Manusia memang tidak
pernah lari daripada melakukan kesalahan. Yang berbeza hanya banyak dan
sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang
minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup…Majoriti daripada manusia di muka bumi ni
mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tapi tidak kurang juga
yang lansung tidak suke ditegur…right???
Sifat manusia, hanya bersedia ditegur apabila
dia yang memerlukan teguran tersebut. Ok, that’s normal…Contohnya, Si A pergi
ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan
oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada dan terus menusuk kalbu…
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak
memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar
sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa
kecil, akan terasa dan terus terseksa hati…
Setiap orang yang
menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini kan. Hanya
suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur
isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri
sendiri.
Dan seharusnya INGAT!!!!
Apabila kite menuding
jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari yang lain telah menuding
kepada diri kite sendiri. Itu adatnya. By the
way…kite sebagai manusia perlu untuk saling tegur menegur. Bukan nak tunjuk
sape lebih berilmu ataupun sebaliknya, tapi itu adalah satu
kewajipan…Bersamalah kita kearah kehidupan yang lebih baik..
Kata Hukama,
"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala
orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang
lain”.
Seharusnya begini lah resam kehidupan kita. Manusia
memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang di sekeliling adalah cermin bagi
kita. Cuba bayangkan jika anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.