Wednesday, April 25, 2012

Kisah 2 ekor Rama-Rama


Kisah 2 ekor rama-rama????
hahaha,bukan nak citer fakta mengenai rama-rama ok!!!...dan jugak bukan  nak ajar nyanyi lagu ni:-

Dari Ulat jadi kepompong
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong,
Cukup Masa Kelongsong Pecah,
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah,
Rama-Rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama,
Begitulah Hidup Manusia,
Pada Allah Kita Berdoa,
Agar Jadi Insan Mulia,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama


Heee..dalam tak nak ajar tu, sempat jugak abes nyanyi satu lagu 2...haha
Ok..
Ari ni kita layan buku citer kanak-kanak,,,,
Jom!!!!

Pada zaman dahulu, terdapat sepasang rama-rama. Mereka tinggal bahagia di sebuah Taman Bunga…Kedua-dua rama-rama ini sangat rapat…Uniqorne dan Sylvia…begitulah nama rama-rama tersebut…Mereka berkawan baik dan sentiasa ambil berat antara satu sama lain…Mereka suka bercerita, dan bermain bersama-sama…Sylvia sangat suka berkawan dengan Uniqorne…


Yang mana satu uniqorne dan Sylvia ni..???


 Suatu hari, tanpa dirancang, Uniqorne dan Sylvia bergaduh… Uniqorne tidak lagi datang bermain-main bersama Sylvia…Sylvia berasa sangat sedih dan cuba mencari ke mana Uniqorne menghilang…Namun, di saat Sylvia terjumpa Uniqorne, Uniqorne terus terbang tanpa menoleh lagi…Sylvia buntu mencari idea bagaimana untuk memujuk Uniqorne semula…Sylvia sedar akan kesilapannya tempoh hari, tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf kepada Uniqorne…Hari berganti hari, Uniqorne masih lagi tidak mempedulikan Sylvia…Namun, Sylvia sangat berharap agar Uniqorne datang mencarinya semula…Pada masa yang sama, Sylvia mula memujuk hatinya sendiri untuk menerima kenyataan bahawa dia mungkin akan kehilangan Uniqorne buat selamanya…!!!


~The End~

Moral Of da Story:-

Untuk Uniqorne: Saling memahami sangat penting dalam setiap perhubungan…

Untuk Sylvia: Sentiasalah bersyukur dengan teman yang ada di sisi…Hargai setiap kebaikannya...

Untuk Uniqorne dan Sylvia: Faced the problem and fix them!!!...That’s how the life will be meaningful…




*Buku ni sesuai di baca untuk kanak-kanak sebab ada moral of da story...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...