Wednesday, November 28, 2012

i like this quote



"Ketenangan ada di sini...
Tak jumpa kerana kau tak mencari...
Kebahagian tersirat di hati...
Tak rasa kerana kau tak menghayati..."

Sticky notes:
* Tanya sama hati, ada rasa cinta...
    Kalau dah JODOH tak kan ke mana...

Friday, November 23, 2012

Oh My English



Oh My English!
Oh My English!
Oh My English!

Bahasa Inggeris tak tahu
Fikiran boleh buntu
Lidah pun jadi kelu
Menjadi kelu
Tolonglah aku
Oh My English!
Yeah! Yeah! Yeahhhh


PAUSE...

Tengok je intro camtu mesti da taw kan sape penyayi dia...
Tak lain dan tak bukan ialah Kak Liyana Jasmay Ft Altimet dengan tajuk lagu  "Oh My English"

Speaking English...
mungkin bagi sesetengah orang, benda ni satu masalah yang sangat besar...termasuklah saya sendiri..sobs..Teacher cakap, nak bentukkan satu ayat yang simple dan difahami orang lain sebenarnya tak lah susah sangat. As long as kita berani dan yakin, of course la orang akan faham apa yang kita cakap walaupun banyak mistakes yang kita buat...Kalau nak taw, sebenarnya yang korang dengar orang speaking kat TV tu, grammar dia kadang-kadang ada je salah...Tapi disebabkan dorang ni high confident  setinggi awan di langit, so kita tak nampak kesilapan tu, melainkan kalau korang ni bertitle "Pakar dalam English"...Of course la dapat detect kesilapan penggunaan vocab dan grammar..Saya ni bukanlah terrer nak speaking...Agak nervous jugak la bila nak kena present tugasan bi...Praktis banyak kali jugak kot sebelum present tu...Ye la, setiap presentation yang kita buat mesti mengharapkan dapat buat yang terbaik kan...By the way praktice makes perfect...Jom, apa tunggu lagi...moh kita speaking ramai-ramai...salah sket itu normal...heee..

PLAY


Jom kita masuk kelas
Fikiran jadi cerdas
Syoknya tidak terbatas
Tidak terbatas
Jangan terlepas
Oh My English!
Oh My English!

Hello class is in session
Put your hands up if you have a question
Yeah! Kelas sudah bermula
Sila ambil nota kalau tak mahu lupa
Takkan kenal takkan cinta
Kalau tak mahu cuba
Bahasa kedua untuk kita semua
Siap sedia untuk menimba ilmu
Kalau tak mahu rugi
Jangan segan silu

(sengaja dibesarkan font tulisan tersebut...)


PAUSE

Ok..pause lagi sekali k..semput jugak kan kalau nak nyanyi abes satu lagu ni...heee...
Haaa...kat bawah ni ada beberapa fakta tentang beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris...Saya pasti bila korang scroll mata kat bawah ni, baru korang akan terfikir-fikir oh indahnya English...heee...


1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'

and the most important fact is.....

10.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda

(sila fokus kepada perkataan "typewriter"...pastu scroll at the top of this blog..tengok nama blog ni ape...same tak????hahaha...)


STOP

Orait..that's all for today...
oppsss...sebelum terlupe..nak promote kejap...


Boleh tonton Oh My English di Astro TVIQ saluran 610

Smile..!!!!
~Happy always~


Sticky notes:-
Practice makes perfect
Trust me its worth it
When you know how to word it
Believe me you’re going to love it...


Friday, November 16, 2012

flower heart...

"There is one moment in your life when you are with someone and you feel like the world has stopped and your life seems so perfect, make sure you never lose that person."





Sticky notes:

"Everyone wants happiness, no one wants pain, but you can't make a rainbow without a little rain."

"Sometimes, I think that if I wasn't so good at pretending to be, I'd be better at actually being happy."

Friday, November 9, 2012

onizuka


open your eyes!

you date persons easy as ABC. you accept presents without thinking. because you play with persons' feelings like that your mind is clouded and you can't see person in any other way. all you can do, is compare them with your friend's boyfriends/girlfriends and compare their status! if you enjoy that, then go ahead!

love isn't about status.



#penghayatan dari GTO

Wednesday, November 7, 2012

hepi olidayss...


Morning everyone!!!

Alhamdulillah..berakhir sudah exam yang sangat ‘menyeronokkan’..hanya doa dapat diteruskan agar result yang dapat nanti memuaskan hati dan mulut dapat tersenyum lebar..InsyaAllah..usaha telah dibuat, dan kini hanya tawakkal yang mengiringi…Soalan hari tu, nak cakap susah sangat takde laa..Tapi ada la dua tiga soalan yang agak mencabar dan perlu pikir banyak-banyak dan tulis cepat-cepat sebab nak kejar masa…especially soalan stuktur n esei la kan..Kalau soalan objektif, boleh pkai M16 untuk tembak jawapan…Sangat jeles bila tengok ada kawan yang keluar dewan awal..mak aihhhh, psiko kot…tetiba terpikir, dorg ni tulis pakai pen ape eh sampai bleh tulis laju camtu…korg ada pen ajaib eh? Nak beli jugak la kalo camtu…heee..

