Secara asasnya , nazar yang telah diucapkan , hukumnya adalah wajib ditunaikan. Seseorang yang bernazar hendaklah melaksanakan nazarnya mengikut apa yang diucapkan semasa melakukan nazar, selagi mana nazar tersebut bukan kepada perkara-perkara maksiat atau dosa kepada Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Hajj , ayat 29 :
“dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka”
Pertukaran nazar hanya dibolehkan apabila kita menukarnya kepada suatu nazar yang lebih baik daripada sebelumnya , sebagaimana pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya ‘Al-Ikhtiyarat’ , m.s 329 :
“Asal (hukum) sekiranya seseorang menetapkan suatu tempat yang tertentu dalam nazarnya , iaitu ingin bersedekah atau membina sebuah masjid pada tempat tertentu , maka wajib baginya untuk menunaikan nazarnya pada tempat tersebut (sebagaimana yang diucapkan) selagi mana tidak ada larangan syarak , melainkan sekiranya ia ingin menukarkan nazarnya dibuat di dua tanah haram (makkah dan madinah). Maka perbuatan tersebut tidak mengapa (dibolehkan)”
Jelas dalam pendapat Ibn Taimiyyah tersebut mengatakan bahawa pertukaran nazar yang dibuat untuk suatu tempat / perkara yang lebih baik daripada sebelumnya , adalah dibolehkan. Begitu juga halnya , jika seseorang benazar ingin berpuasa pada hari selasa , maka ia boleh menukar puasanya pada hari Isnin , kerana berpuasa pada hari Isnin adalah lebih baik dan perkara yang memang disunnahkan Oleh Rasulullah saw.
Walaubagaimana pun , terdapat pendapat ulama yang mengatakan dibolehkan kita untuk menukar nazar atas alasan sesuatu yang dikira sebagai dharurat/keuzuran seperti tidak mampu untuk melaksanakan nazar tersebut , atau terdapatnya sebarang masyaqqah dan kesukaran dalam melaksanakannya. Maka pada ketika itu dibolehkan untuk kita menukar nazar tetapi dikenakan kaffarah Yamin.
Wallahua'lam...
3 comments:
thanks.. ^___^.. ade satu kisah dimana org tu x dapat anak n bernazar nak minum air kencing anjing. bila dia dapat ank, dia tnya la. saya x ingat dah dia tnya rasulullah SAW or sape tapi dia disuruh minum air hujan yg turun dari bumbung rumah sekeluarga x bersolat, sebab ia dikatakan sama. shotbox free dah x de.. tukar cbox or fibox la ^__^
ops, sori, dia bernazar kalau dia dapat anak..huhu
Siti Sabariah Hashim: thanx jugak kongsi citer tu..pengajarannya,kalau nak bernazar, biarlah sesuatu yang baik dan munasabah kan...
a'ah..baru prasan plak shotbox 2 da tak bleh..he3
Post a Comment