Monday, December 31, 2012

Buatlah pilihan yang terbaik...

Pilihan anda sekarang adalah penentu kebahagian masa depan...


Sticky notes: Semua orang inginkan bahagia dan hidup gembira...

Thursday, December 6, 2012

A short video but meaningful message...

Sticky notes:- >> Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya...Just because you’re not sick doesn’t mean you’re healthy

Monday, December 3, 2012

Chim Chum Food Village


Tengok kepada tajuk entri ni mesti da dapat agak kan tempat apa tu? Perkataan “Food” menjelaskan segala-galanya kan…Sebenarnya kitorang satu family da lama pegi tempat ni…hee, baru teringat dan berkelapangan nak citer pasal ni.. kali ni, kami satu family p terjah Chim Chum Food Village yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Restoran ni ala-ala steamboat laa..
Ni pintu masuk Restoran Chim Chum

Bayaran 'masuk' cuma RM19.90. Lepas dah masuk, makan la sebanyak mana yang nak makan…makan sepuas-puasnya…saya syorkan kepada sesiapa yang punya ‘tangki’ dan selera besar, berbaloi la pegi tempat camni…sesuai la kalau nak lepak-lepak dan makan-makan santai ngan family, kawan-kawan…

Steamboat
Makanan kat sini kira ok la jugak… ada steamboat, laksa, mee, nasi goreng, rojak buah, abc dan macam-macam lagi. Rasanya macam banyak sangat kalau nak listkan. so, tak de la makan fish ball semata je. Kalau nak tanya sedap atau tak, itu terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau pandai masak steamboat, pandai buat ABC sendiri, pandai buat mee sup sendiri, sedap la jadinya…sebab kat sini semuanya layan diri…hee..Bagi saya,overall ok la…tambah pulak time tu kakak yang belanja…mesti la best…: )

Pelbagai pilihan untuk steamboat
tengok!!!...sedap kan???
Meja penuh ngan makanan je..
Makan...Rehat kejap...sembang...
pastu sambung makan smula...: )
wif my kakaks...


Orait..that's all...

Sticky notes:-



Sunday, December 2, 2012

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE


Assalamualaikum…Morning Alls...

Hee..nak promote sket…sedang menjelajah blog2 di seluruh pelusuk dunia tadi (chewahhh, bunyi cam banyak je kan..) tetiba saya terjumpe blog ni…baca sket dye punye entri,menarik…so, saya pun follow dye..


Tapi apa yang lagi menarik yang ingin saya promote kat sini ialah contest dye…sape nak dapat calendar free, tak payah angkat tangan kat sini…gunakan jari anda untuk tekan-tekan keyboard laptop anda dan ikut peraturan contest yang telah ditetapkan..cukup mudah! Apa tunggu lagi…Mari lah Mari…Brebut dapatkan calendar free ni..yang penting FREE…heee



Comel kan kalendar ni...kalau gantung kat dinding dalam bilik tu, mesti bertambah seri bilik korang...kompem pasni tak lupa hari dan tarikh..hik3..

TARIKH TUTUP CONTEST : 12 DIS 2012..



Sticly notes:
Terlebih excited sebab ni first time saya join contest kat blog...
Heee

Wednesday, November 28, 2012

i like this quote



"Ketenangan ada di sini...
Tak jumpa kerana kau tak mencari...
Kebahagian tersirat di hati...
Tak rasa kerana kau tak menghayati..."

Sticky notes:
* Tanya sama hati, ada rasa cinta...
    Kalau dah JODOH tak kan ke mana...

Friday, November 23, 2012

Oh My English



Oh My English!
Oh My English!
Oh My English!

Bahasa Inggeris tak tahu
Fikiran boleh buntu
Lidah pun jadi kelu
Menjadi kelu
Tolonglah aku
Oh My English!
Yeah! Yeah! Yeahhhh


PAUSE...

