Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah...
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa...
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan...
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan...
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan menjadikan diri muda selalu...
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...
sticky notes:-
Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik....TAPI
mereka hanya akan berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya...
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan.
Namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar.
Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri.
...(^_~)...
No comments:
Post a Comment