Tuesday, December 28, 2010

::BiLa uSia meniNgkat::

Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya. Bermula kita dari setitik mani yang bersatu dengan ovum, kemudian terhasillah segumpal darah, di balut tulang dan daging kemudian ditiup roh lalu lahirlah kita menjadi seorang bayi. Bermula kita meniarap, kemudian kita merangkak, bertatih kemudian kita berlari. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi. Kita juga dibekalkan pula dengan akal dan naluri, ada perasaan, ada nafsu, ada cita-cita, ada kehendak. Maha suci Allah yang Maha Pencipta.


Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Muda sebelum tua. Sihat sebelum sakit. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sibuk dan Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, seharusnya persoalan yang sering bermain di minda kita adalah, "selama aku hidup, apa yang telah aku lakukan???"


Tahun demi tahun, kita meneruskan kehidupan di alam baru pula. Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar. Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. Ada masanya kita kuat menempuh halangan dan ada masanya kita tewas..Hmmm...mgkin jgk saya je...awak x..(T_T)..tanpa kita sedari titik hitam mula berkumpul dalam diri ini, setitik demi setitik, hingga lama kelamaan menjadi banyak. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri. Kita juga kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah kami wahai Tuhan.. Apa gunanya kita hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan dosa? Dan kenapa Tuhan izinkan kita hidup sedangkan timbangan dosa kita kian lama kian berat? (T_T)



Astagfirullahalazim.. Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa. Namun, pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini? Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan. 


Dikesempatan ini, marilah sama2 kita cuba untuk muhasabah diri kita(u n me…awak dan saya…)..Tidak rugi kalau kita melapangkan masa untuk berfikir sejenak untuk menginsafi diri kita. Untuk memberi kesedaran kepada kita agar diri kita sentiasa berada pada landasan yang betul…pada jalan yang lurus…InsyaAllah…


Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar. 


Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.


Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi. 



Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan. Bila usia meningkat, ramai yang risau, kecantikan dan keremajaan bakal hilang, lalu sibuklah mereka menyuntik sana sini, makan vitamin itu dan ini. Malangnya ramai yang lupa, bila mati, jasad di timbus tanah, ulat dan cacing datang menggigit, semuanya akan reput, daging dan kulit di makan tanah. Kita kembali menjadi tanah. Apa gunanya cantik? 


Bila usia meningkat, ramai yang risau, harta dan kekayaan yang dikumpul masih ditakuk lama, wang simpanan masih tidak mencukupi. Malangnya ramai pula yang lupa untuk mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke sana. Ke alam yang kekal abadi.

Aduhai.. Saya bagaimana pula? usia saya juga kian meningkat, esok atau lusa mungkin tiba masa saya di jemput kembali pulang ke alam barzakh.. Namun, saya sentiasa memanjatkan doa agar diri ini sentiasa dipanjangkan umur...Sentiasa mendapat redhaNya...Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku,dosa ahli keluargaku, serta guru2ku, rakan2ku, serta semua kaum muslimin dan muslimat...tunjukanlah aku jalanMu yang lurus, selamatkanlah dan bahagiakanlah aku serta seluruh muslimin dan muslimat, dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal A'lamin..



**** K…dats all for today ****
(^_~)

..............................................................................................


"Sekiranya kita ditimpa musibah, seharusnya kita perlu ingat bahawa masih ada lagi orang yang bernasib malang dari apa yang kita hadapi. Sekiranya kita mendapat nikmat, kita seharusnya perlu ingat bahawa masih ramai lagi orang yang bernasib baik dari kita. Seharusnya sentiasalah belajar untuk bersyukur"


...................................................................................................................................