Tengok je intro camtu mesti da taw kan sape penyayi dia...
Tak lain dan tak bukan ialah Kak Liyana Jasmay Ft Altimet dengan tajuk lagu  "Oh My English"

Speaking English...
mungkin bagi sesetengah orang, benda ni satu masalah yang sangat besar...termasuklah saya sendiri..sobs..Teacher cakap, nak bentukkan satu ayat yang simple dan difahami orang lain sebenarnya tak lah susah sangat. As long as kita berani dan yakin, of course la orang akan faham apa yang kita cakap walaupun banyak mistakes yang kita buat...Kalau nak taw, sebenarnya yang korang dengar orang speaking kat TV tu, grammar dia kadang-kadang ada je salah...Tapi disebabkan dorang ni high confident  setinggi awan di langit, so kita tak nampak kesilapan tu, melainkan kalau korang ni bertitle "Pakar dalam English"...Of course la dapat detect kesilapan penggunaan vocab dan grammar..Saya ni bukanlah terrer nak speaking...Agak nervous jugak la bila nak kena present tugasan bi...Praktis banyak kali jugak kot sebelum present tu...Ye la, setiap presentation yang kita buat mesti mengharapkan dapat buat yang terbaik kan...By the way praktice makes perfect...Jom, apa tunggu lagi...moh kita speaking ramai-ramai...salah sket itu normal...heee..

PLAY


Jom kita masuk kelas
Fikiran jadi cerdas
Syoknya tidak terbatas
Tidak terbatas
Jangan terlepas
Oh My English!
Oh My English!

Hello class is in session
Put your hands up if you have a question
Yeah! Kelas sudah bermula
Sila ambil nota kalau tak mahu lupa
Takkan kenal takkan cinta
Kalau tak mahu cuba
Bahasa kedua untuk kita semua
Siap sedia untuk menimba ilmu
Kalau tak mahu rugi
Jangan segan silu

(sengaja dibesarkan font tulisan tersebut...)


PAUSE

Ok..pause lagi sekali k..semput jugak kan kalau nak nyanyi abes satu lagu ni...heee...
Haaa...kat bawah ni ada beberapa fakta tentang beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris...Saya pasti bila korang scroll mata kat bawah ni, baru korang akan terfikir-fikir oh indahnya English...heee...


1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'

and the most important fact is.....

10.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda

(sila fokus kepada perkataan "typewriter"...pastu scroll at the top of this blog..tengok nama blog ni ape...same tak????hahaha...)


STOP

Orait..that's all for today...
oppsss...sebelum terlupe..nak promote kejap...


Boleh tonton Oh My English di Astro TVIQ saluran 610

Smile..!!!!
~Happy always~


Sticky notes:-
Practice makes perfect
Trust me its worth it
When you know how to word it
Believe me you’re going to love it...


Friday, November 16, 2012

flower heart...

"There is one moment in your life when you are with someone and you feel like the world has stopped and your life seems so perfect, make sure you never lose that person."





Sticky notes:

"Everyone wants happiness, no one wants pain, but you can't make a rainbow without a little rain."

"Sometimes, I think that if I wasn't so good at pretending to be, I'd be better at actually being happy."

Friday, November 9, 2012

onizuka


open your eyes!

you date persons easy as ABC. you accept presents without thinking. because you play with persons' feelings like that your mind is clouded and you can't see person in any other way. all you can do, is compare them with your friend's boyfriends/girlfriends and compare their status! if you enjoy that, then go ahead!

love isn't about status.



#penghayatan dari GTO

Wednesday, November 7, 2012

hepi olidayss...


Morning everyone!!!

