Monday, October 31, 2011

100



1 0 0.
itulah nombor yg akan di-survey untuk entry kali ini. jom kita baca apa yg diperkatakan oleh mereka-mereka.



************************


makhluk 1: pemilik kereta ae80.
"bagi saya, no 100 sangat sesuai kalau buat no plat. kenapa? senang ingat, tersusun, cantik (itu subjektif). tapi bahaya gak sebab kalau dah kena mark, memang mudah nak kantoi. nak2 no yg mudah hafal camtu. heh."



makhluk 2: mat racer & mat rempit.
"ohh 100 ni memang gua perlu sangat masa nak race, rempit. lebih lagi bagus. penting nak menang & nak lari dari polis. haha." (jgn tiru aksi ini! -_-')




makhluk 3: adam & hawa.
"u tanye i sanggup ke tak tunggu u 100 tahun lagi? bukan setakat 100 taw, 1000 tahun pun i sanggup. u tak percaya kan i ke? i cinta kat u 100% taw. sumpah! kalau u tak caya, i sedih taw." (perghhh sumpah aku nak muntah. geli semacam je aku masa survey makhluk ni. sayang tu biarlah kena dengan caranya. yg penting percaya! btw dia masih lagi dalam topik. hah.)




makhluk 4: student yg tak pernah tak power.
"target saya takkan & tak pernah berubah! 100 dalam exam. saya mesti dapat. well, saya pun 100% kehadiran. memang tak salah kalau member gelarkan saya mat 100. hehe." (mungkin 1 lagi dia tertinggal: 100% skema. hak3)




makhluk 5: cristiano ronaldo.
"saya dengan muka berlagak yg melampau akan buru misi gol ke 100 untuk Real Madrid. saya perlu untuk mengembangkan lagi levep berlagak saya ni. setakat messi tu saya tak gentar langsung. haha." (mak aii berlagak noo. geram aku.)




makhluk 6: tok imam masjid.
"insya-Allah saya akan istiqamah membaca 100 ayat al quran setiap hari. paling kurang pun saya akan baca 10 ayat kerana hadis nabi ada mengatakan dengan 10 ayat kita tidak akan termasuk golongan yg lalai. lagi bagus kalau 100 ayat. dan saya yakin 100% dengan janji Allah."

:::: Hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah - Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat. ::::





makhluk 7: axl's
"album terbaru kami ada memuatkan lagi berjudul Seratus Kali. kami percaya ia mampu memecahkan pasaran dunia. kami hebat selamanya. yeahhh." (berkobar-kobar semangat tu. layannn je la. heh. jom try dengar lagu mamat ni. klik link ni: Axl's - Seratus Kali)





makhluk 8: penconteng random typewriter.
"agak excited dengan 100 ni sebab entri blog ni dah sampai 100 post. wah kemain lagi. tak sangka serajin ni tulis blog. indahnya kalau rajin tu ada untuk study. lagi indah kalau ada award khas. cehh macam la orang lain tak sampai 100 entri. haha sembang. :P"





**********************

jadi sekian saja lah survey kita untuk kali ini. walau apa pun makna 100 untuk kita, seelok-eloknya ambil lah yg molek2 aje. kurangkan kemalasan, tingkatkan prestasi kerajinan. mood exam. (sighh)



Tuesday, October 25, 2011

beringat-ingat, berpesan-pesan...

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin





notakaki:
tengkiu to my adik for dis info...he3,kakakmu yg baik ni copypaste...mintak izin kt cni...hik3...

Sunday, October 23, 2011

jujur i2 perLu...