Monday, December 27, 2010

inSyaALLAH...(^_^)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Thursday, December 23, 2010

::guLa-guLa kapas::

Gula-gula kapas 1:-
::~Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya, kita tahu bahawa yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia~::

Komen saya: 
Oleh itu, jalan yang terbaik ialah bersyukurlah dengan apa yang kita dapat atau apa yang kita punyai…Sememangnya, kita selalu mengimpikan sesuatu yang baik berlaku keatas diri kita…Dengan harapan diri kita akan sentiasa beroleh keberuntungan dan keistimewaan…Akan tetapi, kita seharusnya perlu sedar bahawa dalam sesuatu hal, terkadang apa yang dikejar dan diimpikan itu sebenarnya tidak membawa kebahagian kepada kita…

“ALLAH answer prayers in three ways:
::He says YES  and gives you what you want…He says NO and gives you something better OR He says WAIT and gives you the best in His own time::

Gula-gula kapas 2:-
“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.”

Komen saya : 
Dalam hidup, pelbagai cabaran dan dugaan harus dilalui…Terkadang kita berjaya mengatasi segala onak dan duri tersebut dan hidup kita akan berada dalam kesenangan…Akan tetapi, malangnya kebahagian dan kesenangan yang dikecapi itu mungkin tidak berkekalan disitu…Oleh itu,jalan yang terbaik janganlah berputus asa sekiranya kita menemui kegagalan dalam setiap perkara yang dilakukan…Berusahalah untuk terus maju kehadapan…

Dalam hidup ini juga, pelbagai perasaan yang dapat kita rasai…Terkadang kita rasa cukup bahagia…cukup seronok…Dan adakalnya kita berasa sungguh sedih...Sebenarnya perasaan yang dapat kita rasai ini secara tidak lansung dapat mematangkan diri kita…Sekiranya kita bergembira, x selamanya kita akan bahagia.. Kita seharusnya perlu ingat bahawa kesedihan akan muncul walaupun kita sememangnya tidak mengharapkannya untuk bertandang dalam diri kita…

K..dats all...PEACE...( ^_~)

"Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.”

Wednesday, December 22, 2010

3...2...1...Action!!!

Hmmm..ari ni saya nak citer kisah seorang budak,A(bukan nama sebenar)..saya mula mengenali orang ini memang da lama…Mengikut sumber yang dipercayai, budak ini tersangatlah rajin walaupun pada hakikatnya beliau sering mengatakan bahawa itu adalah lakonan semata-mata…dan disebabkan kerajinan dye ni, ada pulak orang yang terpikir, nk je p dkat ngn dye n the warning,"Tolang la brenti wt keje.."
ha3, macam2 je kan...
Papepon. kpd budak rajin:sila teruskan rajin awak 2...
k la..stret to the point laaa..

The story begins…
Suatu hari, budak rajin itu ingin menunjukkan bakatnya didapur..budak tersebut sangat bersemangat mencari resipi di internet..akhirnya budak rajin itu pun terjumpalah satu resipi ynag cukup mudah untuk dibuat.. Dalam beratus2 aneka resipi tersebut, dia telah berkenan dengan satu resipi iaitu puding koktelmelihat contoh yang da siap dibuat itu sangat mengiurkan, maka tanpa membuang masa, dia pun terus pergi membeli barang2 yang diperlukan itu…Didalam hatinya,kedengaran dye bermonolog: “hmm..harap2 eksperimen saya hari ini menjadi..”

Setelah pulang dari kedai, dye pun terus memulakan eksperimen tersebut dengan perasaan yang cukup gembira  dengan senyuman yang x lekang dibibirnya…ha3..Mula2 dye masukkan 4cawan air didalam periuk bersama secawan gula dan serbuk agar-agar…Kemudian campuran tersebut  dikacau dan dibiarkan larut diatas dapur gas dengan api yang sederhana..Pada masa yang sama, tangannya terus mencapai 2biji telur dan terus memukulnya sehingga kembang..Kemudian dye memasukkan 2-3 sudu tepung kastad kedalam telur yang telah dipukul tadi..

