi. Allah ciptakan hati manusia ni sama bentuk & pattern tapi tak serupa. benda-benda yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu. itu cuma tinggalan sejarah lama. sebab manusia hari ni boleh buat benda-benda yg serupa dgn benda-benda tu semua TAPI takde siapa yg boleh cipta hati manusia cikgu!





*************




well, agak-agak korang setuju tak dgn si alisha tu? hee. aku sebenarnya quite support. ada betoi gak tu. apa-apapun semua atas pendirian masing-masing. paling mudah, kita iktirafkan benda ajaib semua ada 8. amacam? hehe.


hati sememangnya unik! :)

Wednesday, December 7, 2011

Quote




"Tak semua apa yg kita rasa itu happy, tak semua apa yg kita lalui itu happy, tak semua apa yg happy tu happy. Tapi percaya lah apa yg tak happy itu sebenarnya akan mematangkan lagi diri kita untuk kenal erti HIDUP yg sebenarnya."




::: ilham diri sendiri :::

Drop an Assumption...



Assalamualaikum dan salam ceria ok…


Dalam hidup, selalu je kita tersalah sangka kan…Never assume apa yang kite fikir ni same ngan owg lain fikir gak…Ingat, manusia memang dijadikan sama..Ada 2 mata, 1 hidung, 1 mulut, 2 telinga…Tapi hati lain-lain…Bak kata nenek moyang, rambut sama itam, hati lain-lain. Kalau yang kaler rambut, memang dikecualikan daripada peribahasa ni ok..disqualified…heee…



Ni effect negative kepada sape-sape yang suke buat assumpation tak tentu pasal :-

*      Kadang-kadang assumption ni wat korang akan makan ati sensorang…hah,amekkaw!
*      Assumption ni jugak wat korang akan fikir negatif kat seseorang tu...(haisshh…xbaek..nauzubillahiminzalik)
*      Lagi…korang lambat tau citer yang sebenarnye…Tu laa..sape suh assume. ..Lenkali tanye laa…baru dapat taw citer yang sahih lagi benar…
*      Then, korang berkemungkinan besar akan menjadi agen penyebar citer palsu sebab assume apa yang korang tahu itu adalah betul…Padahal ianya adalah sebaliknya…( bad attitude ok!…)
*      Vitamin assumption yang tinggi juga akan membuatkan korang rasa korang je  yang betul/terbaik…(haihh..perasan je lebih)…Bila hidup dalam komuniti, janganlah sentiasa assume diri sendiri yang bagus ok…Sebab jatuh naik seseorang itu adalah bergantung kepada nasib dan usahanya.
*      Lagi...Assumption akan menyebabkan korang hilang kepercayaan kepada seseorang…haa,hati-hati yang ni..nanti makan diri sendiri…Sebab dalam setiap hubungan, kepercayaan tersangat lah penting..tak kisah la hubungan persahabatan atau pun lebih daripada itu…Bila kepercayaan itu hilang, satu-satu hubungan itu tak akan kekal…(Ingat taw,never assume but ask…)




Tapi, dalam kes-kes tertentu assumption sangat diperlukan bagi melegakan hati dan menurunkan tahap kerisauan yang menghantui fikiran yang mana boleh menyebabkan anda kecut perut bila mendengarnye..fuyyooo,ayat…kelassss ko miss oat…hahaha..

Ni antara situasi yang mungkin pernah anda lalui:

*      Assume result exam OK walaupun pada hakikatnye time jawab, hentam keromo je…ni tak lain tak bukan hanya nak menyedapkan ati…
*      Assume orang tak perasan walaupun sebenarnye andalah yang pecahkan pasu bunga tu… terus jalan cepat-cepat tinggalkan tempat kejadian..Ni tak lain tak bukan nak selamatkan diri… (opppsss… ni bukan keje sy ok..sy tak pernah buat camni…)
*      Assume maintain kurus walaupun seluar tu da tak muat nak dipakai…time ni mesti nak elakkan dari berjumpe dengan penimbang sebab tak sampai ati nak tengok jarum penimbang berganjak ke kanan…
*      Assume korang masak sedap bila tengok ape yang korang masak sume licin…Padahal orang saje je nak ambik ati, makan ape yang korang masak tu…sebab nak ppreciate effort korang…ye tak?hee

By the way, banyak lagi situasi yang mungkin anda pernah alami kan…dan semestinya andalah yang mengetahuinya…itulah pengalaman sebagai peng”assume”…(sila tinggalkan komen di bawah sekiranya nak share kat sini ok…Sharing is caring..)
The way to keep yourself from making assumptions is to ask questions.

Assumptions are dangerous things to make...If you make even the tiniest mistake you can find yourself in terrible trouble. 

Monday, December 5, 2011

Sekali Lagi



(ini desktop laptop. sila faham. hee.)


"Windows 7
Build 7600
This copy of Windows is not genuine"

Ye. itulah ucapan laptop aku tiap-tiap kali hidup. ye2 aku tahu dalaman kau dah tak ori. tak perlu lah nak remind aku. dulu kau juga yg problem. tak serasi lah dengan dalaman mahal, ori. bila aku dah kasi yg biasa-biasa kau cakap macam ni pulak ek. sampai hati sungguh.


untuk makluman, ni kali ke 2 ia berlaku. tak pasal-pasal. walhal aku takde dan takkan update apa-apa pun.


sebenarnya benda tu takde la sampai ganggu keaktifan laptop aku ni tapi annoying la tulisan dia tu. cuba la kasi lawa sikit. tukar jenis font ke. ni duk pakai yg standard. kalau lawa, aku tak tension pun. lagi suka. hehehe.




harapan sekadar di bibir: mau tukar laptop baru cap Apple.! =.=

Friday, December 2, 2011

UstaZah piLihan

Bersua kembali kita…agak lama saya tidak mengupdate belog ni…agak busy sedikit..kononye laaa..padahal kat umah ni takde la buat keje pun..keje tengok tb tv je kot..hee..

Ok..sembang pasal tv ni, teringat pulak saya tentang rancangan Ustazah pilihan yang saya tengok semalam bersama my beloved family dan juga kucing-kucing kesayangan…kucing pun tengok tv ke?memang,dowang selalu menyibuk time kitorang tengok tv…selalu buat-buat aksi manja sebab nak tarik perhatian kami…hee…

Back to the main story, Ustazah Pilihan…Wah! It sounds good.. dan saya tersangatlah gembira semalam sebab ustazah yang saya mengharapkan menang,akhirnya dengan rasminya dinobatkan sebagai pemenang semalam…Beliau yang saya maksudkan ialah Ustazah Firuz…Asalnya jugak dari Kelantan…wow!tetiba terasa bangga pulak…Dia seorang yang lembut dan bijak dalam berkata-kata…Yup, I think she deserve to be the winner…Memang sesuai…Saya suke tengok bila ustazah Firuz memberi pendapat…memang senyuman x lekang dari bibirnya…Sememangnya dia bermulut manis…Tahniah buat usatazah Firuz…dan yang pasti hadiah yang dimenangi tersangatlah BEST…nak jugak hadiah camtu boleh????…


Oppppppssss….
Wahai jejaka-jejaka kacak di luar sana, tidakkah kalian mencari pakej lengkap seperti ini???…Maka dengan itu anda juga seharusnya terlebih dahulu menjadi Ustaz pilihan ye…Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh….

….Sekian…


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...