Salam mesra salam muhibbah. semoga senyuman bahagia sentiasa bersama anda pada hari ini. Namun, jangan sangka panas sampai ke petang, mungkin juga hujan akan turun di tengahari. (nak2 skang ni kn musim hujan..psssstttt…pastikan kain xda kt ampaian k..ha3…)kepada yang dalam musibah, semoga dugaan itu dapat ditempuhi dengan penuh ketabahan…weee…

Apa-apa pun, senyuman mesra tetap saya hadiahkan kepada anda. semoga dengan memberi senyuman, hari anda lebih ceria. hehe.. ni kes budget hot menawan punya senyuman..hahaha..(who care???..kuang3…)

~
~
~
~
~
~
~

Next...
PART 2....

/////////+++++++++++++++++/////////


A milkman became very wealthy through dishonest means. He had to cross a river daily to reach the city where his customers lived. He mixed the water of the river generously with the milk that he sold for a good profit. One day he went around collecting the dues in order to celebrate the wedding of his son. With the large amount thus collected, he purchased plenty of rich clothes and glittering gold ornaments. But while crossing the river the boat capsized and all his costly purchases were swallowed by the river. The milk vendor was speechless with grief. At that time he heard a voice that came from the river, “Do not weep. What you have lost is only the illicit gains you earned through cheating your customers.

MORAL : Honest dealings  are always supreme. Money earned by wrong methods will never remain forever.



Ingat, anda jujur, ada kelebihan yang pastinya menjadi milik anda. ya.. orang yang jujur pasti akan mendapat kelebihan berbanding orang yang tidak jujur. betul kan. kan…kompem 100% betoi…




Tuesday, October 18, 2011

Red Warriors Forever!




NOTA PENTING:

Entri ini tidak melibatkan apa2 unsur kenegerian @ perkauman. Sila faham ye. J

Waaaa. Sedih wei kecundang peringkat suku akhir. Tapi aku reda sebab adat game kalah dan menang tu. Lagipun Sang Penyu tu bukan calang-calang team. Fight kot game tu. Paling aku solute si Saha a.k.a Ashaari la. Memang aku dah perasan, tahu dia memang power. Paling mahal kat dia ni, dia sangat tenang tak kira match apa skalipun. Stay cool bro!



Match 2nd league antara Kijang vs Penyu tu aku tengok kat kedai je. Dah pokai mase tengok yang 1st league kat stadium aritu. Heh. Ni nak luah la sikit perasaan mase tengok match tu. Serius takut. Berdebar-debar. Macam aku plak yang main. Haha. Pastu ada la sorang mamat ni duk bising-bising. Serabut giler. Duk kutuk Apek. Bukan main seronok lagi dia duk cakap keeper sayur! Adoiyaa.

“Ooi brader yang macho. Yang sayur2 tu la yang selamatkan gawang Malaysia sampai dapat piala AFF Suzuki. Paling penting selamatkan imej Malaysia dari malu. Keeper no. 1 dunia pun ada bolos, ini kan pula keeper muda baru cam Apek tu.”


Susah bila ramai yg jadi pengkritik tak bertauliah ni. Haha biarkanlah beliau. Nasihat, cuba pikir kalau kita kat tempat dia, boleh ke kita handle semua tu? Kalau boleh, aku tak akan melarang malah menggalakkan kutukan itu. Sama lah dalam hidup kita ni, janganlah sesenang kita je kutuk orang selagi dia tak salah. Kita tak rasa jadi kita tak tahu. Ok? J


Alang-alang entri pasal bola ni, aku nak mengucapkan TAHNIAH kat skuad Sang Penyu sebab berjaya kalahkan Red Warriors. Serius korang layak pergi jauh. Bravo! Pilihan juara Piala Msia 2011 ni, aku pilih Sang Penyu. Hehe.


Buat Red Warriors, jangan putus asa. Cuba lagi tahun depan. Kalah itu tak bermakna lemah. Mungkin perlu lagi usaha. Aku sokong TRW sokmo2. Aja2 fighting! Chaiyokkk!



p/s: Buat peminat2 TRW janganlah terlalu mengharapkan kemenangan sehinggakan tak mampu terima kekalahan. Lumrah hidup, kadang2 di atas kadang2 di bawah. Macam roda!


siNusiTis...