Selepas itu, kakinya terus melangkah mendekati dapur gas kembali..Melihat campuran air,gula dan serbuk agar-agar tadi telah larut, dye pun memasukkan pula susu cair kedalam periuk tersebut. Selepas itu dye terus mengacaunya sehinggalah mendidih..Apabila ianya cukup mendidih, dye pun memasukkan telur yang dicampur dengan tepung kastad tadi..Tangannya masih lagi tidak berhenti mengacau campuran didalam periuk tersebut..Akhir sekali, dye pun memsukkan fruit koktel kedalam periuk itu dan terus mengacaunya…Selepas itu, dye pun menuangkan sebatian tadi kedalam bekas lalu disejukkan di dalam peti sejuk..

Taddddaaaa…inilah hasil yang dibuat oleh budak rajin itu…
ni yang belum dipotong..

opsss...pemotongan yang xlawa...
~sbb yg ni dye nk cepat~
ngee~


sy try gk rasa puding koktel hasil kerja budak rajin ni...maveles..heee
harap pasni dye rajin lg wt macam2 dessert yang laen...ngeee~~

~THE END~
(^_~)

Sunday, December 19, 2010

i-ciTy...::daLam meMori::

Salam…

Hmmm..ari ni saya nk kongsi satu tempat yang cukup bes untuk dilawati di waktu malam…nk taw x???he3, smangat je nk citer nih..nma tempat ni i-city..lokasi dye kt shah alam,selangor...atau lebih spesifiknya kt seksyen7...
Sangat comel tempatnya…nk masuk tempat ni murah je,rm10 untuk sebuah kete..so, klu awak nk jimat, make sure dalam kete 2 penuhkan ngan kawan2 ke, ngan family ke…jangan p sorang2 ek…heee…
Haaa, klu x caya tengok la hidangan yang saya sediakan kt awak ni…
slamat mnjamu mata awak ngn gambar2 di bawah ek..
oppppppsssssssssssssss....SEBELUM 2...nk pesan sket...

P/s: sila abaikan model a.k.a tuan pnye blog ni yang mencacatkan pemandangan i-city ni ek..he3..
~lime tree~


comel kan???peacock...

~sungguh ramai orang~
~wif my brother n sister~
::zirafah n 3 serama~hee::



~wif my sis~

~pokok krismas kot ni~
~hmmm...abaikan model gambar ni ye..
hee..~

hee..mnyibuk je kan budak ni...

haa..ni abg yang slalu buli sy...hik3
hmmm..cne???bes x tgk???
awak berminat???haaa,ape tnggu lg???
sila la p mlawat tmpat ni...
cuti-cuti Malaysia k...hee
k..dats all...assalamualaikum..
PEACE!!!

Friday, December 17, 2010

id0La ke?!!


“R” fans club

‘Secebis biodata mengenai ROKOK

nama famili:
Malboro, Dunhill, Winston, Lucky Strike, Kent, Camel, Suria, dll.

pekerjaan:
-Menyemai benih kanser dalam kalangan peminat
-Membazirkan wang
-Memendekkan jangka hayat peminat
-Merosakkan masa depan peminat remaja

bilangan peminat:
ramai sgt2…(ramai kuasa 100 kot)

buruan utama:
Kaum belia dan remaja

isi kandungan:
Nicotine, racun tikus, tar dan dll.

keuntungan:
tempat pelaburan (miskin & kaya)

kebaikan kepada peminat:
Awet muda (Mati awal)


p/s: Jangan merokok. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.


Wednesday, December 15, 2010

omOngan kOsoNg...

