Monday, January 30, 2012

how my day passes today..




Pagi:
yeahhh!!!..mulakan hari ni dengan senyuman..
semangat membara untuk ke kuliah...
(hakikatnye kurang rajin nak p...nak2 baru pas cuti ni..heee)

tengah hari :
wahhhh! masih lagi bertenaga...
a little bit tired but olwez put a smile...
tunggu waktu untuk pulang
dari kuliah...
wink3...


yesss....!!!
kelas da abes untuk hari ni...
bersorak keriangan cam kanak-kanak ribena ...
hehehe...


petang:


malam:


sedang leka buat omwork, tetiba handphone berbunyi..
kring..kring..kring...(eh,tipu..ni bukan telefon umah ok..)
dapat kol dari abah..
pas citer itu ini ngan abah,
sambung borak-borak ngan my mum pulak...
heee...bahagia sungguh!

dan selepas itu...
sambung buat keje dengan happy mood..
sambil tengok AJL..ha3..
buat keje sket je sebenarnye, tengok tv je lebih kot...

keje 3in1.. (wt keje..tgk tv..bukak laptop...)
hik3..


AJL da abes...tapi masih lagi sambung wat keje..
adehhhh...penat la pulak..
sakit mata dok ngadap laptop lame-lame...
rehat jap..take five...
goyang-goyang kaki..
warming up..
pastu baru sambung wat keje semula...
mak aihhhh...keje ape la yang banyak sangat tu?

ni kes saja cari keje..bajet bz kot...hee

and lastly...time to sleep...(opppsss...sumthing good happens)
unbelievable...sweet!
~
~
~
~
bersedia untuk ke kuliah esok plak..




Ok..slamat malam sume…!!!
baca doa dan bolehlah mulakan mimpi indah anda...






Friday, January 20, 2012

pssttttt....cinta hati saya...


ciri-ciri cinta hati saya...

jeng2...
ni entri eksklusif...hot gitu..hik3


beliau baek...
beliau sporting...
beliau hensem...
beliau penyayang...
beliau sentiasa concern pasal saya...
beliau sangat toleransi...
beliau bijak bagi nasihat...
beliau sentiasa hadir di kala saya memerlukan...(duit ke?..he3..bukan2...)
beliau suke bercerita...
beliau memang da banyak berkorban untuk saya...
beliau memang TERBAIK...
saya sayang n cinta beliau sangat-sangat...



~180112~

today is his special day...SURPRISE!!!!
 kek ni untuk beliau..sedap yang amat taw...


jom layan kek secret recipe nih...





hik3..tak sabar budak kecik ni nk makan kek...



~Epi befday abah~

smoga panjang umo...walaupun umo abah da masuk 54tahun, tapi
abah maintain smart n hensem...heee...
smoga murah rezeki...
smoga sihat sokmo...

we all love u so much...

~hanya doa yang dapat dihadiahkan untuk abah~



~kitorang satu family celebret ala kadar je...
tapi tetap jugak happening~


ok..dats all...tengkiu...!!!
PEACE!!!

Saturday, January 14, 2012

all about life..

“Life is an opportunity, benefit from it. 
Life is beauty, admire it. 
Life is a dream, realize it. 
Life is a challenge, meet it. 
Life is a duty, complete it. 
Life is a game, play it. 
Life is a promise, fulfill it. 
Life is sorrow, overcome it. 
Life is a song, sing it. 
Life is a struggle, accept it. 
Life is a tragedy, confront it. 
Life is an adventure, dare it. 
Life is luck, make it. 
Life is too precious, do not destroy it. 
Life is life, fight for it.”
 ...









+ suara hati : I have learned that some things are best to keep secret...

Monday, January 9, 2012

Minggu Kacau




Jiwa kacau. kacau-kacau. peminat bola cakap bola ni enjoy, kuatkan semangat kekitaan pasukan & semangat kesukanan. tapi kadang-kadang kekacauan pun ade.



Kacau 1:
07 jan 2012 - jiwa aku kacau sebab The Red Warriors dah tak mampu mempertahankan Piala Sumbangsih. lagi kacau kalah sebab main tak macam dulu. mungkin dowang ingat lawan tak hebat. mungkin juga masih tiada lagi keserasian. come on la trw, ayuh bangkit menentang Lion XII. aku nak tengok the real trw. btw, tahniah untuk skuad jang sebab berjaya mengekalkan rentak game walaupun ramai star dah bla. good game!


