Tengok kepada
tajuk entri ni mesti da dapat agak kan tempat apa tu? Perkataan “Food”
menjelaskan segala-galanya kan…Sebenarnya kitorang satu family da lama pegi
tempat ni…hee, baru teringat dan berkelapangan nak citer pasal ni.. kali ni, kami satu family p terjah Chim Chum Food Village yang
terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Restoran ni ala-ala
steamboat laa..
Bayaran 'masuk' cuma RM19.90. Lepas dah masuk, makan la sebanyak mana yang nak makan…makan sepuas-puasnya…saya syorkan kepada sesiapa yang punya ‘tangki’ dan selera besar, berbaloi la pegi tempat camni…sesuai la kalau nak lepak-lepak dan makan-makan santai ngan family, kawan-kawan…
Steamboat |
Makanan kat sini kira ok la jugak… ada steamboat, laksa,
mee, nasi goreng, rojak buah, abc dan macam-macam lagi. Rasanya macam banyak
sangat kalau nak listkan. so, tak de la makan fish ball semata je. Kalau nak tanya
sedap atau tak, itu terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau pandai masak
steamboat, pandai buat ABC sendiri, pandai buat mee sup sendiri, sedap la
jadinya…sebab kat sini semuanya layan diri…hee..Bagi saya,overall ok la…tambah
pulak time tu kakak yang belanja…mesti la best…: )
Pelbagai pilihan untuk steamboat |
tengok!!!...sedap kan??? |
Meja penuh ngan makanan je.. |
Makan...Rehat kejap...sembang... pastu sambung makan smula...: ) |
wif my kakaks... Orait..that's all... |
Sticky notes:-
No comments:
Post a Comment