Saturday, January 7, 2012

Bila lelaki akan malu?

selamat pagi you alls..sekarang baru kul 5.30 pagi taw...wah!..pagi-pagi hari lagi da gian nak update blog ni..hee..tengah asyik dating ngan pak cik google, tetiba terjumpa artikel ni...cam menarik je nengok...jom layannn..


Antara 10 perkara atau insiden yang boleh mengaibkan lelaki:-








1) MENANGIS






Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang.. tak cool..(Control macho plak...hee..). Sebab tu bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih depan pompuan...
Kalau menangis jugak? aku tak cool ke???...
haaa...takde la sampai tak cool bro..Tak salah menangis dan dah jadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi. Mungkin dengan menangis, akan terpancar perasaan kasihan dan selain menunjukkan sisi berbeza diri anda sebagai seorang yang sensitif. Pompuan cukup terusik bila lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman. Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki okeh! 
2) TERJATUH
Insiden ni memang akan memalukan semua orang kan...Semasa kecil, jika anda terjatuh, pasti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Tapi, bila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai. tak macho la kan..hee..Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika berada dikawasan orang ramai...
Kalau jatuh jugak?
Alamak!!!jatuh pulak...jatuh saham hensem...adoiii...
Rilex...Kalau terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya ke atau lantai tidak rata...Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okey?
3) TIDAK CUKUP DUIT
Jika tidak cukup duit pada tengah bulan, mungkin biasa dan bukanlah satu perkara yang menghairankan. Tetapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika mahu membayar, anda tidak mempunyai wang yang cukup. Sudah tentu ketika itu dunia akan menjadi gelap seketika, tambahan pula sebelum keluar, anda beria-ia berjanji membelanjakan makan.
Habis tu nak buat cam mana?
Bersikap jujur dan beritahu pasangan anda situasi sebenar. Dalam perhubungan, tidak semestinya lelaki yang harus berbelanja setiap kali keluar bersama. Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada pertemuan berikutnya.
4) KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN
Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan, kenderaan yang dinaiki rosak. Teruk anda dikutuk kerana tidak memeriksa kenderaan dengan sebetulnya.
Alamak...tolong!!!!
Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Mungkin boleh ambik pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan dengan jujur mengenai keadaan kenderaan anda. Moral of the story, lepas ni, belajar la sket-sket ilmu pasal mekanik..Takde ruginye korang kalau pandai baiki kereta in case kalau rosak yang simple...
5) DI HINA
Pompuan yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda. Begitu juga dengan majikan anda yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu anda akan malu dan ingin memarahi mereka semula.
Adussss...bengangnyeeee...
Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina. Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda.
6) DI KALAHKAN
Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa juga perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita. Sudah tentu perasaan anda ketika itu penuh dengan malu, tidak puas hati dan dendam.
Kalau dah ditakdirkan kalah?
Terima seadanya...buat slumber je walaupun frust...hee..Percaya kepada takdir bahawa tidak semestinya anda akan selalu berada di atas. Ada ketikanya anda akan berada di bawah dan jika anda tewas, ucapkan tahniah kepada lawan anda. Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran dalam kehidupan.
7) TERBONGKAR
Lelaki juga penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Jika rahsia mengenai mereka terbongkar, sudah tentu ini akan memalukan mereka. Bayangkan jika tabiat anda semasa tidur bertemankan bantal busuk sedari kecil diketahui oleh rakan-rakan anda. Sudah tentu ia akan membuatkan anda malu seketika bukan.
Alamak!!!...Kantoi sudaaa...tension betoi...
Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda. Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik yang akan mematahkan setiap tutur kata mereka. Katakan juga, anda sedang berusaha untuk mengubah cara hidup anda ini.
8) LUPA HARI ISTIMEWA
Lelaki tidak ramai yang mempunyai rutin hidup terancang lebih-lebih menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat, jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang sepatutnya diraikan. Akibatnya, lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga ia kadang kala melukakan hati si dia ataupun isteri.
Apa yang perlu dilakukan?
Dalam kecanggihan dunia teknologi sekarang, kan banyak gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan kita apabila tiba detiknya..so pasni, buat reminder kat henpon korang..Kalau lupe jugak, korang patut pegi check kat klinik ape masalah korang sebenarnye...
9) PENDEK
Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Pompuan tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman taw. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna, anda tetap akan dijauhi, okey?
Fikir positif..cuba lakukan ini...
Tonjolkan identiti anda yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi anda ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Anda mungkin pilihan mereka!
10) JERAWAT
Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi...oppsss..sebenarnye pompuan pon akan rasa camtu jugak! takde sape yang suke ngan jerawat ni..hee
Apa yang perlu dilakukan?
Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai anda memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.


ok..dats all for dis morning...nak kena bersiap-siap p kuliah plak lepas ni..hee..
Sebelum terlupe...Ayuh!!..mulakan pagi yang damai ini ngan senyuman yang paling manis kita punyai... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...