Assalamualaikum…
Hmmm,ari ni rasanya xda n3 menarik yang dapat saya kongsi…Wahai awak2 sume, dengarlah pesan nenek ni:.
P/s untuk ari ni:-
*     Hepy2lah selaluuuu…Sentiasalah gembira walau dimana awak berada.
*     Sentiasalah ingt pd Allah s.w.t. Tambahkan ibadat dibulan Muharram ni..Sesungguhnya banyak ganjaran yang bakal awak perolehi.Maka manfaatkanlah bulan yang mulia ni sebaiknya.
*     Berbahagialah disamping family tersayang sementara awak masih ada mereka
*     Luangkanlah masa untuk kawan-kawan..Jangan hanya berdamping dengan mereka dikala awak memerlukan mereka..
*     Jaga kesihatan,jaga diri dan jaga iman…

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

K dats all untuk ari ni…daaa...
Assalamualaikum..

Tuesday, December 14, 2010

kaki oH kaKi...

Ha3…ada ape ngn kaki ni ek??
Bila saya sebut pasal kaki, ape yang terbayang atau terpikir dalam fikiran awak pasal kaki???
Kaki kanan??kaki kiri??Kaki bola??kaki ayam??kaki busuk???
Yes, u’re right…itu lah kaki…
Hmmm…ari ni kite pulun sume jenis kaki yang tersenarai di atas ek..
Kaki kanan…
Kaki kanan berada disebelah kanan badan awak laa..ada 5jari..digunakan untuk berjalan,berlari…tanpa kaki kanan, kaki kiri masih lagi dapat berfungsi walaupun tidak sempurna…contohnya xdpat nk berjalan ngan sempurna…
Kaki kiri...
Kaki kiri adalah opposite bg kaki kanan…ciri fizikalnya adalah sama iaitu ada 5 jari…5 kuku…hee..
Kaki bola…
Kaki bola bukannya kaki yang berbentuk BULAT seperti bola taw…Kaki bola ni adalah satu simpulan bahasa yang khas ditujukan kepada peminat BOLA yang sememangnya minat bola…memang minat sangat2 r…makan bola,tido bola dan segalanya bola…sanggup stay up sebab nk tgk bola…sekiranya kaki bola berjumpe ngn geng kaki bola, alamak memang bising r suasana…topik yang dibicarakan mesti pasal bola…adooiiii…adalah sangat normal bila kaum lelaki yang digelar kaki bola…
Kaki ayam…
Kaki ayam adalah kaki kepunyaan ayam…kepada penggemar kaki ayam di pasar malam 2, mesti awak suke kan ngn kaki ayam ni...walaupun pada hakikatnya kaki ayam xda isi pun…he3…yang pasti saya xsuka kaki ayam…
Selain daripada 2 juga, kaki ayam adalah simpulan bahasa yang tujukan kepada mereka yang xberselipar atau xberkasut ketika berjalan diluar rumah…rasionalnya dipanggil begitu sebab kalau nk dibandingkan ngan ayam, mereka xda bezanya kan???ayam pn xda selipar jgk kn…xda kasut jgk…jadi sebab itulah dikatakan kaki ayam…TAPI kenapa kaki ayam??bukan kaki lembu ke…kaki itik ke…dan segala jenis binatang yang laen..ha3,yang 2 saya xda jawapan sebab dari sekolah rendah ag saya belajar cam2..kaki ayam je ada dalam simpulan bahasa…tp mgkin jgk sebab zaman2 dulu, biasa ayam je kan yang dk maen2 kt halaman umah…mgkin sebab 2 la kaki dipadankan ngan ayam…bukan binatang laen..Maka dengan itu, wujudlah simpulan bahasa KAKI AYAM….
Kaki busuk…
Waaaa..ni memang xbleh nk dimaafkan…memang dasyat bau aroma orang yang berkaki busuk…cpat cek diri awak…adakah awak ni mempunyai kaki busuk???hmmm,awak tnye, awak ngaku sendiri k…walaubagaimanapun, kepada sape2 yang berkaki busuk, awak xseharusnya berkecil hati  dengan kelebihan yang ada pada diri awak ni…bersyukurlah sebab awak masih lagi ada kaki walaupun ianya berbau busuk…he3…Mesti keadaan ni wt awak rasa xcukup confident untuk tanggalkan kasut didepan orang an???tambah2 kalau nk masuk umah orang…Haaa..jangan risau…awak masih lagi mampu mengubahnya…untuk langkah mewangikan kaki awak 2, silalah ikut tips dibawah…he3..kepada mereka yang xda kelebihan ni, awak jangan senang ati n bangga diri plak..sebab untuk certain2 hal, possibility awak untuk mendapat kaki busuk juga still lagi ada taw…beware!!!
::Tips untuk hilangkan BAU kaki::
*       Taburkan baking powder ke dalam kasut awak pada malam hari. Biarkan selama satu malam. Pagi harinya, bersihkan baking powder tersebut. Bau pada kasut awak akan hilang. Kalau awak xtaw ape i2 baking powder, p kedai terus cakap kt dye nak bli baking powder k…Tp jangan plak awak p tanya kt kedai tayar…Silap ari bulan, tauke 2 bagi penampar kt awak..he3…Selain itu, awak juga boleh menaburkan bedak baby ke dalam kasut tersebut. 
*      Masukkan air ke dalam bekas yang sesuai.Kemudian rendam kaki tadi dengan air garam. Air garam tadi hendaklah dalam keadaan suam. Jangan telalu panas nnti melecur plak kaki awak 2…Insyallah bau tadi akan hilang jika di amalkan selalu.
*      Pastikan kasut awak berada dalam keadaan kering ketika awak memakainya.
*      Pastikan stokin awak ditukar setiap hari..Xda gunanya kalau stokin bertukar setiap hari tapi kesemua stokin itu x dbasuh..adoooiiii…
Walau malas pn, pastikan stokin awak dibasuh k..Jangan juz rotate je utk setiap minggu.
*      Manusia bernafas untuk hidup…haaa,begitu jugak ngan kaki…awak kena ingt kaki awak pn bernafas jugak taw…sebab 2 la kasut yang dipilih 2 perlu mempunyai pengudaraan yang baik…pastikan kasut tidak terlalu ketat..Ini akan mengganggu pernafasan kaki..
*      Hmmm…masih lagi bermasalah???Kalau xberkesan jugak, semburkan sedikit perfume kt kaki awak 2..xpe, perfume yang abes bleh dibeli…yang penting jangan biarkan kehadiran awak tidak disenangi oleh orang sekeliling……