Alhamdulillah..berakhir sudah exam yang sangat ‘menyeronokkan’..hanya doa dapat diteruskan agar result yang dapat nanti memuaskan hati dan mulut dapat tersenyum lebar..InsyaAllah..usaha telah dibuat, dan kini hanya tawakkal yang mengiringi…Soalan hari tu, nak cakap susah sangat takde laa..Tapi ada la dua tiga soalan yang agak mencabar dan perlu pikir banyak-banyak dan tulis cepat-cepat sebab nak kejar masa…especially soalan stuktur n esei la kan..Kalau soalan objektif, boleh pkai M16 untuk tembak jawapan…Sangat jeles bila tengok ada kawan yang keluar dewan awal..mak aihhhh, psiko kot…tetiba terpikir, dorg ni tulis pakai pen ape eh sampai bleh tulis laju camtu…korg ada pen ajaib eh? Nak beli jugak la kalo camtu…heee..

Balik exam, rasa hepy yang amat. Cepat-cepat simpan buku yang bertimbun atas meja study kat rak. Bertimbun??haha, macam la kaki studi sangat kan…orang lain lagi banyak studi kot..ke hulu ke hilir ngan buku…Lipat meja study n then ambik beg pakaian untuk kemaskan barang balik umah plak…oh, sungguh tak sabar bila nak balik umah..memang semua orang macam tu..Tak pelik la kan kalau saya pun over excited…Orang lain ada yang tengah sibuk nak cari keje time ni…Tambah pulus…Tapi saya???hmmm, sebenarnya ada jugak keinginan nak ada pengalaman keje. Cam bes je kan. Tapi, ntah laa. Kalau keje, cuti panjang ni pasti akan di isi ngan kepenatan…oh, tidak sanggup rasanya saya nak korbankan masa rehat yang ada ni. Maka dengan itu, saya pun ambik keputusan nak bekerja di rumah je…hee…


Nota kaki belog:
Jangan bazirkan masa yang ada…Buatlah sesuatu yang berfaedah dan mendapat pahala…InsyaAllah, pasti kita akan rasa puas hati…Dalami ilmu agama sentiasa, bukan baru nak tercari-cari bila diperlukan…Biar ianya sentiasa ada dalam Local Disc (D) diri kita…Maka dengan itu, pasti hidup kita akan sentiasa diberkati…InsyaAllah..(^_^)

Thursday, November 1, 2012

studi di penghujung waktu...hehe


Assalamualaikum..
Huhu..dah lama tidak meng’update’ belog ini..Kesibukan yang dibuat-buat telah melanda diri..
Tambah pulak tengah final exam…so, no wonder la kalau takde masa nak berblogging kan…hee..

STUDY WEEK DI RUMAH...memang SERONOK...100% diakui...sem depan nak buat cam ni lagi...hahaha
Kononnya study..tapi sebenarnye STUDO yang lebih kot..dan jugak STADYTV…(study smbil tengok TV..hik3)
Padahnya, saya terpaksa kerja lebih masa di saat-saat genting…baca short notes, and juz do some questions...oyeahhh!!!..DRILL itu perlu...
yang penting, usaha tetap perlu ada walaupun di saat “last minute”…hehe..

Sememangnya saya mengalami banyak tiga dugaan yang sangat hebat semasa STUDY WEEK…huk3,da nak termuntah hijau rasanya...
1)    Raya mood…ohhhhhh, tersangatlah tidak gembira…di kala semua family bersuka ria, saya terpaksa pulang awal ke IPG terchentaaa…ohhhh, sedisssss….
2)   Kesukaran untuk fokus dalam masa yang lama…Masalah ini memang sukar di atasi..Mungkin sebab saya lebih berminat dengan nombor-nombor, so huruf-huruf ini kurang menjadi tarikan…Tambah pulak ketiga-tiga paper kali ni, memang perlukan membaca…Maka, kesudahannya, saya telah tambahkan masa tidur dalam jadual studi…Ohhhh…ZZzzzzzz
3)   Kesukaran untuk ikut jadual study…huhu, yang ni memang selalu dihadapi setiap kali menjelang exam…Jadual study sentiasa ada tapi pelaksanaan hampehhh…hik3..

