Wednesday, September 26, 2012

INILAH RED WARRIORS




Walaupun TRW beraksi hebat, masih ada yang menyalahkan Bojan kerana lambat memasukkan Ghaddar dan Antwi.

Bagi admin, Bojan telah melakukan yang sepatutnya. Ghaddar baru pulih dari kecederaan, dan tidak sepatutnya bermula dlm kesebelasan utama. Ghaddar dimasukkan pun admin rasakan atas dasar beliau memerlukan "fitness game" utk perlawanan akan datang. Bagi Antwi pula, tidak kah pada perlawanan lep
as beliau beraksi buruk? Malah beliau dikritik hebat oleh para "pakar". Jadi memang tepat pilihan Bojan meletakkan beliau di bangku simpanan utk memberi laluan kepada Norshahrul dan Afiq. Norshahrul dan Afiq juga sudah memberi yang terbaik.

Jika ada yang menyangkal Bojan kerana lewat menurunkan Antwi dan Ghaddar, eloklah anda memuji tindakan berani Bojan meletakkan Mafry dan Aslam di posisi bek kanan dan kiri. Kerana keduanya mempamirkan aksi yg mantap. Semasa line up itu dikeluarkan, ramai juga yang mengkritik tindakan Bojan, smalah ada yang mengatakan strategi Bojan adalah utk KALAH! Tapi malam ini, setiap pemain yang diturunkan menjalankan tugas dengan begitu baik. Semuanya wajar diberi pujian. Dan paling utama, admin mahu memuji strategi yang digunakan Bojan.


Inilah jurulatih yang KENAL pemain sendiri. Beliau tahu dimana kekuatan dan kelemahan pemain sendiri. Mafry bukanlah seorang pemain bek kanan. Tapi Bojan berjaya menggunakan pemain itu sebaik mungkin. Solute tu Bojan! GKG





Aku setuju 100%. Paling aku suka posisi RB dgn meletakkan Mafry Balang. Serius dia main dgn bagus. Ghaddar hanya dapat pelepasan ISN utk bermain tak lebih 30 minit. Percaturan bagus, strategi bagus, semangat bagus. Aku bangga!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...