Thursday, June 28, 2012

jom kito pakat jago kebersihe...


Haaa..agak-agak la kan, kalau la ada signboard macam ni berkuatkuasa kat negara kite ni, masih ada lagi tak orang nak buang sampah kat merata-rata tempat?
Stret to da point, taknak merapu panjang lebar, juz nak pesan jaga la kebersihan...
Tidak mungkin wujud cantik dan indah andai tidak disertai dengan bersih..setuju  tak ngan statemen ni???




P/s: Allah S.W.T menyukai orang yang menjaga kebersihan...


Didalam Surah Al-Baqarah ayat 222 Allah (SWT) berfirman:


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya:
“…..Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan Dia mengasihi orang-orang yang menyucikan (membersihkan) diri”


Sekian...


keep moving forward...(>_=)

Monday, June 25, 2012

Topeng Doktor

Cikgu Fazila menerangkan hal-hal kerjaya doktor kepada muridnya. Kemudian dia melontarkan satu soalan:-

Cikgu Fazila : "Pernahkah murid-murid melihat para doktor melaksanakan pembedahan dalam program-program di kaca TV?"
Murid-murid : "Pernah cikgu."
Cikgu Fazila : "Tahukah kamu kenapa para doktor sentiasa memakai topeng bila melakukan pembedahan?"
Murid : "Supaya tidak ada orang yang mengenalinya jika pembedahan itu gagal"
Cikgu Fazila : Gullllpppppp.....

Moral of da Story: 
Murid-murid perlu diberi penjelasan dengan baik untuk semua perkara. Jika tidak mereka mungkin membuat andaian sendiri yang jauh dari kebenaran.

Monday, June 18, 2012

Nak cerita pun malas


cakkkkkkk!!!!!

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas"

SEKIAN...




P/s: lepas baca jgn lupe gelak ok..diingatkan ini adalah LAWAK..
maka dengan itu, silalah gelak...hahahaha..

Sunday, June 17, 2012

sepasang kaki


Kaki itulah yang sering dia gunakan untuk melangkah kemana-mana…Tapi, hari ini kaki itu tidak lagi sekuat dulu…tidak lagi mampu untuk berfungsi sepenuhnya…hanya kesakitan dan kepedihan yang dirasai tak kala terkena air dan ingin melangkah. Tidak lagi boleh melompat, berlari dan berjalan cepat…yang tinggal, hanyalah langkahan lemah…namun, di hati dia masih kuat..dia cuba untuk hadapi kesakitan itu walaupun kadang kala terasa perit…terasa hilang nikmat itu buat sementara…semoga dia cepat sembuh..ameen…

Saturday, June 9, 2012

a person


p/s: "Don't try to hurt someone on
purpose just because they hurt
you on accident."

Thursday, June 7, 2012

di awang-awangan...


Nobody is perfect until you fall in love with them...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...