dia bagai seorang pahlawan menjadi pembela pada yg tiada upaya dengan ketangkasan langkah pergerakannya menewaskan musuh yang membuat angkara dialah satria biar pun dimana jua dia datang dikala malam tiba melakukan tugas mulia didesa juga dikota dia akan memberikan bantunya demi hidup aman sejahtera keluang man3x
hehehe..awat tetiba sy post pasal keluang man ni???
Hahaha…sbnrnye td tetibe tringat/terkenang zaman kanak-kanak ribena dulu…
Ni antara kartun / rancangan / citer sy slalu tgk masa kecik2 dulu.
>>>> Keluang Man, Doraemon, Dragon Ball, Ninja Boy, Ultramen, Power Rangers, Pingu, Sailormaon, Rancangan Along, Rancangan KFC Hour, Yokies, Usop Sontorian.
~Wonderful moments of childhood~
Sememangnya banyak kenangan manis msa kecik2 dulu…byk insiden yg melucukan…bila ingt blik, tersenyum sorg2…kdg2 bila kumpul ramai2 satu family, slalu jgk flashback balik zaman childhood masing2…masing2 dk mngate antara satu sama lain…pas2 apa lagi, dk gelak je la kejenye…
K dats all..daa…
P/s untuk kite bersama :-
>>>> "Seandainya kita tidak mampu untuk mengutus secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah agar kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain" <<<<<
Yipeee…bertemu kite lgi ye…alhamdulillah, kite sume masih lgi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dibumi yang indah ini..alhamdulillah..alhamdulillah…alhamdulillah…tp bagaimana pula pengisiannya???seimbangkah duniawi dan ukhrawi nye???masing2 jwb k…
Hmmm..ari ni sy tertarik untuk menulis pasal :-
“Anak serigala”
3 ari yang lepas sy ada terbaca pasal tajuk ni kt paper…tetiba teringin nk wt ulasan plak…
Mengikut info tersebut, anak serigala ni terjadi disebabkan oleh masalah kromosom yang dikenali sebagai Sindrom Ambras. atau juga Hypertrichosis. Masalah ini sebenarnye dikenal pasti sejak Zaman Pertengahan dahulu. Tetapi pada masa tu ianya lebih dikenali sebagai sindrom serigala jadian.
Kes Sindrom Ambras pertama direkodkan adalah Petrus Gonzales dari Pulau Canary pada tahun 1648 oleh Altrovandus. Rekod mencatatkan, dalam keluarga Gonzales, dua anak perempuan, seorang anak lelaki dan seorang cucunya menghidap sindrom itu. Altrovandus menggelar mereka sebagai keluarga Ambras, sempena istana Ambras berhampiran Innsbruck, lokasi potret keluarga berkenaan ditemui. Dan kira-kira 300 tahun kemudian, 50 kes lain dicatatkan.
Sindrom Ambras dikelaskan sebagai masalah genetik jarang berlaku yang menyaksikan pertumbuhan luar biasa bulu di seluruh tubuh terutama muka dan bahu
Uniknya, ia cuma dihidapi seorang dalam setiap 1 bilion dan setakat ini masih tiada rawatan untuk masalah itu.Masalah ini wujud sejak kelahiran dan selalunya berkekalan sepanjang hayat. Penghidap sindrom ini turut dikaitkan dengan masalah gigi. Ada dua jenis berbeza sindrom ini iaitu generalized hypertrichosis, yang tumbuh di seluruh tubuh dan localized hypertrichosis, yang terhad kepada bahagian tertentu tubuh.
Jom layan gambar plak...
Supatra yang dikatakan menghidapi sindrom Ambras
Supatra bersama kawannya disekolah
agak sukar untuk makan sekiranya bulu
di mukanya tidak dicukur