Sunday, June 19, 2011

oNe to maNy...

Dua batang kayu di satukan dengan paku dan dua ketul batu di satukan dengan simen. Apa pula yang menyatukan 2 hati? Saya mengajak anda berfikir secara sihat, dan mengikuti perbincangan saya pada perenggan berikutnya.


Jika kita lihat secara dasarnya, perkara yang membawa kepada kekuatan adalah penggabungan, tautan, ikatan, kerjasama dan kepercayaan. Cuba kita ambil lidi kelapa sebagai bahan uji. Jika ada sebatang lidi sahaja, terlalu mudah untuk kita mematahkannya, tetapi apa akan berlaku jika lidi di susun dalam kuantiti yang banyak?


Contoh yang lebih ekstrem yang boleh di jadikan sebagai bahan uji ialah tubuh badan kita sendiri. Kesemua organ, saraf, kulit dan lain – lain saling bekerjasama dalam menjadikan kita manusia yang sempurna. Semua unit ini bekerja dengan fungsi masing – masing, dalam mencapai tujuan yang sama. Apa kata anda sekiranya salah satu unit gagal berfungsi?


Justeru, apa kaitan penyatuan kayu, kuantiti batang lidi dan unit – unit sistem manusia dalam perbincangan ini? Analogi yang sangat mudah untuk kita mendefinasikan kehidupan manusia. Apabila bekerja atau hidup seorang diri, kita akan mudah kalah, mudah untuk di jatuhkan, di perlekehkan, tetapi jika kita berada dalam organisasi, kita akan kuat.


U.N.I.T.Y


Namun begitu untuk mencapai organisasi yang kuat, kita memerlukan unit atau sistem yang berkesan, di mana bekerja dengan penuh komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam mencapai matlamat yang sama. Persoalannya sekali lagi, apa yang menyatukan manusia?
~
~
~
~

Persaudaraan. 
Haaa....Persaudaraan kunci untuk penyatuan. Resepi untuk kejayaan. Perencah dalam kehidupan. Apa kata anda?


_SEKIAN, WASSALAM_

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...