Showing posts with label aL-ki$ah a.K.a sTory. Show all posts
Showing posts with label aL-ki$ah a.K.a sTory. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

it's OUR day...

Kawan Korea saya cakap:-
오늘과 교사

Kawan Jepun saya pula cakap:-
今日と教師

Yang ni kawan kepada kawan saya yang cakap...kawan saya Shah Rukh Khan...hik3:-
आज और शिक्षक

Dan SIR masa kat skolah rendah dulu pernah  ajar saya ucap “Happy teachers’ day”

Walau apa pun bahasa yang digunakan, maksudnya tetap satu…iaitu “Selamat Hari Guru”
Hari ini 16Mei…hari kita, hari kami dan hari untuk semua warga yang bergelar PENDIDIK.

Terima kasih kerana menghargai kami…kami bukan mengharapkan penghargaan, tapi cukuplah hanya sekadar ingatan dari anak-anak murid. Tiada hadiah yang paling bernilai melainkan kejayaan murid-murid…

Sebenarnya, nak ajar murid tak susah…Bla…Bla…Bla…dengar je loceng berbunyi,keluar kelas…
TAPI nak fahamkan murid apa yang kita ajar itu sebenarnya lagi susah…

Daripada tak pandai pegang pensel, kepada pandai menulis…
Daripada tak pandai mengeja, kepada pandai  membaca…
Daripada tak pandai membilang, kepada pandai mengira…
Daripada tak pandai sebut perkataan omputeh, kepada pandai speaking…

Jelassss lagi terang bersuluh….Itu semua bermula dari seorang yang bergelar GURU…
Itulah hakikat…walau gaji guru tak besar, dan mungkin pada sesetengah orang tugas guru dianggap enteng, tapi tanpa guru, tak akan wujud ENGINEER, DOCTOR, LAWYER, BUSSINESSMAN yang berjaya, ARCHITECT, dan even PEMIMPIN kite pun…

Saya cukup bangga menjadi guru…dan saya suka untuk menjadi guru…Dulu, saya tak pernah bercita-cita untuk jadi guru…sikit pun tak terlintas di fikiran...hanya sekadar main “cikgu-cikgu” masa kanak-kanak ribena dulu ada laaaaa…cikgu olok-olok...alahhhh, korang pun pernah main jugak kan????hee...saya jadi cikgu, dan 2 orang lagi adik saya jadi murid...(masa tu, adik bongsu takde lagi)...pastu siap suh adik ajak lagi kawan dia sebab nak suh anak murid jadi ramai...hik3..

Dan tak sangka plak, apa yang dimainkan dulu tu adalah bakal tugas yang akan saya pikul sekarang ini…hehe.. biarlah cita-cita masa dulu-dulu itu tersimpan kemas dihati…jauh tersasar bidangnya dari sekarang ni…saya tak kecewa jauh sekali terkilan, malah saya sangat BAHAGIA dengan tugas guru…ya,tugas yang akan menjadi tanggungjawab dan amanah kepada saya…


di SK Bukit Bayas...Saya mengajar murid Tahun3

Matematik : 3 As-Syafei

Ni pun kelas 3 As-Syafei jugak
ce cari di mana cikgu nye????heh


Sticky notes:-
1.# Saya tak nak jadi cikgu biasa-biasa..Sebab cikgu biasa dah ramai sangat...
Tapi saya nak jadi cikgu yang LUAR BIASA dan SERBA BOLEH…#
2, # Hari ni saya asyik dk ulang dengar je lagu "KAMI GURU MALAYSIA"..hehe #

Monday, June 25, 2012

Topeng Doktor

Cikgu Fazila menerangkan hal-hal kerjaya doktor kepada muridnya. Kemudian dia melontarkan satu soalan:-

Cikgu Fazila : "Pernahkah murid-murid melihat para doktor melaksanakan pembedahan dalam program-program di kaca TV?"
Murid-murid : "Pernah cikgu."
Cikgu Fazila : "Tahukah kamu kenapa para doktor sentiasa memakai topeng bila melakukan pembedahan?"
Murid : "Supaya tidak ada orang yang mengenalinya jika pembedahan itu gagal"
Cikgu Fazila : Gullllpppppp.....

Moral of da Story: 
Murid-murid perlu diberi penjelasan dengan baik untuk semua perkara. Jika tidak mereka mungkin membuat andaian sendiri yang jauh dari kebenaran.

Monday, June 18, 2012

Nak cerita pun malas


cakkkkkkk!!!!!

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas"

SEKIAN...




P/s: lepas baca jgn lupe gelak ok..diingatkan ini adalah LAWAK..
maka dengan itu, silalah gelak...hahahaha..