Sebagai ending untuk n3 kali ni, cuba tongue twister ni:
Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku, kukikis-kikis kuku kaki kiriku.
P/s: Pada sape2 yang berjaya sebut perkataan diatas dengan cepat,awak sememangnya hebat dari saya…he3..:p

K…dats all for today..daaa…
Hepy2 selalu k..

Monday, December 13, 2010

DeMI MEmBeR...

DEMI MEMBER, kita sanggup tolong mereka…tapi cukup sedih bila kita taw member kita 2 sebenarnya xbleh nk dpercayai…member kita 2 hadir time kite senang…waaaaa,cukup xska an..tp kita akan rasa sangat2 terharu bila member yang xseberapa rapat ngn kita sebelum ni tapi tersangat ikhlas menolong kita…bg support kt kita time kita rasa down and stress…
Hmmm…kali ni saya hidangkan awak ngan satu citer tentang persahabatan…k,enjoy ur reading…he3..


“::Sand and Stone::”
A story tells that two friends were walking through the desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand: "TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE."

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one, who had been slapped, got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After the friend recovered from the near drowning, he wrote on a stone: "TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE."

The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?"
The other friend replied: "When someone hurts us, we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it."


“LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND, AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE”






Sahabat yang BERIMAN ibarat mentari yang menyinar...
Sahabat yang SETIA ibarat pewangi yang mengharumkan...
Sahabat SEJATI penjadi pendorong impian...
Sahabat BERHATI MULIA membawa kita ke jalan Allah S.W.T...

k...dats all...thanx for reading this n3...




