Sunday, September 1, 2013

entri santai...

Hmmmm...long time not see..
but it does'nt mean i've forgot u...
actually, i really miss u...not a little..but a lots...

AR...esaimen...AR...esaimen....
2 benda nih yang selalu bermain-main kepala...
memang rasa boring sebab asyik kena ngadap benda ni je..
Tapi, kalau tak buat, sah2 la tak siap kan..
Nak tak nak, memang jugak kena paksa diri..
itulah namanya FINAL YEAR STUDENT...

Secara jujurnya, sebenarnya tak tau nak cakap pasal ape untuk entri kali ni..
Mungkin entri kali ni hanya untuk melepaskan kepuasan setelah satu esaimen telah berjaya disiapkan...
Tinggal lagi satu esaimen n laporan AR...
Turn dorang next week plak...
Adehhhh...

Haaaaa....tetiba terfikir...
Sambil-sambil kita dok sembang kosong ni, sy nak bawa korang dua citer untuk di pikir...

Pertama...
Katakan korang ada sebatang pensel...Pensel ni, korang sayang sangat2...pensel ni la yang selalu korang guna time exam apatah lagi time menulis masa dalam kelas..Sebab da selalu guna, mesti la pensel ni dah kontot kan...Tapi korang simpan jugak sebab sayang...
Satu hari, pensel ni jatuh dan muncungnya patah...Apa korang nak buat? Nak tak korang asah pensel ni sedangkan ianya dah sedia kontot dan pendek...???



Yang kedua...
Katakan korang ada 5 biji mutiara guli...Mutiara Guli  ni korang baru beli, mesti la sayang kan. Satu hari, sedang korang bermain dengan mutiara guli itu, tetiba mutiara guli itu bergolek dan masuk ke dalam longkang yang dalam...Jadi, korang akan masuk dalam longkang dan ambik guli itu ataupun tunggu guli itu keluar sendiri setelah dibawa oleh aliran air?



Orait...you got it???
now, it's ur turn to think...

Sticky notes:-
Life is so much like your're playing see-saw.. sometimes you'll be on top, sometimes you will be at the bottom...
and there's no fun in playing the see-saw if you're all alone or you're see-saw is not moving, right? 

Wednesday, July 24, 2013

when i said "JANGAN"

JANGAN ....




Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

✔ Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu akan semakin kaya.

✔ Jangan menunggu orang peduli kamu baru kamu nak peduli, tapi pedulilah dengan orang lain juga! Maka kamu akan dipedulikan.

✔ Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.

✔ Jangan menunggu rezeki baru bekerja, tapi bekerjalah, maka rezeki akan menunggumu.

✔ Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

✔ Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

✔ Jangan menunggu berjaya baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

✔ Jangan menunggu bersemangat baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti akan lebih bersemangat !




Sticky notes: smile + happy = i'm now

yesterday is past...
today is now...
i'm not the past...
i'm who i'm now...

ha ha ha..pantun english apekah ini????
spoilt the languange...
kemaafan, kecelaruan kebahasaan...(@_@)

change...changes...changed...

Saturday, June 22, 2013

~ketahuilah~

Ketahuilah..
Ada perkara yang kita perlu kongsi,
Ada perkara yang kita perlu simpan,
Dan ada perkara yang kita perlu lupa.. 

Pastikan kita dapat bezakan setiap satunya..








Sticky notes:
Minggu ini terasa sungguh frust...
Sebab tak bleh nak join family p Air Terjun...
Waaaaa....nak ikot...sob3
bila lagi nak p?????

Monday, June 17, 2013

feeling sad

Sudah lama ia dipendam...
Namun terlalu sukar untuk diri ini terus memendam rasa...
Fikiran semakin sesak bagaikan 'traffic jam' di malam raya...
Sungguh kerdil terasa diri...
Berjalan seiring dengan mereka...
Terlalu lemahkah diriku ini?

Kita semua manusia tapi tetap berbeza...
Luaran itu tidak semestinya menggambarkan dalamannya...
Begitu teluskah diri mereka selama ini?

