Thursday, May 16, 2013

it's OUR day...

Kawan Korea saya cakap:-
오늘과 교사

Kawan Jepun saya pula cakap:-
今日と教師

Yang ni kawan kepada kawan saya yang cakap...kawan saya Shah Rukh Khan...hik3:-
आज और शिक्षक

Dan SIR masa kat skolah rendah dulu pernah  ajar saya ucap “Happy teachers’ day”

Walau apa pun bahasa yang digunakan, maksudnya tetap satu…iaitu “Selamat Hari Guru”
Hari ini 16Mei…hari kita, hari kami dan hari untuk semua warga yang bergelar PENDIDIK.

Terima kasih kerana menghargai kami…kami bukan mengharapkan penghargaan, tapi cukuplah hanya sekadar ingatan dari anak-anak murid. Tiada hadiah yang paling bernilai melainkan kejayaan murid-murid…

Sebenarnya, nak ajar murid tak susah…Bla…Bla…Bla…dengar je loceng berbunyi,keluar kelas…
TAPI nak fahamkan murid apa yang kita ajar itu sebenarnya lagi susah…

Daripada tak pandai pegang pensel, kepada pandai menulis…
Daripada tak pandai mengeja, kepada pandai  membaca…
Daripada tak pandai membilang, kepada pandai mengira…
Daripada tak pandai sebut perkataan omputeh, kepada pandai speaking…

Jelassss lagi terang bersuluh….Itu semua bermula dari seorang yang bergelar GURU…
Itulah hakikat…walau gaji guru tak besar, dan mungkin pada sesetengah orang tugas guru dianggap enteng, tapi tanpa guru, tak akan wujud ENGINEER, DOCTOR, LAWYER, BUSSINESSMAN yang berjaya, ARCHITECT, dan even PEMIMPIN kite pun…

Saya cukup bangga menjadi guru…dan saya suka untuk menjadi guru…Dulu, saya tak pernah bercita-cita untuk jadi guru…sikit pun tak terlintas di fikiran...hanya sekadar main “cikgu-cikgu” masa kanak-kanak ribena dulu ada laaaaa…cikgu olok-olok...alahhhh, korang pun pernah main jugak kan????hee...saya jadi cikgu, dan 2 orang lagi adik saya jadi murid...(masa tu, adik bongsu takde lagi)...pastu siap suh adik ajak lagi kawan dia sebab nak suh anak murid jadi ramai...hik3..

Dan tak sangka plak, apa yang dimainkan dulu tu adalah bakal tugas yang akan saya pikul sekarang ini…hehe.. biarlah cita-cita masa dulu-dulu itu tersimpan kemas dihati…jauh tersasar bidangnya dari sekarang ni…saya tak kecewa jauh sekali terkilan, malah saya sangat BAHAGIA dengan tugas guru…ya,tugas yang akan menjadi tanggungjawab dan amanah kepada saya…


di SK Bukit Bayas...Saya mengajar murid Tahun3

Matematik : 3 As-Syafei

Ni pun kelas 3 As-Syafei jugak
ce cari di mana cikgu nye????heh


Sticky notes:-
1.# Saya tak nak jadi cikgu biasa-biasa..Sebab cikgu biasa dah ramai sangat...
Tapi saya nak jadi cikgu yang LUAR BIASA dan SERBA BOLEH…#
2, # Hari ni saya asyik dk ulang dengar je lagu "KAMI GURU MALAYSIA"..hehe #

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...