Showing posts with label moTiva$i. Show all posts
Showing posts with label moTiva$i. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

mesti amalkan ini

Bumi berputar pada paksinya...
Sang Matahari dan Sang Bulan datang silih berganti...
kupejam kucelik, kupejam kucelik..
aikkkkk.....sekejap je masa berlalu...heeee

Now, i'm final year student...
Semester baru, azam baru...
banyak benda nk kna fikir...nk kena buat...
Tapi, 
insyaAllah, ia tak kan memberi kekangan untuk amalan-amalan lain juga..

Jom mulakan sekali lagi...
Rasai nikmat ketenangan bila amalkan ini...
Tiada ruginya, malah dapat berlipat kali ganda pahala...
Tak susah...hanya 4 muka surat je setiap waktu solat...


Amalkan ini juga...

Sticky notes:-
Semoga semester akhirku ini diakhiri dengan hati yang puas setelah dapat mencapai apa yang di targetkan...
Ya Allah...Permudahkanlah segala urusanku...
Masih punya waktu untuk mengubah segalanya...InsyaAllah...
Rezeki Allah akan sentiasa datang kepada mereka yang berusaha...
Man Jadda, wa jada...(~_^)

Sunday, January 13, 2013

Positifkan hati…


Pasti cukup mudah untuk menghadapi sesuatu yang menggeramkan @ men’tension’kan bagi mereka yang memang berjiwa kental…tapi tersangatlah sukar bagi anda yang kurang kesabaran…Saya mengaku, ada kalanya diri saya juga sukar untuk mengawal kesabaran dalam diri…Tapi yang pasti takde lah sampai nak marah-marah orang tak bertempat…itu bukan sikap saya…Apa yang dilakukan oleh saya ketika itu hanyalah mendiamkan diri...Alhamdulillah, nilai kesabaran dalam diri masih terkawal walaupun adakalanya saya cukup terkesan dengan kerenah beberapa orang pihak…

Namun apa yang pasti pada ketika itu saya rasa cukup tidak tenang..cukup tension…Saya merenung sejenak..memikirkan tindakan yang seharusnya dilakukan…Apa yang boleh dilakukan untuk kembali neutral ialah positifkan hati, positifkan minda…sentiasa menganggap sesuatu itu pada sudut yang positif…Alhamdulillah, saya dapat menguasai hati dan minda untuk melupakan sesuatu yang menjadikan hati saya ini tiba-tiba gusar, geram…lihat, betapa besarnya kuasa sabar dalam diri…dalam sekelip mata, hati saya boleh kembali tenteram…Ternyata sabar itu ada hikmahnya…

Jelas, sabar itu memainkan peranan yang cukup besar dalam diri..Tanpa sabar, hati mudah untuk tidak tenang…mudah untuk memikirkan sesuatu yang kadang-kala boleh menyebabkan kita berprasangka buruk pada orang lain..ohhh, memang tidak sepatutnya kan…Biarlah kesabaran itu bergerak seiring dengan minda yang positif...InsyaAllah, ketenangan hati akan menguasai diri...






Salam sayang untuk semua…: )


Sticky notes: Abah banyak ajar saya erti sabar…sentiasa sabar dalam  apa jua keadaaan…thanx a lot abah…love u so much…

Mood: homesick…

Friday, November 23, 2012

Oh My English



Oh My English!
Oh My English!
Oh My English!

Bahasa Inggeris tak tahu
Fikiran boleh buntu
Lidah pun jadi kelu
Menjadi kelu
Tolonglah aku
Oh My English!
Yeah! Yeah! Yeahhhh


PAUSE...

Tengok je intro camtu mesti da taw kan sape penyayi dia...
Tak lain dan tak bukan ialah Kak Liyana Jasmay Ft Altimet dengan tajuk lagu  "Oh My English"

Speaking English...
mungkin bagi sesetengah orang, benda ni satu masalah yang sangat besar...termasuklah saya sendiri..sobs..Teacher cakap, nak bentukkan satu ayat yang simple dan difahami orang lain sebenarnya tak lah susah sangat. As long as kita berani dan yakin, of course la orang akan faham apa yang kita cakap walaupun banyak mistakes yang kita buat...Kalau nak taw, sebenarnya yang korang dengar orang speaking kat TV tu, grammar dia kadang-kadang ada je salah...Tapi disebabkan dorang ni high confident  setinggi awan di langit, so kita tak nampak kesilapan tu, melainkan kalau korang ni bertitle "Pakar dalam English"...Of course la dapat detect kesilapan penggunaan vocab dan grammar..Saya ni bukanlah terrer nak speaking...Agak nervous jugak la bila nak kena present tugasan bi...Praktis banyak kali jugak kot sebelum present tu...Ye la, setiap presentation yang kita buat mesti mengharapkan dapat buat yang terbaik kan...By the way praktice makes perfect...Jom, apa tunggu lagi...moh kita speaking ramai-ramai...salah sket itu normal...heee..