Ya...manusia bisa berubah mengikut peredaran waktu...
Jika itu pilihannya, terserah...
Biarlah jalan itu memisahkan kita...
Agar diri ini tidak lagi memendam rasa...





sticky notes:-
~be professional~



Sunday, June 16, 2013

Copy n Paste @ artikel di Fesbukkk...

KISAH SEORANG AYAH MENYAMBUT KEPULANGAN ANAKNYA...


Aku adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Beberapa hari lepas aku telah ditugaskan menjaga semasa waktu murid-murid selesai sesi persekolahan untuk pulang...aku hanya terpacak sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil dijemput oleh ibu bapa masing2...yang datang semua berkereta besar...yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta Hummer...kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur...aku adalah satu2nya guru bermotorsikal di sini...hehe

Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik...aku diteduhi bumbung bersebelahan pagar sekolah...sambil mata tak putus melihat gelagat2 ibu bapa yang menjemput...tertarik aku dengan seorang "uncle"...dia datang dengan motorsikal...siap sedia menunggu di depan pagar menanti anaknya...aku hanya memerhati...jarang2 la ibu bapa Sekolah Jenis Kebangsaan datang dengan motorsikal...depa ni kaya raya...

Pakaian "uncle" ni sedikit lusuh...berkerut muka menahan bahang matahari...tetap setia menanti...beberapa minit kemudian seorang kanak2 perempuan datang menghampiri, aku terus memerhati dari jauh..."uncle" tu mula keluarkan sebotol air minuman yang besar...dicurah perlahan2 di tempat duduk...pelik...kenapa pula tu..? Sementara mengangkat beg anaknya ke raga hadapan.

Kemudian, dikeluarkan pula secarik kain yang sedia tersisip di raga motorsikal...diambil dilap perlahan2 pada tempat duduk yang telah dibasahi...baru "kepelikan" aku terjawab ketika itu....demi keselesaan tempat duduk...dibasahi dahulu supaya anaknya selesa dan tidak terasa panas...walaupun membonceng motorsikal...tidak berkereta mewah seperti rakan-rakan yang lain malah dapat merasai suhu dingin kereta ketika pulang keletihan...Si ayah tetap berikan yang terbaik, termampu pada kemampuannya.


MORAL OF THE STORY...

Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya cuma kita kadang2 terlepas pandang pengorbanan ayah kita. Hargailah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah, kerana setiap daripada kita sememangnya mempunyai seorang AYAH yang hebat yang sentiasa menyayangi anaknya. Cuma lain ayah, lainlah caranya memanjakan anak.


Renungkanlah...
Ayah tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya. Adakah kita seperti yang dia inginkan?



Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang ayah.



Sentiasa berbakti dan berdoa untuk ibubapa kita tak semestinya apabila mereka telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah mulai sekarang, agar disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah TAMAN INDAH dan penyelamat ibu bapa kita dari azab kubur dan api neraka. Insya ALLAH...Doa anak - anak yang soleh dan solehah yang di bawa bersama ke sana...



Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya." 
~Hadis Riwayat Muslim~


Sticky notes:-
Ila sayang abah sangat-sangat...
Abah memang sangat memahami...
Abah selalu bg semangat kat ila dikala ila sedih@ada masalah...
Smoga ila diberi kesempatan untuk balas setiap jasa dan pengorbanan abah...
Maaf diatas segala salah silap ila selama ni...
Mekaseh yang tak terhingga kepada ABAH...

@Raya 2012

sayang abah n ma sangat2...



Saturday, June 15, 2013

mesti amalkan ini

Bumi berputar pada paksinya...
Sang Matahari dan Sang Bulan datang silih berganti...
kupejam kucelik, kupejam kucelik..
aikkkkk.....sekejap je masa berlalu...heeee

Now, i'm final year student...
Semester baru, azam baru...
banyak benda nk kna fikir...nk kena buat...
Tapi, 
insyaAllah, ia tak kan memberi kekangan untuk amalan-amalan lain juga..

