Showing posts with label happy2. Show all posts
Showing posts with label happy2. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Copy n Paste @ artikel di Fesbukkk...

KISAH SEORANG AYAH MENYAMBUT KEPULANGAN ANAKNYA...


Aku adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Beberapa hari lepas aku telah ditugaskan menjaga semasa waktu murid-murid selesai sesi persekolahan untuk pulang...aku hanya terpacak sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil dijemput oleh ibu bapa masing2...yang datang semua berkereta besar...yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta Hummer...kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur...aku adalah satu2nya guru bermotorsikal di sini...hehe

Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik...aku diteduhi bumbung bersebelahan pagar sekolah...sambil mata tak putus melihat gelagat2 ibu bapa yang menjemput...tertarik aku dengan seorang "uncle"...dia datang dengan motorsikal...siap sedia menunggu di depan pagar menanti anaknya...aku hanya memerhati...jarang2 la ibu bapa Sekolah Jenis Kebangsaan datang dengan motorsikal...depa ni kaya raya...

Pakaian "uncle" ni sedikit lusuh...berkerut muka menahan bahang matahari...tetap setia menanti...beberapa minit kemudian seorang kanak2 perempuan datang menghampiri, aku terus memerhati dari jauh..."uncle" tu mula keluarkan sebotol air minuman yang besar...dicurah perlahan2 di tempat duduk...pelik...kenapa pula tu..? Sementara mengangkat beg anaknya ke raga hadapan.

Kemudian, dikeluarkan pula secarik kain yang sedia tersisip di raga motorsikal...diambil dilap perlahan2 pada tempat duduk yang telah dibasahi...baru "kepelikan" aku terjawab ketika itu....demi keselesaan tempat duduk...dibasahi dahulu supaya anaknya selesa dan tidak terasa panas...walaupun membonceng motorsikal...tidak berkereta mewah seperti rakan-rakan yang lain malah dapat merasai suhu dingin kereta ketika pulang keletihan...Si ayah tetap berikan yang terbaik, termampu pada kemampuannya.


MORAL OF THE STORY...

Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya cuma kita kadang2 terlepas pandang pengorbanan ayah kita. Hargailah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah, kerana setiap daripada kita sememangnya mempunyai seorang AYAH yang hebat yang sentiasa menyayangi anaknya. Cuma lain ayah, lainlah caranya memanjakan anak.


Renungkanlah...
Ayah tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya. Adakah kita seperti yang dia inginkan?



Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang ayah.



Sentiasa berbakti dan berdoa untuk ibubapa kita tak semestinya apabila mereka telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah mulai sekarang, agar disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah TAMAN INDAH dan penyelamat ibu bapa kita dari azab kubur dan api neraka. Insya ALLAH...Doa anak - anak yang soleh dan solehah yang di bawa bersama ke sana...



Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya." 
~Hadis Riwayat Muslim~


Sticky notes:-
Ila sayang abah sangat-sangat...
Abah memang sangat memahami...
Abah selalu bg semangat kat ila dikala ila sedih@ada masalah...
Smoga ila diberi kesempatan untuk balas setiap jasa dan pengorbanan abah...
Maaf diatas segala salah silap ila selama ni...
Mekaseh yang tak terhingga kepada ABAH...

@Raya 2012

sayang abah n ma sangat2...



Thursday, May 16, 2013

it's OUR day...

Kawan Korea saya cakap:-
오늘과 교사

Kawan Jepun saya pula cakap:-
今日と教師

Yang ni kawan kepada kawan saya yang cakap...kawan saya Shah Rukh Khan...hik3:-
आज और शिक्षक

Dan SIR masa kat skolah rendah dulu pernah  ajar saya ucap “Happy teachers’ day”

Walau apa pun bahasa yang digunakan, maksudnya tetap satu…iaitu “Selamat Hari Guru”
Hari ini 16Mei…hari kita, hari kami dan hari untuk semua warga yang bergelar PENDIDIK.

Terima kasih kerana menghargai kami…kami bukan mengharapkan penghargaan, tapi cukuplah hanya sekadar ingatan dari anak-anak murid. Tiada hadiah yang paling bernilai melainkan kejayaan murid-murid…

Sebenarnya, nak ajar murid tak susah…Bla…Bla…Bla…dengar je loceng berbunyi,keluar kelas…
TAPI nak fahamkan murid apa yang kita ajar itu sebenarnya lagi susah…

Daripada tak pandai pegang pensel, kepada pandai menulis…
Daripada tak pandai mengeja, kepada pandai  membaca…
Daripada tak pandai membilang, kepada pandai mengira…
Daripada tak pandai sebut perkataan omputeh, kepada pandai speaking…