PLAY


Jom kita masuk kelas
Fikiran jadi cerdas
Syoknya tidak terbatas
Tidak terbatas
Jangan terlepas
Oh My English!
Oh My English!

Hello class is in session
Put your hands up if you have a question
Yeah! Kelas sudah bermula
Sila ambil nota kalau tak mahu lupa
Takkan kenal takkan cinta
Kalau tak mahu cuba
Bahasa kedua untuk kita semua
Siap sedia untuk menimba ilmu
Kalau tak mahu rugi
Jangan segan silu

(sengaja dibesarkan font tulisan tersebut...)


PAUSE

Ok..pause lagi sekali k..semput jugak kan kalau nak nyanyi abes satu lagu ni...heee...
Haaa...kat bawah ni ada beberapa fakta tentang beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris...Saya pasti bila korang scroll mata kat bawah ni, baru korang akan terfikir-fikir oh indahnya English...heee...


1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'

and the most important fact is.....

10.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda

(sila fokus kepada perkataan "typewriter"...pastu scroll at the top of this blog..tengok nama blog ni ape...same tak????hahaha...)


STOP

Orait..that's all for today...
oppsss...sebelum terlupe..nak promote kejap...


Boleh tonton Oh My English di Astro TVIQ saluran 610

Smile..!!!!
~Happy always~


Sticky notes:-
Practice makes perfect
Trust me its worth it
When you know how to word it
Believe me you’re going to love it...


Wednesday, October 10, 2012

bagi 1 dapat 2...




Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.

Jika anda ada satu ILMU dan saya ada satu iILMU, kemudian kita tukar iILMU tersebut, anda ada dua ILMU dan saya ada dua ILMU...






Nota kaki belog:-
::Terlalu mahu dan mahu sampai terlupa apa yang perlu::



Monday, August 6, 2012

nice quote


Nice quote!!!..
bila direnung-renung, dipikir-pikir, mendalam jugak maksud kata-kata ni..
Mungkin, lain orang, lain tafsirannya kan..maka lain pemahamannya...tak serupa...bergantung pada u olls nak interpret macam mne..

TAPI, apa yang penting, be the best to ourself and others...
Walaupun kadang-kadang tu, kita tak mampu untuk jadi terbaik..
tapi, apa salahnya kalau kita mencuba kan..???






Nota belog: 
Hari ini ada scene sedih dan scene gumbira...
Bila wat refleksi sendiri, itulah namanya kehidupan...
Let us be grateful to the people who make us happy,
they are the charming gardeners who make our souls blossom..




Lastly,

~LET'S SMILE TOGETHER~

(^___________________^)


Tuesday, May 8, 2012

TeguRan...



Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan. Yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup…Majoriti daripada manusia di muka bumi ni mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tapi tidak kurang juga yang lansung tidak suke ditegur…right???

Sifat manusia, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Ok, that’s normal…Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada dan terus menusuk kalbu…

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati…
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini kan. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Dan seharusnya INGAT!!!!

Apabila kite menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari yang lain telah menuding kepada diri kite sendiri. Itu adatnya. By the way…kite sebagai manusia perlu untuk saling tegur menegur. Bukan nak tunjuk sape lebih berilmu ataupun sebaliknya, tapi itu adalah satu kewajipan…Bersamalah kita kearah kehidupan yang lebih baik..

Kata Hukama,
"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain”.

Seharusnya begini lah resam kehidupan kita. Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang di sekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan jika anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Monday, December 12, 2011

when the heart speaks...

from the true heart..

it says:-

It’s hard to accept, but you can’t change the past. You can’t go back and manipulate things to the way you wanted them to happen. Because life would be meaningless and boring and just not worth living. But you can change the future and that’s a beautiful things about life. Yes, you will make mistakes and have bad days…But as long as you let the past go, you’ll have such a gorgeous and bright future ahead for you. Knowing that things were meant to happen. Knowing that each day you will learn something so that you keep growing to be a better person.