Jom mulakan sekali lagi...
Rasai nikmat ketenangan bila amalkan ini...
Tiada ruginya, malah dapat berlipat kali ganda pahala...
Tak susah...hanya 4 muka surat je setiap waktu solat...


Amalkan ini juga...

Sticky notes:-
Semoga semester akhirku ini diakhiri dengan hati yang puas setelah dapat mencapai apa yang di targetkan...
Ya Allah...Permudahkanlah segala urusanku...
Masih punya waktu untuk mengubah segalanya...InsyaAllah...
Rezeki Allah akan sentiasa datang kepada mereka yang berusaha...
Man Jadda, wa jada...(~_^)

Thursday, May 16, 2013

it's OUR day...

Kawan Korea saya cakap:-
오늘과 교사

Kawan Jepun saya pula cakap:-
今日と教師

Yang ni kawan kepada kawan saya yang cakap...kawan saya Shah Rukh Khan...hik3:-
आज और शिक्षक

Dan SIR masa kat skolah rendah dulu pernah  ajar saya ucap “Happy teachers’ day”

Walau apa pun bahasa yang digunakan, maksudnya tetap satu…iaitu “Selamat Hari Guru”
Hari ini 16Mei…hari kita, hari kami dan hari untuk semua warga yang bergelar PENDIDIK.

Terima kasih kerana menghargai kami…kami bukan mengharapkan penghargaan, tapi cukuplah hanya sekadar ingatan dari anak-anak murid. Tiada hadiah yang paling bernilai melainkan kejayaan murid-murid…

Sebenarnya, nak ajar murid tak susah…Bla…Bla…Bla…dengar je loceng berbunyi,keluar kelas…
TAPI nak fahamkan murid apa yang kita ajar itu sebenarnya lagi susah…

Daripada tak pandai pegang pensel, kepada pandai menulis…
Daripada tak pandai mengeja, kepada pandai  membaca…
Daripada tak pandai membilang, kepada pandai mengira…
Daripada tak pandai sebut perkataan omputeh, kepada pandai speaking…

Jelassss lagi terang bersuluh….Itu semua bermula dari seorang yang bergelar GURU…
Itulah hakikat…walau gaji guru tak besar, dan mungkin pada sesetengah orang tugas guru dianggap enteng, tapi tanpa guru, tak akan wujud ENGINEER, DOCTOR, LAWYER, BUSSINESSMAN yang berjaya, ARCHITECT, dan even PEMIMPIN kite pun…

Saya cukup bangga menjadi guru…dan saya suka untuk menjadi guru…Dulu, saya tak pernah bercita-cita untuk jadi guru…sikit pun tak terlintas di fikiran...hanya sekadar main “cikgu-cikgu” masa kanak-kanak ribena dulu ada laaaaa…cikgu olok-olok...alahhhh, korang pun pernah main jugak kan????hee...saya jadi cikgu, dan 2 orang lagi adik saya jadi murid...(masa tu, adik bongsu takde lagi)...pastu siap suh adik ajak lagi kawan dia sebab nak suh anak murid jadi ramai...hik3..

Dan tak sangka plak, apa yang dimainkan dulu tu adalah bakal tugas yang akan saya pikul sekarang ini…hehe.. biarlah cita-cita masa dulu-dulu itu tersimpan kemas dihati…jauh tersasar bidangnya dari sekarang ni…saya tak kecewa jauh sekali terkilan, malah saya sangat BAHAGIA dengan tugas guru…ya,tugas yang akan menjadi tanggungjawab dan amanah kepada saya…


di SK Bukit Bayas...Saya mengajar murid Tahun3

Matematik : 3 As-Syafei

Ni pun kelas 3 As-Syafei jugak
ce cari di mana cikgu nye????heh


Sticky notes:-
1.# Saya tak nak jadi cikgu biasa-biasa..Sebab cikgu biasa dah ramai sangat...
Tapi saya nak jadi cikgu yang LUAR BIASA dan SERBA BOLEH…#
2, # Hari ni saya asyik dk ulang dengar je lagu "KAMI GURU MALAYSIA"..hehe #

Wednesday, April 24, 2013

#quote#


Take Note...!!!




