Sedar mau pun tidak, kita sekarang ni da masuk pengakhiran bulan April kn…sekejap je masa berlalu…hehe…
K..stret to da point…Hmmm…Ari ni saya hanya nak berkongsi beberapa potong mutiara kata…Marilah sama-sama kita menghayati kata-kata dibawah ini…
1)Jangan dipandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan dikejar akan kemewahan kerana ianya akan susut. Tetapi, carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
2) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
3) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
4)Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
5) Janganlah dianggap sekatan itu sebagai batu penghalang, Tetapi anggaplah ia sebagai batu lonjatan untuk kita meneruskan hidup ini.
6) Kehidupan kita di dunia ini tidak akan menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
7) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
8) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
9) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
k...selamat berhujung minggu kepada semua...sekarang ni saya berada di rumah..Alhamdulillah...tapi, cuti ni sekejap cuma...hmmm...xkisah laa..asalkan bleh balik umah pn da cukup...sangat2 gembira dapat berjumpa insan-insan yang tersayang...
"Rumahku syurgaku.."
No comments:
Post a Comment