~
~
~
~
~
~
~

huhh!..What's the meaning???
sungguh terer cik hati berkata-kata...
bahasa omputeh plak tu..
i try to digest all these sentences...
Tak mau guna bantuan pakcik google 
Nak translate guna otak sendiri...haha..
my brain doing it's works as much as it can...
and finally I caught a conclusion:-
-
-
-
-
-
-

Masa lalu adalah pembelajaran untuk lebih dewasa dalam menyikapi masalah yang mungkin sama dengan yang kita alami dimasa lalu. Apapun yang kita terima adalah akibat dari apa yang telah kita lakukan. Untuk itu, lakukanlah yang terbaik agar mendapat hasil yang baik pula.




pEAce!!! 




Friday, September 9, 2011

3 seconds to realize...

...when things don't seem to be going your way, always know that GOD has a plan for you. If you place your trust in Him, He will give you great gifts. We don't always know what God's plans are for us. We just know that His ways are not our ways, but His ways are always best...


Wednesday, September 7, 2011

muhasabah diRi...

~~~Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara~~~

Saturday, July 30, 2011

a life...

Wherever  I go, I’ll olwez remember who I am…
Wherever I move, I’ll olwez  remember the last place I was…
Wherever I step further, I’ll olwez remember the past…
That teaches me to be as strong as I am right now…
But, I’ll never step to the past…
~
~
~
~



Then a new life starts…
wif the things that much better…
upgrade from the past…
and I’ll be the same person... 
wif the same name…
but  differ level of thinking….
That’s how life can be so meaningful to me…
(^_~)




Monday, July 4, 2011

ambillah....itu adaLah...

Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
 Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar,
 itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa,
 itu adalah muZik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga...




>----(>
desas desus...pssssttt....
~mungkin lebih baek begini~
~gathering the strength~

Monday, June 6, 2011

ranDom advices...

***Pesanan untuk kita bersama***

Beringat-ingat berpesan-pesan…hanya untuk kebaikan….


*      “…Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa kita mungkin akan melakukan sesuatu yang lebih teruk dari apa yang dia lakukan jika kita berada di kedudukannya…”

*     “…Fokuskan perhatian kita untuk menghilangkan kesan negatif hasil dari pengalaman pahit…”

*      “…Tidak adil jika kita beranggapan negatif terhadap orang hanya kerana dia pernah melakukan satu kesalahan atau kesilapan…memaafkannya adalah jalan yang terbaek…”

*      “…Perlu ada satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan hanya dengan mengimpikannya…”

*      “…Berbahagialah dengan apa yang kita miliki, berjuanglah sekuat tenaga untuk menambahkan kebahagiaan yang dimiliki itu…” 

Friday, April 29, 2011

~peARL of woRds~...hehehe....

Sedar mau pun tidak, kita sekarang ni da masuk pengakhiran bulan April kn…sekejap je masa berlalu…hehe…
K..stret to da point…Hmmm…Ari ni saya hanya nak berkongsi beberapa potong mutiara kata…Marilah sama-sama kita menghayati kata-kata dibawah ini…



1)Jangan dipandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan dikejar akan kemewahan kerana ianya akan susut. Tetapi, carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

2) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

3) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

4)Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan

5) Janganlah dianggap sekatan itu sebagai batu penghalang, Tetapi anggaplah ia sebagai batu lonjatan untuk kita meneruskan hidup ini.

 6) Kehidupan kita di dunia ini tidak akan menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

7) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

8) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

9) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

k...selamat berhujung minggu kepada semua...sekarang ni saya berada di rumah..Alhamdulillah...tapi, cuti ni sekejap cuma...hmmm...xkisah laa..asalkan bleh balik umah pn da cukup...sangat2 gembira dapat berjumpa insan-insan yang tersayang...
"Rumahku syurgaku.."
ok dah...sebelum saya merepek ntah pape, sampai di sini sahaja kita bertemu ye...jumpe di lain masa nanti...InsyaAllah...



...saya sayang family saya...

Tuesday, April 19, 2011

s.e.m.u.t