Sticky note:-
masih belum terlambat...
better late than never...
keep trying!!!


Monday, April 22, 2013


Tatkala jiwa kosong…

Mata merenung langit dan berfikir…

Langit tidak selalu cerah…

Malam tidak selalu berbintang…


Kehidupan sebagai seorang manusia,

ada sahaja yang kurang…

Tidak puas dengan apa yang di miliki …

dan sentiasa mahukan yang lebih…


Ya, itulah manusia yang sentiasa alpa…

Aku lupa, aku jua manusia…

Manusia yang hanya tahu mahukan itu dan ini...


Tanpa fikir itu dan ini...



Dan…juga...

Manusia yang sering terlupa pada diri sendiri… 

Lupa kita semua di bawah satu bumbung iaitu Dunia…

Lupa ada bumbung lain selepas dunia…


Itulah yang kita selalu lupa…

Wahai diri…

Janganlah kau terlalu leka dengan dunia…



Thursday, March 21, 2013

orang bahagia...

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah...

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa...

menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan...

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan...

 menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan menjadikan diri muda selalu...

 dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...


sticky notes:-

Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik....TAPI

mereka hanya akan berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya...


Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. 
Namun kita harus menuju ke sana. 
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. 
Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. 


...(^_~)...

Friday, March 15, 2013

Mr.Adapter saya...

huhuhu...
Arini tetiba Mr.Adapter wat hal plak..haihhhh, time ni jugak dia nak merajuk...tak bertimbang rasa betoi la Mr.Adapter ni..sedihhhh taw!!!...sob3..(T_T)
dah la orang tengah busy ngan keje skrang ni...
Tapi...Nasib baik la Mr.Adapter 2 merajuk hari ni...cuti, so sy takde la sibuk ngan keje sangat..sempat jugak la sy nak berbaik-baik ngan dia...n buat apa yang patut untuk pulihkan dia...


Mr.Adapter....
tersenyum lebar nmpak sbb 
bleh masuk dlm entri blog kali ni..
hik3...



Patah tumbuh hilang berganti kan..
n alhamdulillah, Mr.Adapter baru telah berjaya diganti...

Kepada Mr.Adapter baru...pasni jgn wt hal lagi ok!!!..plis be nice to me..

Kepada Miss Screen plak...sabar dulu...jgn nak tunjukkan garisan-garisan panjang kat muka awak 2..tak cantik laaa my lappy nanti..sy xmo tgk garisan tu semakin panjang...mohon bersabar sehingga saya abes blajar ok...

oh, my lappy...
long time i've take care of you..
plisssssssss, be very NICE to me....
btw, thanx a lot for being OK with me till today..
i'm really appreciate you...


Lappy yang da banyak berjasa...
5 tahun lebih da lappy ni berjasa...
walaupun ni laptop jenis lama, tapi sy tetap syg dia..
(~_~)
Sticky notes:-
Hargai apa yang dimiliki sebelum anda kehilangannya...
Jagalah ia sebaik mungkin...sepertimana anda menjaga diri sendiri...(~_+)


over thinking...


huk3...so tired of thinking...

need to recharge my energy now...

Let's having breakfast...heee


sticky notes:-

tok sabar raso nok balik ghumoh minggu depe...
c.u.t.i 1 m.i.n.g.g.u....yeayyyyyyy!!!!

Monday, March 4, 2013

Doa kecilku...


Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.

Wahai Tuhan kami! 
Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.

Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

Amiin



Sticky notes:

DaripadaNya kita datang, kepadaNyalah kita akan kembali...
Bersedialah sentiasa...(^_^)

Monday, February 4, 2013

feeling DOWN...


Sticky notes:-
I'm feeling DOWN right now..  : (
( T_T )......

There is ONLY a solution to make me better ----> going back HOME..
sobs...sobs...sobs...

Wednesday, January 16, 2013

hargai sebaiknya masa itu..