And now…one paper left…smoga ianya dipermudahkan…InsyaAllah..
Mekaseh buat ma n abah yang kerap call and bagi semangat…Sebelum dan selepas abes exam, pasti dowg akan call…and the latest, baru je sekejap tadi abah call lagi…: )
Suke sangatttttt….

Dan sekarang adalah masa untuk menghitung hari-hari yang mana cuti sekolah bakal bermula…memang itu saat yang ditunggu-tunggu oleh semua yang bergelar para guru pelatih IPG…kan2?

Selepas itu akan bermulalah hidup saya sebagai sang puteri di rumah sendiri..hik3..
rehat dan goyang kaki? Oh,tidakk..saya ada agenda saya sendiri untuk isi masa itu…hehehe..

MTE3112…

Apsal tetiba plak muncul MTE3112?
Alamakkkk…dia dah datang walaupun tidak diseru…
Tu tandanya saya terpaksa tutup lappy ini dan menghadap buku MTE3112…
Amalan Pentaksiran Dalam Matematik…
Terpaksa untuk suka subjek ini demi pensyarah yang dikagumi… : )
insyaAllah, saya akan buat yang terbaik…(Isnin, 5 Nov 2012 bersamaan 20 Zulhijjah 1433H, 8.30 pagi di Dewan Al-Farabi)

Ok..babai semua..sampai berjumpa lagi…
Cik MTE3112 sudah mula menjeling-jeling minta saya membeleknya pulakk…heee..



"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

Maksudnya:-
Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
~Amin ya Rabbal a'lamin~


Sticky Notes:
Good Luck to everybody...n Good Luck to myself…hee



Wednesday, October 10, 2012

bagi 1 dapat 2...




Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.

Jika anda ada satu ILMU dan saya ada satu iILMU, kemudian kita tukar iILMU tersebut, anda ada dua ILMU dan saya ada dua ILMU...






Nota kaki belog:-
::Terlalu mahu dan mahu sampai terlupa apa yang perlu::



Monday, October 8, 2012

seteressss...


Tweet…tweet… : )

Penah tak korang alami situasi ni…
Sebelum nak kol orang, punye la banyak benda nak tanya & nak citer…
Pastu bila je orang tu angkat kol, terus cam "blur" tak tau nak cakap ape…
Pastu bila abes je kol 2, baru terpikir benda ape yang nak ditanye sbnrnye...
Adehhhh..selalu je benda ni menghantui saya..stress betoi laaa…
So, apa solution untuk problem saya ni…???
Tak kan nak kena tulis skrip plak..agak klakar kot…
Huhuhu...




Ok,,bai...



Sticky note belog:-
The SIM/USIM card has not been detected or invalid…
Apakah ini?
huh!..geram betoi laa..stress!



Saturday, September 29, 2012

Bersua kembali kita...
Hmm...tak tau nak mulakan dari mana...sebab ada dua citer nak dihebohkan kat sini..

Yang pertama...
Citer happy...

Last weekend, saya balik umah...
ada sesuatu yang sangat menggembirakan berlaku...

what's that???

guessss what...within 10 seconds ok!!!!


10..
9...
8...
7...
6...
5...
4...
3...
2...
1...

ok..stop guessing...!!!

Taddddaaaaaa................



Stroberi cis kek...nyummy2...

ni pic yang jelas sketttt...
perasan x..ada name "ILA" kt atas kek 2??
kakak ipar ckp, yg 2 abgkuuu yg buat...
soooo sweet korg...buat kek sesame ea...
heee...