Kacau 2:
08 jan 2012 - jiwa aku bertambah kacau lagi dek kerana kekalahan The Citizens. seriusly aku bengang yg melampau kat si ref game tu. kad merah yg melucukan. aku boleh terima kekalahan kalau fair play, ni nampak sgt ref berat sebelah. mentang-mentang la m.u. papepon manchester city dah main dgn baik sgt semalam. walaupun ketinggalan 3-0, tapi mampu gak meyerang hanya dgn 10 pemain. cuak muka fans m.u kat stadium tu bile dah 3-2. walau kalah, aku agak puas hati sebab citizens mampu ayam-kan menyu. sumpah aku anti-MU selamanya. huh!



Kacau 3:
Weekend- sumpah aku tension dgn cara aku main futsal & bola. teruk sgt. mungkin aku masih perlukan tunjuk ajar sifu-sifu (member aku) & selalu praktis. paling sadis, tak pasal-pasal kaki aku kembali sakit. perghhh sengal wei. best ni kalau boleh urut.



TAPI jiwa kacau sedikit ok bila Dr Ezani menang Masterchef. hahaha well i'm one of her fans. :)



p/s: banyakkan lah bersama Yang Maha Mendengar sekiranya jiwa kacau kacau kacau kacau kacau kacau. ok habis.

Rahsia kucing tampil sihat...


Meooowwwww…meoowwwww….haha,tetiba testing bunyi kucing plak..(dalam hati, “sedap jugak suara aku ek.. tak sangka plak …ni baru bunyi kucing..kalau nyanyi tak taw nak cakap ape…mak aihhh…agak-agak boleh masuk Mentor 6 kot…hak3..”)
Selama ni, kita da memang taw kan, kucing selalu je dikaitkan ngan tikus..kalau kat rumah banyak tikus, biasa orang akan suggest suh kite bela kucing je..ye tak???Agak-agak kenape la kucing ni suke sangat makan tikus..sedap ke???hee..
Kepada pencinta wanita kucing sekalian, korang seharusnya kena taw fakta ni…
Kucing suka makan tikus sebab kucing kekurangan bahan “taurin” di dalam badannya. Taurin ini diperlukan bagi membantu kucing mengekalkan kebolehannya untuk melihat di dalam gelap. Haa..ni la sebabnye…
Kucing ni tak boleh menghasilkan “taurin” dengan sendiri. Disebabkan badan tikus kaya dengan taurin maka dengan itu, kucing perlu memakan tikus untuk mendapatkan taurin yang mencukupi serta mengekalkan keupayaan kucing melihat di dalam gelap..

Falsafah dari fakta ini sebenarnye kucing kalau boleh dia tak mau makan tikus, lebih-lebih lagi tikus ni kan pengotor. Kucing lebih selesa makan ikan…ataupun whiskers ke..Friskies…cam dalam iklan tv, kucing lansung tak pandang kat tikus yang berjoget depan mata sebab dia da ada makanan whiskers…nak gambarkan whiskers ni seribu kali sedap berbanding tikus…haha,tapi apakan daya…dia terpaksa makan tikus sebab dia perlukan “taurin” untuk membolehkannya melihat di dalam gelap. Begitu juga dengan manusia. Ada sesetengah ubat, herba atau ulam-ulaman, kita tidak gemar memakannya. Tetapi kita mesti makan untuk melawan atau mengindari sesetengah penyakit…

k..dats all…selamat malam sume!
Meooowwww..meoowww…!...



Sedetik lebih :
Makanan atau ubatan yang tidak sedap dimakan ada hikmahnya kalau kita amalkan. Kita biasanya hendak yang sedap sahaja. Yang pahit atau tidak sedap kita elakkan sama sekali. Padahal banyak manfaatnya.

Saturday, January 7, 2012

Bila lelaki akan malu?

selamat pagi you alls..sekarang baru kul 5.30 pagi taw...wah!..pagi-pagi hari lagi da gian nak update blog ni..hee..tengah asyik dating ngan pak cik google, tetiba terjumpa artikel ni...cam menarik je nengok...jom layannn..