Sunday, June 17, 2012

sepasang kaki


Kaki itulah yang sering dia gunakan untuk melangkah kemana-mana…Tapi, hari ini kaki itu tidak lagi sekuat dulu…tidak lagi mampu untuk berfungsi sepenuhnya…hanya kesakitan dan kepedihan yang dirasai tak kala terkena air dan ingin melangkah. Tidak lagi boleh melompat, berlari dan berjalan cepat…yang tinggal, hanyalah langkahan lemah…namun, di hati dia masih kuat..dia cuba untuk hadapi kesakitan itu walaupun kadang kala terasa perit…terasa hilang nikmat itu buat sementara…semoga dia cepat sembuh..ameen…

Thursday, December 29, 2011

S Story: Ditampar Kerana Bertudung?



Aku ada terbaca pasal citer ni. Hanya expresi saje mampu menggambarkan perasaan aku lepas tahu citer ni. Jadi teruskanlah bacaan korang. Jemputlah ye.



******************

Ceritanya begini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!"

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


******************


nota kaki: perasaan geli hati yg melampau. tajuk 'S' tu stand untuk sengal ye. hehe. :p

Friday, December 9, 2011

Benda Ajaib




CIKGU : murid-murid, siapa tahu 7 benda ajaib dalam dunia?

IMAN : piramid cikgu.

CIKGU : bagus. siapa lagi yg tahu, sila bangun.

DAMIA : taj mahal cikgu.

CIKGU : bagus. lagi?

ALISHA : HATI cikgu!

CIKGU : aikk kenapa pulak hati? boleh kamu terangkan kat kelas?

ALISHA : sebab hati manusia ni, orang tak nampak tapi boleh rasa. kalau hati menangis, takde siapa boleh dengar. dalam hati ada macam-macam rasa; marah, kecewa, geram, gembira dan macam-macam lagi. Allah ciptakan hati manusia ni sama bentuk & pattern tapi tak serupa. benda-benda yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu. itu cuma tinggalan sejarah lama. sebab manusia hari ni boleh buat benda-benda yg serupa dgn benda-benda tu semua TAPI takde siapa yg boleh cipta hati manusia cikgu!





*************




well, agak-agak korang setuju tak dgn si alisha tu? hee. aku sebenarnya quite support. ada betoi gak tu. apa-apapun semua atas pendirian masing-masing. paling mudah, kita iktirafkan benda ajaib semua ada 8. amacam? hehe.


hati sememangnya unik! :)

Monday, December 13, 2010

DeMI MEmBeR...

DEMI MEMBER, kita sanggup tolong mereka…tapi cukup sedih bila kita taw member kita 2 sebenarnya xbleh nk dpercayai…member kita 2 hadir time kite senang…waaaaa,cukup xska an..tp kita akan rasa sangat2 terharu bila member yang xseberapa rapat ngn kita sebelum ni tapi tersangat ikhlas menolong kita…bg support kt kita time kita rasa down and stress…
Hmmm…kali ni saya hidangkan awak ngan satu citer tentang persahabatan…k,enjoy ur reading…he3..


“::Sand and Stone::”
A story tells that two friends were walking through the desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand: "TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE."

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one, who had been slapped, got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After the friend recovered from the near drowning, he wrote on a stone: "TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE."

The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?"
The other friend replied: "When someone hurts us, we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it."


“LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND, AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE”






Sahabat yang BERIMAN ibarat mentari yang menyinar...
Sahabat yang SETIA ibarat pewangi yang mengharumkan...
Sahabat SEJATI penjadi pendorong impian...
Sahabat BERHATI MULIA membawa kita ke jalan Allah S.W.T...

k...dats all...thanx for reading this n3...




Saturday, December 11, 2010

LaWak yaNg keLaKar..

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Ipoh belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni."

Ha3..lawak kan???
mOraL of the stOry : 1)jgn biarkan anak kecil naek bas sorang2..
2) Contohilah pemandu bas yang prihatin 2..
3) Jangan cepat lupe...
4) Makanlah bila terasa lapar semasa anda berada di dalam bas.
Tidak perlu tunggu bila sampai di satu2 stesen.

k..dats all untuk ulasan lawak yang kelakar tu...

Tuesday, December 7, 2010

ciTer 2: kiSah peNgemis deNgan isTeri caNtik...


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .


Sumber asal : Iluvislam.com

Saturday, December 4, 2010

kiSah PeTani deNgan buAh oRen...

Hmmm…dah phm pasal chemical bonding??? Sebab 2 la chemistry sgt pnting daLam memastikan sesuatu perhubungan dan persahabatan itu keKal selamanya…ok laa..stret 2 da point…SeKaRang, sy nk baWakan satu citer untuk awak baCa pLak..Kisah peTani dengan biji buah oren…
The Story begins…
3…2…1…ACTION !!!
Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.”  "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.
Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? ??
Haaa..disinilah pentingnya chemistry…chemical bonding…he3..ShaRing is caRing…olwez reMember that k !!!..Kesimpulannya,  apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt. ..

-      THE END -



Ni la limau...cam sedap je kn...

Hmmm..masih byk ag ad stok limau...Jom makan...
Haaa..ni klu xda chemical bonding a.k.a chemistry,
cmni la jdi nye....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...