Tengkiu sooooo much buat abe long 1 family...
utk stroberi cis kek yg sodap ini...
tak sangka dapat jgk merasa makan kek ni last weekend...
memang mabeles laaaa...
sape tak makan, memang rugi...
sekali sy sorg ktorg hadap je kek ni, da tnggal sparuh...( bukti sedappp...hik3)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dan kemudian beralih pulak kite kpd citer sedih..
: (


huhuhu..sy kena marah...
sebab??? 
tak perlu di mention kat cni kot...
sesungguhnya sy kechewaaaa...
waaaaaaaaaaaaaaa....
ok...tak mo ingat lagi...
tak mo bazirkan "air paip" kt mta ni lagi...( T_T)


hmmmm..mau tido sekarang...
smoga esk bgn pagi terus hilang segalanya memori sedih...
wish u're here...happy moments...
PEACE...cik ila...hua3...



nota belog: 
the most precious time is when you feel freely to talk everthing with your closest...


orait...nite all...
sweet dreammmmssss...


Wednesday, September 26, 2012

INILAH RED WARRIORS




Walaupun TRW beraksi hebat, masih ada yang menyalahkan Bojan kerana lambat memasukkan Ghaddar dan Antwi.

Bagi admin, Bojan telah melakukan yang sepatutnya. Ghaddar baru pulih dari kecederaan, dan tidak sepatutnya bermula dlm kesebelasan utama. Ghaddar dimasukkan pun admin rasakan atas dasar beliau memerlukan "fitness game" utk perlawanan akan datang. Bagi Antwi pula, tidak kah pada perlawanan lep
as beliau beraksi buruk? Malah beliau dikritik hebat oleh para "pakar". Jadi memang tepat pilihan Bojan meletakkan beliau di bangku simpanan utk memberi laluan kepada Norshahrul dan Afiq. Norshahrul dan Afiq juga sudah memberi yang terbaik.

Jika ada yang menyangkal Bojan kerana lewat menurunkan Antwi dan Ghaddar, eloklah anda memuji tindakan berani Bojan meletakkan Mafry dan Aslam di posisi bek kanan dan kiri. Kerana keduanya mempamirkan aksi yg mantap. Semasa line up itu dikeluarkan, ramai juga yang mengkritik tindakan Bojan, smalah ada yang mengatakan strategi Bojan adalah utk KALAH! Tapi malam ini, setiap pemain yang diturunkan menjalankan tugas dengan begitu baik. Semuanya wajar diberi pujian. Dan paling utama, admin mahu memuji strategi yang digunakan Bojan.


Inilah jurulatih yang KENAL pemain sendiri. Beliau tahu dimana kekuatan dan kelemahan pemain sendiri. Mafry bukanlah seorang pemain bek kanan. Tapi Bojan berjaya menggunakan pemain itu sebaik mungkin. Solute tu Bojan! GKG





Aku setuju 100%. Paling aku suka posisi RB dgn meletakkan Mafry Balang. Serius dia main dgn bagus. Ghaddar hanya dapat pelepasan ISN utk bermain tak lebih 30 minit. Percaturan bagus, strategi bagus, semangat bagus. Aku bangga!

Saturday, September 8, 2012


Sekadar ingin berkongsi...InsyaAllah, same-same kita kearah yang lebih baik dan terus baik..

...sesungguhnya manusia ini terdiri dari 2 golongan iaitu satu golongan yang rugi dan satu lagi yang beruntung.Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi contohnya bilamana kita meletakkan kemewahan dan darjat terus-terusan di hati kita. Tidak ke mana semua itu. Kemewahan kita pada hari ini hanyalah duniawi semata-mata, sebaik saja kita meninggalkan dunia ini. Kereta mahal yang kita beli tidak mampu mengekor kita selepas kita mati.

Bukan harta dan wang ringgit yang akan dibawa tetapi amal seseorang itu yang akan diambil-kira. Hati yang bersih, itu yang paling utama. Kalau hati kita sakit, seluruh badan kita akan turut menjadi sakit. Sebaliknya kalau hati kita bersih, segalanya akan menjadi bersih. InsyaAllah.

Janganlah kita merasa diri kita sudah penuh tetapi sebenarnya masih kosong...sekali lagi saya ingatkan untuk diri saya juga, jangan nampak penuh tapi sebenarnya tidak berisi..... 