Sunday, December 12, 2010

pandang la tinggi2....

awak2 & sape2 je la yg bca ni, sy mau pesan, pndg la tggi2 sket... oh yeke? knape?
haa pndg tinggi2 ni bkn tgok bangunan ke mende tw...sy sruh pndang tggi2 kt owg laen...wlaupun owg tu lbih rendah dari kte..hehe...cmne ek?? ada cara dye...



sEbAB: 
# sekurang2nya kite xkn berlagak xtentu psl...pstu xde la kte rse diri ni sgt2 perfect...mcm robot yg dh di-program-kan...wahh mmg la perfect...

# ble kte pndg tggi kt owg laen, sah2 la owg hormat & respect kte kn, wlupun kte ni klau dikira agk bagus dlm satu2 hal...owg laen akn rse kewujudan diri dye tu dihargai & diperlukan...lgi pon mmg terbukti manusia ni mmg xboleh idup sowg2 kt dunia ni...klau x, xkn la ad yg nk bercinta, kawen smpi branak pinak kn...& klau x, xkn la Nabi Adam memohon sowg psgn hidup utk temankn dye pd permulaan tamadun manusia kn..jgn pikir pnjg sbb dh lame terbukti...

# selain tu, owg laen akn rse diri dowg ni diberi peluang utk mencuba...yg plg nmpkny bile nk celebratian pape bnde.. xde la kte nk celebrate kjayaan kte sowg2 kn... mkneny bnde tu kte kecapi @ feel dye same2...tempuh mslh pon sama2...kn lgi syok tu...

# ingt la seburuk2 & seteruk2 cmne pon owg tu, semestiny ad gk bagus dlm diri dye...cume ble kte xpndg owg tu tinggi2, kte just nmpk yg buruk je, yg ok dh tenggelam dgn mind set kte tu...hoho sgt2 xbgos gtu...cbe la bagi peluang utk dowg buktikan sesuatu & curah la sikit kepercayan kite tu...sekurang2ny kte taw level dye tu kt mane...

# haa bagi yg rse diri dye tu agk 'pandai', sini cek nk habaq sket kt hang...klau rse dri tu dh cukup pndi, jgn la nk bodoh2kn owg yg krg pndi dri korg tu konony la...pe slhny tlg yg lemah tu...ilmu tu xkn luwak pon klau kongsi,bkn cm MONEY an...prinsip sy, dlm proses cari ilmu ni, sy lebih suke sy xphm sket aslkn kwn2 sy xtertinggal byk...stakat sy tw,sy ajr...ingtla, ape yg kite kasi, kte dpt balik...baik kte kasi, baik la kte dpt & sebalikny...


*** haishh dh byk dh ni sy bebel...kn jemu plak si pembaca...ok stakat tu la dlu...siri motivasi??haha bkn2...nasihat menasihati je...kn tu bgos...(bajet bagus.. ;p)

teNtang mOney a.k.a dUit...

MONEY…MONEY..and MONEY…

Hmmm..MONEY…sume owg taw ape maksud MONEY an? Orang kampung saya panggil DUIT ataupun PITIS…

MONEY 1:

Penah x dengar kalau orang cakap:

“ NO MONEY NO TALK…”
“MONEY IS NOT EVERYTHING BUT EVERYTHING NEEDS MONEY”

Dua ayat kt atas 2, jelas mnunjukkan DUIT sangat penting kepada kita (awak dan saya..)..mau makan?of couse perlukan DUIT…mau shopping???semestinya perlu ada DUIT yang banyak…kalau takde maknanya awak perlu window shopping je la…he3..lagi ape ye???haaa..nak parking pun kena bayar…even nak masuk toilet pun kena bayar kan..well, apa yang dapat kita lihat dalam dunia hari ini ialah betapa pentingnya DUIT dalam kehidupan kita seharian..
Hurrmmm….patut la orang sibuk mencari peluang nak cari DUIT kan???Kalau la daun boleh dijadikan duit, mau nye ramai orang yang tanam pokok an???he3..Rasanya mesti sume orang akan menjadikan berkebun ataupun gardening 2 sebagai hobi…Bukan pada masa lapang je…tp for the whole time…selagi termampu…Maka semua orang secara tidak lansung akan menjadi pencinta alam…dan semestinya kempen SAFE OUR FOREST akan mendapat sambutan yang  menggalakkan…wah, hebat kan???sekelip mata je boleh berubah…memang xboleh nk imagine…how could  it will be???alamak, sy da terpesong da sket..aisshhhh..