Balik exam, rasa hepy yang amat. Cepat-cepat simpan buku yang bertimbun atas meja study kat rak. Bertimbun??haha, macam la kaki studi sangat kan…orang lain lagi banyak studi kot..ke hulu ke hilir ngan buku…Lipat meja study n then ambik beg pakaian untuk kemaskan barang balik umah plak…oh, sungguh tak sabar bila nak balik umah..memang semua orang macam tu..Tak pelik la kan kalau saya pun over excited…Orang lain ada yang tengah sibuk nak cari keje time ni…Tambah pulus…Tapi saya???hmmm, sebenarnya ada jugak keinginan nak ada pengalaman keje. Cam bes je kan. Tapi, ntah laa. Kalau keje, cuti panjang ni pasti akan di isi ngan kepenatan…oh, tidak sanggup rasanya saya nak korbankan masa rehat yang ada ni. Maka dengan itu, saya pun ambik keputusan nak bekerja di rumah je…hee…


Nota kaki belog:
Jangan bazirkan masa yang ada…Buatlah sesuatu yang berfaedah dan mendapat pahala…InsyaAllah, pasti kita akan rasa puas hati…Dalami ilmu agama sentiasa, bukan baru nak tercari-cari bila diperlukan…Biar ianya sentiasa ada dalam Local Disc (D) diri kita…Maka dengan itu, pasti hidup kita akan sentiasa diberkati…InsyaAllah..(^_^)

Thursday, November 1, 2012

studi di penghujung waktu...hehe


Assalamualaikum..
Huhu..dah lama tidak meng’update’ belog ini..Kesibukan yang dibuat-buat telah melanda diri..
Tambah pulak tengah final exam…so, no wonder la kalau takde masa nak berblogging kan…hee..

STUDY WEEK DI RUMAH...memang SERONOK...100% diakui...sem depan nak buat cam ni lagi...hahaha
Kononnya study..tapi sebenarnye STUDO yang lebih kot..dan jugak STADYTV…(study smbil tengok TV..hik3)
Padahnya, saya terpaksa kerja lebih masa di saat-saat genting…baca short notes, and juz do some questions...oyeahhh!!!..DRILL itu perlu...
yang penting, usaha tetap perlu ada walaupun di saat “last minute”…hehe..

Sememangnya saya mengalami banyak tiga dugaan yang sangat hebat semasa STUDY WEEK…huk3,da nak termuntah hijau rasanya...
1)    Raya mood…ohhhhhh, tersangatlah tidak gembira…di kala semua family bersuka ria, saya terpaksa pulang awal ke IPG terchentaaa…ohhhh, sedisssss….
2)   Kesukaran untuk fokus dalam masa yang lama…Masalah ini memang sukar di atasi..Mungkin sebab saya lebih berminat dengan nombor-nombor, so huruf-huruf ini kurang menjadi tarikan…Tambah pulak ketiga-tiga paper kali ni, memang perlukan membaca…Maka, kesudahannya, saya telah tambahkan masa tidur dalam jadual studi…Ohhhh…ZZzzzzzz
3)   Kesukaran untuk ikut jadual study…huhu, yang ni memang selalu dihadapi setiap kali menjelang exam…Jadual study sentiasa ada tapi pelaksanaan hampehhh…hik3..

And now…one paper left…smoga ianya dipermudahkan…InsyaAllah..
Mekaseh buat ma n abah yang kerap call and bagi semangat…Sebelum dan selepas abes exam, pasti dowg akan call…and the latest, baru je sekejap tadi abah call lagi…: )
Suke sangatttttt….

Dan sekarang adalah masa untuk menghitung hari-hari yang mana cuti sekolah bakal bermula…memang itu saat yang ditunggu-tunggu oleh semua yang bergelar para guru pelatih IPG…kan2?

Selepas itu akan bermulalah hidup saya sebagai sang puteri di rumah sendiri..hik3..
rehat dan goyang kaki? Oh,tidakk..saya ada agenda saya sendiri untuk isi masa itu…hehehe..

MTE3112…

Apsal tetiba plak muncul MTE3112?
Alamakkkk…dia dah datang walaupun tidak diseru…
Tu tandanya saya terpaksa tutup lappy ini dan menghadap buku MTE3112…
Amalan Pentaksiran Dalam Matematik…
Terpaksa untuk suka subjek ini demi pensyarah yang dikagumi… : )
insyaAllah, saya akan buat yang terbaik…(Isnin, 5 Nov 2012 bersamaan 20 Zulhijjah 1433H, 8.30 pagi di Dewan Al-Farabi)

Ok..babai semua..sampai berjumpa lagi…
Cik MTE3112 sudah mula menjeling-jeling minta saya membeleknya pulakk…heee..



"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"

Maksudnya:-
Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
~Amin ya Rabbal a'lamin~


Sticky Notes:
Good Luck to everybody...n Good Luck to myself…hee



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...