Thursday, June 2, 2011

di sebalik solat itu....

SOLAT
Terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat


BERDIRI
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik,rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.


TAKBIR
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

RUKUK
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

SUJUD
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah kearah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

DUDUK IFTIRASY
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kalenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.


TRANSISI
Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.


SALAM
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

THUMANINAH
Thumaninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.


sesungguhnya solat itu tiang agama...di sebalik kite diperintahkan untuk menunaikan solat 5waktu ini, ternyata terdapat banyak kelebihan yang kite sendiri tidak sedari kan...


~~~...mudah-mudahan segala amalan dan ibadah yang kite lakukan ini diterima oleh Allah S.W.T....
InsyaAllah...~~~
_
_
_
_
_


P/s untuk diri sendiri dan reader: 
...Hablunminnallah wa hablunminannas...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...