Tuesday, October 18, 2011

siNusiTis...

Apa itu siNusitis??
klu cakap resdung, korang paham x??? 
haaa....sinusitis ni mksudnya resdung laa..Resdung ni radang pada lapisan rongga  hidung (sinus) yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Sinus
>>> rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

>>> berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
~SINUS~


Haaa...nampak x perbezaan antara sinus sihat 
ngn sinus yang dijangkiti resdung ni?

punca resdung:-
>>Alahan. ..iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami  alahan,
daging yang bertindak  sebagai  penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar…
Ia akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. ..hasshhhemmmm...msti anda akan bersin kn...Huhuhu...

Lebih parah lagi,
resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak…ni mungkin bila da tahap kritikal kot…

Opppsss…At-10-tion..
Bagi penghidap penyakit resdung, tentu sekali banyak kali anda rasa gatal-gatal di bahagian kelopak mata dan seringkali rasa tertarik untuk menggaru-garu bahagian tersebut. Seakan-akan terasa ingin terus menggaru dan menenyeh kelopak mata kerana merasa betapa 'sedap'nya melakukan sedemikian dengan harapan ianya akan hilang. Tidak, perbuatan tersebut kalau silap gaya akan mengakibatkan mata anda lama - kelamaan akan bertukar menjadi seperti ini. So, berhati-hatilah. Atasi penyakit ini sementara peluang masih ada.

= Mesejnya di sini; jangan melebih-lebih bila mengosok mata. Ia adalah bahagian paling halus, lembut milik tubuh =


Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
 ..so, jgn takot/risau klu ad kawan2 atau family yg menghidapi  resdung ni k…u oll xkn kena pun..lain la klu da memang ada resdung ni..

petua mencegah resdung;
>>>  Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

>>> Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tu dengan air panas. Tujuannya untuk bunuh hapuskan serangga dan pepijat…silalah malas rajin membasuh k…

>>> Beratkan Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani.  Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacum cleaner) yang berkualiti tinggi.

>>> Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.
 Yang ni  mmg jarang orang praktikkan…(-_-)!


>>> Minum air suam/mineral dengan kadar yang sedikit banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.


>>> Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air panas suam. Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.




>>> Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), makan la banyak2 k…janganlah makan makanan tu.
~
~
~
~
~
~

GOOD IN HEALTH…
INGAT!!!...SIHAT ADALAH MILIK SETIAP INSAN... (=_+)






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...