Tahukah awak…???
haaa...meh cni...cheq nk habaq sket...fakta pasal s.e.m.u.t


Semut memiliki jumlah yang jauh lebih banyak dari kebanyakan makhluk hidup lain di dunia ini. Untuk setiap 700 juta semut yang lahir di dunia ini, hanya ada 40 bayi manusia baru. Dengan kata lain, jumlah semut di dunia lebih banyak dibandingkan jumlah manusia...Subhanallah…

Keluarga semut juga sangat besar. Sebagai contoh, kite mungkin mempunyai keluarga beranggotakan 4-5 orang...paling ramai pn berbelas-belas orang adik beradik kn...Sebaliknya, dalam satu keluarga semut, kadang-kadang terdapat jutaan semut. Sekarang cuba pikirkan dan renungkan sejenak: jika awak memiliki kakak dan adik lelaki ataupun perempuan dengan jumlah jutaan, dapatkah kalian hidup dalam satu rumah? Tentu saja tidak!..

Banyak manusia, banyaklah ragamnya…sememangnya tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang kan???…dan terkadang tidak mudah untuk bekerjasama ngan orang di sekeliling kite…setiap orang ada peelnya…nak x nak, kite terpaksa bertolak ansur…klu masing-masing nak berkeras, xmau mengalah, alamak makin parah la keadaan…klu api yang marak, disimbah minyak petrol/minyak tanah, ape jadi????bkn ke makin marak jadinya???

x penah nampak ag kn semut gadoh???xda la plak semut nk wrestling sesame dowg kn...haaa...2 la yg membezakan sifat semut ngn manusia...

K…dats all utk hari ini…saya tinggalkan awak di sini untuk renung2 dan pikir2 ape yang tertulis diatas k…


Opppssss…
1)    Banyak manusia, banyaklah ragamnya…tp klu banyaknya semut, jd ape ye???heee….(~_~)
2)   Semut = rajin….tp sape2 yang berkeinginan nk jd rajin, jgn pulak p makan semut taw…nti laen plak jadinya….ngee~

Friday, February 11, 2011

dan seMpurNanya...

Perfecto???
kenapa  ye sesuatu benda 2 org laen bleh buat dengan begitu cemerlang / sukses/ perfect/ hebat/ luar biasa bagos/ menjadi sekali..tp bila time kte yg wt, ade je slack kt mna-mna...knape kte tdk bleh buat sesuatu benda itu sesempurna dye???..apa msalah ngn kite ni??? kte pn manusia cam dye jgkcukup fizikal, mkn setiap hari jgktp, still xbleh jd perfect cam dye..yup, mmg xda manusia yang sempurna kt dunia nisecara faktanya, walau sehebat mana pon dye, walau sempurnanya dye, walau extra ordinarynya dye, PASTI ada juga kelemahannya dimana-mana sebolehnya kte mahu kelihatan sempurna di mata orang ramai / masyarakat/ org sekeliling  an???TETAPI xperlulah klu kehebatan kite itu, hanya sekadar untuk menunujuk2jgn SESEKALI ye wahai kawan2ku sekalian.
kadang2,kelemahan yang kite hadapi ni, membuatkan org sekeliling memandang rendah pada kiteoh, sungguh sedih bila keadaan ini berlakusob3..kesannya, klu x sedikit, byk..klu x byk sikit, membuatkan diri kite terasa cukup kerdil bila berada dalam kalangan mereka yang sering menganggap diri mereka itu bagus dan perfect..kerna kite tahu, apa yang kite buat itu xla sehebat mna kurang hebat dan  belum cukup luar biasatp itulah hakikatnya kte sbg sifat manusia knhmmm,  btol x kalau la sy kte bila seseorang itu terbajet/ teranggap dirinya itu  perfect, segala kelemahannya seakan-akan sukar untuk diterima dan diakuinya???.susah untuk terima kritikan org
mungkin dibawah ini adalah antara ayat2 yang sentiasa berada difikiran
kenapa aku xbleh lakukan benda ni sepertinya???
Kenapa asyik dye je yang dapat pujian?
Kenapa apa yang aku buat ni xmenjadi?
Kenapa aku ni lemah dalam wt kerja ni?

HaaaKenapa???kenapa ye???
SEBAB.
itulah kelebihan dan keistimewaan nmanyadan disebabkan keistimewaan inilah kite saling berbeza antara satu sama lain...n disebabkan itu jgk kite saling memerlukanye, hidup sebagai manusia saling memerlukansaling bergantungan..yang lemah dibantu, yang hebat tidak perlulah untuk menonjolkan kehebatan anda jika niat anda hanyalah untuk mendapat pujianhanya untuk kelihatan sempurna dimata orang ramai..dan hanya berniat untuk mengkritik orangplisss, jgn jadikan mengkritik itu sebagai hobi ye..kelak, diri sendri akan selalu dikritik orang
jom kite sama2 beropen minded”…yang lemah, sila akui kelemahan anda dan berusaha untuk perbaikinyayang hebat, dilarang sama sekali untuk memandang rendah pada kebolehan orang lemah..sebaiknya teruskan bagi sokongan agar ia menjadi milik bersamasharing is caringcaring is loving..kan2???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...