Saturday, March 12, 2011

she woLf...???

Yipeee…bertemu kite lgi ye…alhamdulillah, kite sume masih lgi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dibumi yang indah ini..alhamdulillah..alhamdulillah…alhamdulillah…tp bagaimana pula pengisiannya???seimbangkah duniawi dan ukhrawi nye???masing2 jwb k…
Hmmm..ari ni sy tertarik untuk menulis pasal :-
“Anak serigala”
3 ari yang lepas sy ada terbaca pasal tajuk ni kt paper…tetiba teringin nk wt ulasan plak…

Mengikut info tersebut, anak serigala  ni terjadi disebabkan oleh masalah kromosom  yang dikenali sebagai Sindrom Ambras. atau juga Hypertrichosis. Masalah ini sebenarnye dikenal pasti sejak Zaman Pertengahan dahulu. Tetapi pada masa tu ianya lebih dikenali sebagai sindrom serigala jadian. 

Kes Sindrom Ambras pertama direkodkan adalah Petrus Gonzales dari Pulau Canary pada tahun 1648 oleh Altrovandus. Rekod mencatatkan, dalam keluarga Gonzales, dua anak perempuan, seorang anak lelaki dan seorang cucunya menghidap sindrom itu. Altrovandus menggelar mereka sebagai keluarga Ambras, sempena istana Ambras berhampiran Innsbruck, lokasi potret keluarga berkenaan ditemui. Dan kira-kira 300 tahun kemudian, 50 kes lain dicatatkan. 


Sindrom Ambras dikelaskan sebagai masalah genetik jarang berlaku yang menyaksikan pertumbuhan luar biasa bulu di seluruh tubuh terutama muka dan bahu
Uniknya, ia cuma dihidapi seorang dalam setiap 1 bilion dan setakat ini masih tiada rawatan untuk masalah itu. Masalah ini wujud sejak kelahiran dan selalunya berkekalan sepanjang hayat. Penghidap sindrom ini turut dikaitkan dengan masalah gigi. Ada dua jenis berbeza sindrom ini iaitu generalized hypertrichosis, yang tumbuh di seluruh tubuh dan localized hypertrichosis, yang terhad kepada bahagian tertentu tubuh. 

Jom layan gambar plak...

Supatra yang dikatakan menghidapi sindrom Ambras





Supatra bersama kawannya disekolah


agak sukar untuk makan sekiranya bulu
di mukanya tidak dicukur


Kehidupannya masih sama dengan kanak-kanak lain

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...