Sunday, February 5, 2012

ayuhhh!!!...jadikan role model...


Rasulullah (s.a.w) mengatakan ada seorang perempuan tua yang tinggal seorang diri di rumahnya. Perempuan itu memerlukan bantuan daripada seseorang bagi mengambil air untuk diminum dan mengambil wudhu'. Lalu baginda s.a.w bertanya siapa yang sanggup mengambilkan air untuk perempuan tua itu. Maka Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab segera menawarkan diri.


Esoknya sebelum fajar menyingsing, Umar Al-Khattab pergi ke rumah perempuan tua itu bagi memenuhkan bekas tempayan di rumah itu dengan air. Tetapi didapatinya tempayan itu sudah dipenuhi dengan air. Malam esoknya dia datang lebih awal, tidak mahu orang lain mendahuluinya. Namun dia berasa hairan kerana tempayan air itu sudah penuh juga. Pada malam ketiga, Umar Al-Khattab bangun lebih awal lalu mengintai orang yang mengambil air untuk perempuan tua itu. Didapatinya orang itu adalah Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.

"Saya berasa cemburu kepada saudara kerana sentiasa mendahului saya dalam membuat kebajikan," kata Umar Al-Khattab kepada Abu Bakar.


+++++***********************************************************************************+++++

Kite sebagai manusia, pernahkah terfikir untuk saling berlumba-lumba membuat kebaikan? Bersaing untuk merebut ganjaran pahala..
.Bukan bersaing untuk mengejar kemewahan duniawi yang hanya bersifat sementara. 
Topup henpon tak penah nak putus...
Tapi, topup pahala sering dilupakan...
Sering terlupa dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi...


Analoginya disini, 
kenderaan perlukan minyak petrol untuk bergerak...
tumbuhan perlukan air untuk hidup...
begitu juga manusia,
perlukan simpanan pahala untuk menuju ke Taman Firdaus...
Tepuk dada, tanya hati...

~Renung-renungkanlah~

+++++***********************************************************************************+++++

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...