Jelassss lagi terang bersuluh….Itu semua bermula dari seorang yang bergelar GURU…
Itulah hakikat…walau gaji guru tak besar, dan mungkin pada sesetengah orang tugas guru dianggap enteng, tapi tanpa guru, tak akan wujud ENGINEER, DOCTOR, LAWYER, BUSSINESSMAN yang berjaya, ARCHITECT, dan even PEMIMPIN kite pun…

Saya cukup bangga menjadi guru…dan saya suka untuk menjadi guru…Dulu, saya tak pernah bercita-cita untuk jadi guru…sikit pun tak terlintas di fikiran...hanya sekadar main “cikgu-cikgu” masa kanak-kanak ribena dulu ada laaaaa…cikgu olok-olok...alahhhh, korang pun pernah main jugak kan????hee...saya jadi cikgu, dan 2 orang lagi adik saya jadi murid...(masa tu, adik bongsu takde lagi)...pastu siap suh adik ajak lagi kawan dia sebab nak suh anak murid jadi ramai...hik3..

Dan tak sangka plak, apa yang dimainkan dulu tu adalah bakal tugas yang akan saya pikul sekarang ini…hehe.. biarlah cita-cita masa dulu-dulu itu tersimpan kemas dihati…jauh tersasar bidangnya dari sekarang ni…saya tak kecewa jauh sekali terkilan, malah saya sangat BAHAGIA dengan tugas guru…ya,tugas yang akan menjadi tanggungjawab dan amanah kepada saya…


di SK Bukit Bayas...Saya mengajar murid Tahun3

Matematik : 3 As-Syafei

Ni pun kelas 3 As-Syafei jugak
ce cari di mana cikgu nye????heh


Sticky notes:-
1.# Saya tak nak jadi cikgu biasa-biasa..Sebab cikgu biasa dah ramai sangat...
Tapi saya nak jadi cikgu yang LUAR BIASA dan SERBA BOLEH…#
2, # Hari ni saya asyik dk ulang dengar je lagu "KAMI GURU MALAYSIA"..hehe #

Thursday, January 3, 2013

cerita biskut


Ni mungkin situasi yang pernah anda alami kan???

Haha..ada betulnya jugak kan??? 

Dulu masa kanak-kanak ribena, time balik kampung atau p umah jiran, biasanya ikut my mother la...huhu, suke sangat jadi tukang sibuk di kala mereka sedang berbual-bual..Pastu kan, selalu sangat dihidangkan ngan  biskut kering dan air teh..time tu, makan macam tak pernah jumpe biskut...kadang-kadang tu tak sedar sampai da licin pinggan...siap tuan umah tambah lagi biskut...time 2, mula la nak wat muka malu-malu kucing n senyum-senyum kambing...padahal kan kalau kat umah sendiri, ada je biskut sebijik camtu...tapi takde la sampai gitu makannya..ntah la, kalau makan kat umah orang, smakin sedap plak kot rasanya..haha..opppssss, ni bukan saya sorg je mkan k..ada lagi pengikut my mother yang setia..heee...
oh, rindu zaman kanak-kanak ribena..tapi bila ingat smula, sangat-sangat klakar  laa...kui3...

Time hujan camni, makan biskut cicah air teh pasti sedap kan...
heee...

ni la biskut kering a.k.a biskut mayat..


Saturday, September 29, 2012

Bersua kembali kita...
Hmm...tak tau nak mulakan dari mana...sebab ada dua citer nak dihebohkan kat sini..

Yang pertama...
Citer happy...

Last weekend, saya balik umah...
ada sesuatu yang sangat menggembirakan berlaku...

what's that???

guessss what...within 10 seconds ok!!!!


10..
9...
8...
7...
6...
5...
4...
3...
2...
1...

ok..stop guessing...!!!

Taddddaaaaaa................



Stroberi cis kek...nyummy2...

ni pic yang jelas sketttt...
perasan x..ada name "ILA" kt atas kek 2??
kakak ipar ckp, yg 2 abgkuuu yg buat...
soooo sweet korg...buat kek sesame ea...
heee...




Tengkiu sooooo much buat abe long 1 family...
utk stroberi cis kek yg sodap ini...
tak sangka dapat jgk merasa makan kek ni last weekend...
memang mabeles laaaa...
sape tak makan, memang rugi...
sekali sy sorg ktorg hadap je kek ni, da tnggal sparuh...( bukti sedappp...hik3)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dan kemudian beralih pulak kite kpd citer sedih..
: (


huhuhu..sy kena marah...
sebab??? 
tak perlu di mention kat cni kot...
sesungguhnya sy kechewaaaa...
waaaaaaaaaaaaaaa....
ok...tak mo ingat lagi...
tak mo bazirkan "air paip" kt mta ni lagi...( T_T)


hmmmm..mau tido sekarang...
smoga esk bgn pagi terus hilang segalanya memori sedih...
wish u're here...happy moments...
PEACE...cik ila...hua3...



nota belog: 
the most precious time is when you feel freely to talk everthing with your closest...


orait...nite all...
sweet dreammmmssss...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...