Juga untuk peringatan buat diri sendiri... (>_<)



Sticky notes: 
No matter how busy you are, always remember ALLAH...
Do good and good will come to you..InsyaAllah...

Sunday, January 13, 2013

Positifkan hati…


Pasti cukup mudah untuk menghadapi sesuatu yang menggeramkan @ men’tension’kan bagi mereka yang memang berjiwa kental…tapi tersangatlah sukar bagi anda yang kurang kesabaran…Saya mengaku, ada kalanya diri saya juga sukar untuk mengawal kesabaran dalam diri…Tapi yang pasti takde lah sampai nak marah-marah orang tak bertempat…itu bukan sikap saya…Apa yang dilakukan oleh saya ketika itu hanyalah mendiamkan diri...Alhamdulillah, nilai kesabaran dalam diri masih terkawal walaupun adakalanya saya cukup terkesan dengan kerenah beberapa orang pihak…

Namun apa yang pasti pada ketika itu saya rasa cukup tidak tenang..cukup tension…Saya merenung sejenak..memikirkan tindakan yang seharusnya dilakukan…Apa yang boleh dilakukan untuk kembali neutral ialah positifkan hati, positifkan minda…sentiasa menganggap sesuatu itu pada sudut yang positif…Alhamdulillah, saya dapat menguasai hati dan minda untuk melupakan sesuatu yang menjadikan hati saya ini tiba-tiba gusar, geram…lihat, betapa besarnya kuasa sabar dalam diri…dalam sekelip mata, hati saya boleh kembali tenteram…Ternyata sabar itu ada hikmahnya…

Jelas, sabar itu memainkan peranan yang cukup besar dalam diri..Tanpa sabar, hati mudah untuk tidak tenang…mudah untuk memikirkan sesuatu yang kadang-kala boleh menyebabkan kita berprasangka buruk pada orang lain..ohhh, memang tidak sepatutnya kan…Biarlah kesabaran itu bergerak seiring dengan minda yang positif...InsyaAllah, ketenangan hati akan menguasai diri...






Salam sayang untuk semua…: )


Sticky notes: Abah banyak ajar saya erti sabar…sentiasa sabar dalam  apa jua keadaaan…thanx a lot abah…love u so much…

Mood: homesick…

Friday, January 4, 2013

gud morning!!!

When I first open my eyes upon the morning meadows and look out upon the beautiful world, I thank Allah I am alive.

Every morning we have two choices,continue our sleep with dreams or WAKE UP and chase our dreams. 
CHOICE IS YOURS. 

Don’t worry about yesterday or last month. 
Today is a new day, so renew your mind this morning. 
Be positive and start fresh



sticky notes: 
A morning greeting does not only mean ‘Good Morning,’
 it has a silent, loving message saying, ‘I think of you when I wake up.

Thursday, January 3, 2013

cerita biskut


Ni mungkin situasi yang pernah anda alami kan???

Haha..ada betulnya jugak kan??? 

Dulu masa kanak-kanak ribena, time balik kampung atau p umah jiran, biasanya ikut my mother la...huhu, suke sangat jadi tukang sibuk di kala mereka sedang berbual-bual..Pastu kan, selalu sangat dihidangkan ngan  biskut kering dan air teh..time tu, makan macam tak pernah jumpe biskut...kadang-kadang tu tak sedar sampai da licin pinggan...siap tuan umah tambah lagi biskut...time 2, mula la nak wat muka malu-malu kucing n senyum-senyum kambing...padahal kan kalau kat umah sendiri, ada je biskut sebijik camtu...tapi takde la sampai gitu makannya..ntah la, kalau makan kat umah orang, smakin sedap plak kot rasanya..haha..opppssss, ni bukan saya sorg je mkan k..ada lagi pengikut my mother yang setia..heee...
oh, rindu zaman kanak-kanak ribena..tapi bila ingat smula, sangat-sangat klakar  laa...kui3...

Time hujan camni, makan biskut cicah air teh pasti sedap kan...
heee...

ni la biskut kering a.k.a biskut mayat..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...