Berusahalah agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Bagaimana untuk menjadi orang yang beruntung itu? Secara asasnya kita tidak perlu memandang terlalu jauh, hanya melihat dan beri penuh pengertian terhadap Surah Al-Asr yang bermaksud Demi masa... 
Surah ini mengajak kita memahami erti yang 5 sebelum datangnya yang 5.....
  • masa sihat sebelum sakit
  • masa muda sebelum tua
  • masa kaya sebelum miskin
  • masa lapang sebelum sempit
  • masa hidup sebelum mati

Rajin-rajinkanlah diri kita bangun untuk solat Tahajjud. Kerana solat Tahajjud itu penawar segala penyakit. Jika kita menderita oleh sesuatu penyakit, amalkanlah solat Tahajjud 40 malam secara berterusan dan tanpa henti sebagai salah-satu ikhtiar kita. InsyaAllah dengan izin Allah dan keikhlasan kita dalam melaksanakan solat tersebut, maka akan sembuh penyakit itu. Apa yang penting, nawaitu dalam hati ikhlas.





NOta kaki belog:-

Hari ni saya dk kat umah sorang-sorang..
housemate2 yang laen kena ganti sekolah sebab bercuti awal masa raye Aidilfitri yang lepas...
Heee...Untung jugak skolah tak ambik cuti hari 2..sungguh malas nak pegi skolah kalau hari SABTU kan???...




Wednesday, August 29, 2012

amazing!!!!

Perhatian...Perhatian...
adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik pakcik,nenek datuk, dan 
semua penghuni Bumi..:-p
Disini saya ingin war-warkan satu penemuan baru yang baru sahaja saya temui 10saat yang lepas..
chewahhh..cam pengkaji alam pulak bila wat statemen jumpe penemuan baru ni..padahal guna khidmat pakcik google...hik3

by the way...
Cuba + try + testing dulu yep...heee


so, macam mana? betoi tak?

TAPI...
kalau korang rasa ini adalah penemuan biasa, maka silalah abaikan entri ni..(huk3...nada kecik hati)..heee






Nota belog:-
hidup umpama roda...kadang kita diatas, dan boleh jadi satu masa kita akan berada di bawah...so, mengapa perlu over confident???tepuk dada, tanya hati..
oyyeaahhh!!!

salam happy...gembira slalu ye kawan!!!..



opppssss....sebelum terlupe..
nk ambik kesempatan kejap...

epi befday to my sister...
dye mintak kek secret recipe sebenarnya ari ni..
hohoho, ntah bila la bleh tunaikan ni..
dah la kebizian ngan praktikum skarang..
adoiii..sori kak!!!


Friday, August 24, 2012

anonymous...

pukul 7.00 pagi...


pukul 12.00 tengah hari..



pukul 3.00 petang


pukul 12.00 malam.



~MENJADI TANDA TANYA~

sapekah sebenarnye ANONYMOUS itu???
ggrrrrrr.....
kan bes kalau boleh bertukar jadi Conan Edogawa..
pastu bleh siasat ANONYMOUS yang menjadi tanda tanya ni..huhu..
tak pun, pinjam barang ciptaan doraemon kejap...
mesti boleh kesan sape la gerangan ANONYMOUS itu...
huhu..

wahai ANONYMOUS...
kenape la awk jd ANONYMOUS ek???
mau siasat jugak sape gerangan kamuuuu....
beware!!!!...
(~_@)



Nota kaki belog:-
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat family tersayang, kawan-kawan dan sume umat Islam..
Maaf andai saya ada terbuat silap atau tersalah tutur kata dengan kalian...

Mood : masih bersemangat makan biskut raya dan kerepek raya..nyum2..

Duit raya???terima kasih kepada yang bagi duit raya kepada saya..hehe,seronok!!!..da besar panjang pon masih dapat duit raya...ehem3...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...