Antara 10 perkara atau insiden yang boleh mengaibkan lelaki:-








1) MENANGIS






Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang.. tak cool..(Control macho plak...hee..). Sebab tu bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih depan pompuan...
Kalau menangis jugak? aku tak cool ke???...
haaa...takde la sampai tak cool bro..Tak salah menangis dan dah jadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi. Mungkin dengan menangis, akan terpancar perasaan kasihan dan selain menunjukkan sisi berbeza diri anda sebagai seorang yang sensitif. Pompuan cukup terusik bila lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman. Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki okeh! 
2) TERJATUH
Insiden ni memang akan memalukan semua orang kan...Semasa kecil, jika anda terjatuh, pasti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Tapi, bila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai. tak macho la kan..hee..Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika berada dikawasan orang ramai...
Kalau jatuh jugak?
Alamak!!!jatuh pulak...jatuh saham hensem...adoiii...
Rilex...Kalau terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya ke atau lantai tidak rata...Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okey?
3) TIDAK CUKUP DUIT
Jika tidak cukup duit pada tengah bulan, mungkin biasa dan bukanlah satu perkara yang menghairankan. Tetapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika mahu membayar, anda tidak mempunyai wang yang cukup. Sudah tentu ketika itu dunia akan menjadi gelap seketika, tambahan pula sebelum keluar, anda beria-ia berjanji membelanjakan makan.
Habis tu nak buat cam mana?
Bersikap jujur dan beritahu pasangan anda situasi sebenar. Dalam perhubungan, tidak semestinya lelaki yang harus berbelanja setiap kali keluar bersama. Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada pertemuan berikutnya.
4) KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN
Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan, kenderaan yang dinaiki rosak. Teruk anda dikutuk kerana tidak memeriksa kenderaan dengan sebetulnya.
Alamak...tolong!!!!
Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Mungkin boleh ambik pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan dengan jujur mengenai keadaan kenderaan anda. Moral of the story, lepas ni, belajar la sket-sket ilmu pasal mekanik..Takde ruginye korang kalau pandai baiki kereta in case kalau rosak yang simple...
5) DI HINA
Pompuan yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda. Begitu juga dengan majikan anda yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu anda akan malu dan ingin memarahi mereka semula.
Adussss...bengangnyeeee...
Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina. Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda.
6) DI KALAHKAN
Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa juga perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita. Sudah tentu perasaan anda ketika itu penuh dengan malu, tidak puas hati dan dendam.
Kalau dah ditakdirkan kalah?
Terima seadanya...buat slumber je walaupun frust...hee..Percaya kepada takdir bahawa tidak semestinya anda akan selalu berada di atas. Ada ketikanya anda akan berada di bawah dan jika anda tewas, ucapkan tahniah kepada lawan anda. Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran dalam kehidupan.
7) TERBONGKAR
Lelaki juga penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Jika rahsia mengenai mereka terbongkar, sudah tentu ini akan memalukan mereka. Bayangkan jika tabiat anda semasa tidur bertemankan bantal busuk sedari kecil diketahui oleh rakan-rakan anda. Sudah tentu ia akan membuatkan anda malu seketika bukan.
Alamak!!!...Kantoi sudaaa...tension betoi...
Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda. Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik yang akan mematahkan setiap tutur kata mereka. Katakan juga, anda sedang berusaha untuk mengubah cara hidup anda ini.
8) LUPA HARI ISTIMEWA
Lelaki tidak ramai yang mempunyai rutin hidup terancang lebih-lebih menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat, jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang sepatutnya diraikan. Akibatnya, lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga ia kadang kala melukakan hati si dia ataupun isteri.
Apa yang perlu dilakukan?
Dalam kecanggihan dunia teknologi sekarang, kan banyak gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan kita apabila tiba detiknya..so pasni, buat reminder kat henpon korang..Kalau lupe jugak, korang patut pegi check kat klinik ape masalah korang sebenarnye...
9) PENDEK
Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Pompuan tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman taw. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna, anda tetap akan dijauhi, okey?
Fikir positif..cuba lakukan ini...
Tonjolkan identiti anda yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi anda ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Anda mungkin pilihan mereka!
10) JERAWAT
Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi...oppsss..sebenarnye pompuan pon akan rasa camtu jugak! takde sape yang suke ngan jerawat ni..hee
Apa yang perlu dilakukan?
Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai anda memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.


ok..dats all for dis morning...nak kena bersiap-siap p kuliah plak lepas ni..hee..
Sebelum terlupe...Ayuh!!..mulakan pagi yang damai ini ngan senyuman yang paling manis kita punyai... :)

Friday, January 6, 2012

Pertukaran nazar...boleh ke?