Ok…Berbalik kepada soal keperluan duit tadi, bagi student, mesti la rata-rata daripada awak menjadikan parent sebagai bank KELUARAN tetap kan??Bukannye bank SIMPANAN TETAP…Saya taw, sbb sy pun cam2 jgk kadang2 2…selalu je mintak abah atau ma yang belanja…he3..Bagi yang da kerje pulak, semakin hari semakin rajin bekerja…sanggup kerja lebih masa sebab nak dapatkan gaji lebih…sebab nak simpan DUIT banyak2…oppsss, ni semestinya mereka yang rajin bekerja…bagi yang malas pulak, mereka sebenarnye rajin jugak…rajin mintak duit ngan orang yang ada duit…

Papepon, awak perlu ingat bahawa banyaknya DUIT awak xsemestiya akan menjamin kebahagian awak…Kalaulah awak ada duit banyak, tapi awak sakit…awak bahagia x???kerap kali kena pergi jumpa doktor…makan pun da xda selera…mesti x bes kan kalau camtu???Hmmm…Saya nak tinggalkan awak untuk berfikir seketika….renung2kanlah…ambik masa untuk berfikir sejenak k…

MONEY 2:
Sekarang saya nak bawa fikiran awak kejap untuk berfikir situasi kedua plak…masih lagi kita membincangkan soal MONEY k…tapi maksud MONEY yang kedua ni xda dalam dictionary taw…ni limited edition from kotak fikiran saya…he3..

M = Maybe
O = Older
N = Not
E = Expert as
Y = Younger

Maybe Older Not Expert as Younger??? Hmmm…stuju x kalau saya bagi statement cam2???Sape older kt situ???sape pulak younger???
Mesti sume orang nak ngaku younger kan???he3..sy maksudkan OLDER disini ialah orang yang da berumur…dan YOUNGER plak, awak dan saya…muda mudi zaman sekarang ni..OLDER and YOUNGER…dapat bezakan x???Biasanya tenaga OLDER sudah tidak setanding semasa mereka YOUNGER dulu kan…sebab itulah saya katakan di atas Maybe Older Not Expert as Younger…

Jadi, kite sebagai YOUNGER yang masih lagi berada pada peringkat perkembangan seharusnya perlu sedar bahawa kite sume adalah bakal peneraju negara pada masa akan datang…awak dan saya penjurus negara pada masa hadapan..sedar x akan hal itu???sudah semestinya semua orang inginkan kejayaan kan…Jadi, tugas YOUNGER la untuk menggantikan OLDER agar ianya dapat diteruskan…agar negara kita sentiasa aman dan terus maju setanding dengan negara yang telah pesat membangun…(wah, semangat petriotik jelas tergambar ni )

He3..da panjang da kot n3 kali ni..mesti awak boring baca saya tulis panjang2 ni kan???rasanya stakat ni je kupasan untuk MONEY…

Moral of da meaning:
*      Pastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan a.k.a duit simpanan awak 2…
*      Kalau ada duit banyak 2, banyak2kanlah untuk bersedekah…Jangan jadi tangkai jering…
*      Semangat patriotik pn pnting gk dalam diri..
lawak santai2 je ni...

 "Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"
     
          ~~~BuDi baHasa buDaya kiTa~~~

k dats all…PEACE !!! NO WAR...(^_~)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...