Saturday, September 8, 2012


Sekadar ingin berkongsi...InsyaAllah, same-same kita kearah yang lebih baik dan terus baik..

...sesungguhnya manusia ini terdiri dari 2 golongan iaitu satu golongan yang rugi dan satu lagi yang beruntung.Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi contohnya bilamana kita meletakkan kemewahan dan darjat terus-terusan di hati kita. Tidak ke mana semua itu. Kemewahan kita pada hari ini hanyalah duniawi semata-mata, sebaik saja kita meninggalkan dunia ini. Kereta mahal yang kita beli tidak mampu mengekor kita selepas kita mati.

Bukan harta dan wang ringgit yang akan dibawa tetapi amal seseorang itu yang akan diambil-kira. Hati yang bersih, itu yang paling utama. Kalau hati kita sakit, seluruh badan kita akan turut menjadi sakit. Sebaliknya kalau hati kita bersih, segalanya akan menjadi bersih. InsyaAllah.

Janganlah kita merasa diri kita sudah penuh tetapi sebenarnya masih kosong...sekali lagi saya ingatkan untuk diri saya juga, jangan nampak penuh tapi sebenarnya tidak berisi..... 

Berusahalah agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Bagaimana untuk menjadi orang yang beruntung itu? Secara asasnya kita tidak perlu memandang terlalu jauh, hanya melihat dan beri penuh pengertian terhadap Surah Al-Asr yang bermaksud Demi masa... 
Surah ini mengajak kita memahami erti yang 5 sebelum datangnya yang 5.....
  • masa sihat sebelum sakit
  • masa muda sebelum tua
  • masa kaya sebelum miskin
  • masa lapang sebelum sempit
  • masa hidup sebelum mati

Rajin-rajinkanlah diri kita bangun untuk solat Tahajjud. Kerana solat Tahajjud itu penawar segala penyakit. Jika kita menderita oleh sesuatu penyakit, amalkanlah solat Tahajjud 40 malam secara berterusan dan tanpa henti sebagai salah-satu ikhtiar kita. InsyaAllah dengan izin Allah dan keikhlasan kita dalam melaksanakan solat tersebut, maka akan sembuh penyakit itu. Apa yang penting, nawaitu dalam hati ikhlas.





NOta kaki belog:-

Hari ni saya dk kat umah sorang-sorang..
housemate2 yang laen kena ganti sekolah sebab bercuti awal masa raye Aidilfitri yang lepas...
Heee...Untung jugak skolah tak ambik cuti hari 2..sungguh malas nak pegi skolah kalau hari SABTU kan???...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...