Sunday, October 9, 2011

believe it or not..

Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu?
Jawapannya:Palsu.
Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.


Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu?
Jawapannya:Palsu.

Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk ok!


Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit menjadi lebih sihat.



Benar/Palsu?
Jawapannya:Palsu.
Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.


Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit boleh membantu kulit menjadi sihat.


Benar/Palsu?
Jawapannya:Palsu.
Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.




Kesimpulannya:-
~Biasakan yang betul,betulkan yang biasa~
Ngee~
(^_~)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...