Tuesday, December 28, 2010

::BiLa uSia meniNgkat::

Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya. Bermula kita dari setitik mani yang bersatu dengan ovum, kemudian terhasillah segumpal darah, di balut tulang dan daging kemudian ditiup roh lalu lahirlah kita menjadi seorang bayi. Bermula kita meniarap, kemudian kita merangkak, bertatih kemudian kita berlari. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi. Kita juga dibekalkan pula dengan akal dan naluri, ada perasaan, ada nafsu, ada cita-cita, ada kehendak. Maha suci Allah yang Maha Pencipta.


Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Muda sebelum tua. Sihat sebelum sakit. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sibuk dan Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, seharusnya persoalan yang sering bermain di minda kita adalah, "selama aku hidup, apa yang telah aku lakukan???"


Tahun demi tahun, kita meneruskan kehidupan di alam baru pula. Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar. Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. Ada masanya kita kuat menempuh halangan dan ada masanya kita tewas..Hmmm...mgkin jgk saya je...awak x..(T_T)..tanpa kita sedari titik hitam mula berkumpul dalam diri ini, setitik demi setitik, hingga lama kelamaan menjadi banyak. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri. Kita juga kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah kami wahai Tuhan.. Apa gunanya kita hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan dosa? Dan kenapa Tuhan izinkan kita hidup sedangkan timbangan dosa kita kian lama kian berat? (T_T)



Astagfirullahalazim.. Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa. Namun, pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini? Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan. 


Dikesempatan ini, marilah sama2 kita cuba untuk muhasabah diri kita(u n me…awak dan saya…)..Tidak rugi kalau kita melapangkan masa untuk berfikir sejenak untuk menginsafi diri kita. Untuk memberi kesedaran kepada kita agar diri kita sentiasa berada pada landasan yang betul…pada jalan yang lurus…InsyaAllah…


Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar. 


Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.


Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi. 



Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan. Bila usia meningkat, ramai yang risau, kecantikan dan keremajaan bakal hilang, lalu sibuklah mereka menyuntik sana sini, makan vitamin itu dan ini. Malangnya ramai yang lupa, bila mati, jasad di timbus tanah, ulat dan cacing datang menggigit, semuanya akan reput, daging dan kulit di makan tanah. Kita kembali menjadi tanah. Apa gunanya cantik? 


Bila usia meningkat, ramai yang risau, harta dan kekayaan yang dikumpul masih ditakuk lama, wang simpanan masih tidak mencukupi. Malangnya ramai pula yang lupa untuk mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke sana. Ke alam yang kekal abadi.

Aduhai.. Saya bagaimana pula? usia saya juga kian meningkat, esok atau lusa mungkin tiba masa saya di jemput kembali pulang ke alam barzakh.. Namun, saya sentiasa memanjatkan doa agar diri ini sentiasa dipanjangkan umur...Sentiasa mendapat redhaNya...Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku,dosa ahli keluargaku, serta guru2ku, rakan2ku, serta semua kaum muslimin dan muslimat...tunjukanlah aku jalanMu yang lurus, selamatkanlah dan bahagiakanlah aku serta seluruh muslimin dan muslimat, dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal A'lamin..



**** K…dats all for today ****
(^_~)

..............................................................................................


"Sekiranya kita ditimpa musibah, seharusnya kita perlu ingat bahawa masih ada lagi orang yang bernasib malang dari apa yang kita hadapi. Sekiranya kita mendapat nikmat, kita seharusnya perlu ingat bahawa masih ramai lagi orang yang bernasib baik dari kita. Seharusnya sentiasalah belajar untuk bersyukur"


...................................................................................................................................





2 comments:

miss oat said...

open our eyes...

miss oat said...

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...