Tuesday, May 8, 2012

TeguRan...



Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan. Yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup…Majoriti daripada manusia di muka bumi ni mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tapi tidak kurang juga yang lansung tidak suke ditegur…right???

Sifat manusia, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Ok, that’s normal…Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada dan terus menusuk kalbu…

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati…
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini kan. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Dan seharusnya INGAT!!!!

Apabila kite menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari yang lain telah menuding kepada diri kite sendiri. Itu adatnya. By the way…kite sebagai manusia perlu untuk saling tegur menegur. Bukan nak tunjuk sape lebih berilmu ataupun sebaliknya, tapi itu adalah satu kewajipan…Bersamalah kita kearah kehidupan yang lebih baik..

Kata Hukama,
"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain”.

Seharusnya begini lah resam kehidupan kita. Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang di sekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan jika anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...