Secara asasnya , nazar yang telah diucapkan , hukumnya adalah wajib ditunaikan. Seseorang yang bernazar hendaklah melaksanakan nazarnya mengikut apa yang diucapkan semasa melakukan nazar, selagi mana nazar tersebut bukan kepada perkara-perkara maksiat atau dosa kepada Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Hajj , ayat 29 :

“dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka”

Pertukaran nazar hanya dibolehkan apabila kita menukarnya kepada suatu nazar yang lebih baik daripada sebelumnya , sebagaimana pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya ‘Al-Ikhtiyarat’ , m.s 329 :

“Asal (hukum) sekiranya seseorang menetapkan suatu tempat yang tertentu dalam nazarnya , iaitu ingin bersedekah atau membina sebuah masjid pada tempat tertentu , maka wajib baginya untuk menunaikan nazarnya pada tempat tersebut (sebagaimana yang diucapkan) selagi mana tidak ada larangan syarak , melainkan sekiranya ia ingin menukarkan nazarnya dibuat di dua tanah haram (makkah dan madinah). Maka perbuatan tersebut tidak mengapa (dibolehkan)”

Jelas dalam pendapat Ibn Taimiyyah tersebut mengatakan bahawa pertukaran nazar yang dibuat untuk suatu tempat / perkara yang lebih baik daripada sebelumnya , adalah dibolehkan. Begitu juga halnya , jika seseorang benazar ingin berpuasa pada hari selasa , maka ia boleh menukar puasanya pada hari Isnin , kerana berpuasa pada hari Isnin adalah lebih baik dan perkara yang memang disunnahkan Oleh Rasulullah saw.

Walaubagaimana pun , terdapat pendapat ulama yang mengatakan dibolehkan kita untuk menukar nazar atas alasan sesuatu yang dikira sebagai dharurat/keuzuran seperti tidak mampu untuk melaksanakan nazar tersebut , atau terdapatnya sebarang masyaqqah dan kesukaran dalam melaksanakannya. Maka pada ketika itu dibolehkan untuk kita menukar nazar tetapi dikenakan kaffarah Yamin.

Wallahua'lam...

Jangan Pernah Berubah...dulu dan kini...


Salam jumaat...

Jangan pernah berubah???oppsss...jangan tersalah sangka dengan tajuk entri ini...hidup memang perlukan perubahan..tapi harus diingat hanya perubahan kepada kebaikan untuk memajukan diri sahaja...

Semalam tengok buletin utama TV3..Tetiba tertarik dengan berita pasal Nur Amalina Che Bakri…agak HOT citer pasal ni sekarang ni kan…Dulu Nur Amalina Che Bakri, telah mengejutkan warga Malaysia tentang kecemerlangannya mendapat 17A1. Yes! Hebat dan mantap!..dan seterusnya beliau belajar di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan. Tapi kali ni, skali lagi beliau telah membuat kejutan kepada warga bumi Malaysia…

Betoi ke tak? Nak percaya ke tak?hurmmm..
Di harapkan ianya bukan Amalina seperti yang digambarkan ini…

Update 04/01/2012
:
Segalanya telah terungkai, ibu Amalina telah menjawab mengenai isu ini “Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009"
~Ibu kepada Nor Amalina Che Bakri~
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. – Sumber BH
Bab yang mengatakan anaknya tak lulus, dah balik kampung tu memang fitnah, anaknya masih belajar kat sana. Tetapi gambar/foto/imej yang tersiar itu tetap benar dan sahih. Tiada penafian malah dibenarkan oleh pengakuan ibunya sendiri bahawa ibunya sendiri yang membelikan pakaian itu .


Admin ---> terkedu! 
hee..bila hati berbicara,otak berfikir,mulut menuturkan kata-kata:-
Tak taw nak komen ape…tapi timbul sedikit perasaan suspicious dalam kenyataan mak dia..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...