Friday, June 10, 2011

:: ~R.E.J.A.B~ ::

REJAB ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan REJAB itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan REJAB, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Sabda Nabi s.a.w.: 
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.



FADILAT BERPUASA PADA BULAN REJAB

*Malam awal Rejab >>> mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari >>> mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari >>> dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari >>> dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari >>> diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari >>> aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari >>> keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari >>> ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari >>> dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari >>> keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari >>> Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari >>> akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari >>> dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari >>> diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).


Barang siapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.



REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.


REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 




P/s: selamat beramal...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...