Wednesday, December 8, 2010

aEdeS = DeNgGi..

Sedang sy asyik dk layan citer pg td, tiba-tiba….
“Tok..tok…tok…(Bunyi pintu di ketuk ye..)
“Assalamualaikum…Assalamualaikum…
Lantas saya segera menjawab salam itu…
Nk taw x spe???upe2nya owg dr kmenterian kesihatan…dye dtg nk check kawasan umah…mereka datang berdua… Agak cuak jgk tadi sebenarnye sebab sekarang ni kan musim hujan..mana la taw kot2 ada air yang bertakung…adoii…x sempat nk check dulu…dah la td sy sowg yg ditinggalkan kt umah….abah keje…abang, ma and adk da kuar p bandar…terpaksa la sy yang rajin ni ditinggalkan kt umah sebagai guard yg setia…heee…
Td masa dye check, sy pn turun r padang sekali…kononye nk turut berfunction sket…akan tetapi…
adoiii..2, 3 bakul kna bebel kt dye…macam la dye xtaw yang sekarang ni kan musim hujan…ada la sket air bertakung 2…taw x, masa 2 apa yang ada kt dalam fikiran ni, klu la saya ada power cam ultraman, nk  je fire diowg 2…alah, cam ultraman fire raksasa yang slalu nk kcau keamanan dunia 2..ha3…x pn, ala2 sailormoon…dengan kuasa bulan, aku akan menghukum mu !!!...ha3.. tp papepon, sy dengar je la ngan hati yang terbuka…sbb mmg btol pn ape yg dye cakap 2…hu3…
Then,lepas kjadian pagi td, tetiba terdetik plak ati ni nk citer sket pasal nyamuk AEDES yang boleh membawa kepada deman DENGGI… dan hasilnya, terciptalah entry kali ni…he3..


KENALI NYAMUK Aedes...

Perkataan Aedes adalah berasal dari perkataan Greek, iaitu AEDES yang bermaksud “tidak menyenangkan”.
ni la nyamuk Aedes yg da kyg...
> Nyamuk Aedes senang dikenali melalui belang hitam putih di badan dan kakinya..(tgk la gambar diatas)
> Biasanya ia gigit manusia pada awal pagi dan senja..So, time ni precaution lebih sket k..
> Nyamuk ni membiak di dalam takungan air jernih..hmm,pembersih jgk nyamuk ni..he3
> Nyamuk ni jgk ambik masa lebih kurang seminggu dalam setiap kitaran hidup...


Aedes's lifecycle...
Demam Denggi ni plak sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus)…Hmmm, upenye nyamuk aedes ni ada byk jenis…satu info baru bg sy…

Ni plak TANDA-TANDA dan GEJALA demam DENGGI :
*      Demam kuat yang mengejut dan berterusan
*      Bintik merah pada kulit
*      Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
*      Berdarah pada bawah kulit, hidung dan gusi
*      Hilang selera makan
*      Muntah-muntah
*      Sakit perut
*      rasa pahit pada lidah
*      lemah dan tidak bermaya
RAWATAN UNTUK PESAKIT
*      Terapi sokongan.
*      Kekalkan makan, terutamanya minum air, sekurangnya 8 gelas sehari
*      Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.
*      Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.
*      Bersenam dan beriadah
Hmmm…ni la sikit sebanyak pasal demam DENGGI yang disebarkan oleh nyamuk AEDES...agak bhya jgk pnykit ni sebab boleh bawa maut…so, kena beringat2 la ye..tambahan pulak, sekarang ni kn musim hujan…sentisa luangkan masa 10minit seminggu untuk check kawasan sekitar rumah k…jangan biarkan air bertakung...kt pasu..dalam tayar2 buruk ke...tempurung kelapa...bekas plastik..haaa, lg 1 bila ada owg nk wt semburan fogging 2, bg la kerjasama ye...
yg berasap2 ni la dikatakan semburan fogging...


K..dats all for today…Assalamualaikum…(^_~)...Tiada Aedes, Tiada Denggi..


info x pnting : huk3..ari ni terlebih rjin kt dapur smpaikan tgn terkena pisau plak..sob3...Tp mujur r sikit je kena...he3, ada jgk mUJUR di c2...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...