Apa itu siNusitis??
klu cakap resdung, korang paham x??? 
haaa....sinusitis ni mksudnya resdung laa..Resdung ni radang pada lapisan rongga  hidung (sinus) yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Sinus
>>> rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

>>> berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
~SINUS~


Haaa...nampak x perbezaan antara sinus sihat 
ngn sinus yang dijangkiti resdung ni?

punca resdung:-
>>Alahan. ..iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami  alahan,
daging yang bertindak  sebagai  penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar…
Ia akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. ..hasshhhemmmm...msti anda akan bersin kn...Huhuhu...

Lebih parah lagi,
resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak…ni mungkin bila da tahap kritikal kot…

Opppsss…At-10-tion..
Bagi penghidap penyakit resdung, tentu sekali banyak kali anda rasa gatal-gatal di bahagian kelopak mata dan seringkali rasa tertarik untuk menggaru-garu bahagian tersebut. Seakan-akan terasa ingin terus menggaru dan menenyeh kelopak mata kerana merasa betapa 'sedap'nya melakukan sedemikian dengan harapan ianya akan hilang. Tidak, perbuatan tersebut kalau silap gaya akan mengakibatkan mata anda lama - kelamaan akan bertukar menjadi seperti ini. So, berhati-hatilah. Atasi penyakit ini sementara peluang masih ada.

= Mesejnya di sini; jangan melebih-lebih bila mengosok mata. Ia adalah bahagian paling halus, lembut milik tubuh =


Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
 ..so, jgn takot/risau klu ad kawan2 atau family yg menghidapi  resdung ni k…u oll xkn kena pun..lain la klu da memang ada resdung ni..

petua mencegah resdung;
>>>  Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

>>> Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tu dengan air panas. Tujuannya untuk bunuh hapuskan serangga dan pepijat…silalah malas rajin membasuh k…

>>> Beratkan Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani.  Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacum cleaner) yang berkualiti tinggi.

>>> Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.
 Yang ni  mmg jarang orang praktikkan…(-_-)!


>>> Minum air suam/mineral dengan kadar yang sedikit banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.


>>> Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air panas suam. Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.




>>> Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), makan la banyak2 k…janganlah makan makanan tu.
~
~
~
~
~
~

GOOD IN HEALTH…
INGAT!!!...SIHAT ADALAH MILIK SETIAP INSAN... (=_+)






Sunday, October 16, 2011

hasRat haTi...

Huhuhu…
Tetiba teringin nk bela ikan…cam comel je kan tgk ikan berenang2 dalam air 2 kn?..selalu je p mana2, klu jmpe kolam, msti tertarik je nk tgk ikan dalam 2...Haa,ni ad sket n3 pasal ikan..

Ikan flower horn atau bila dimelayukan name dye “Ikan Bunga Tanduk”..Hahahaha, agk pelik name ini..tapi, xpe…sy yg nk panggil cam2…suatu ketika dulu, ikan ni agak femes dalam kalangan orang cina masyarakat kite…ramai org nk bela ikan ni..sbb pd badan dye ada cam ukiran, skali pandang cam tulisan cina…dipercayai tulisan ni memberi maksud tuah. Hmmm,xtaw la kebenaran ni pasti ke tak…yg pasti dalam kamus dewan xwujud pun maksud abjad tersebut.

 
Opppsss…xmampu sy nk bela ikan ni…mahal2…


Ikan Pelaga/ikan karing/ikan sepilar/ikan peacock...macam2 nama…tapi bendanye sme je…haaa..ni dye..




Ikan ni agak garang n hobi dye suke berlaga…mmg sesuai r dye ni dinamakan ikan laga kan…Haaa,mitos ada mengatakan, ikan ini menjadi penarik untuk 'membawa' masuk hantu ke dalam rumah… Dalam ertikata lain ikan ini menggalakkan hantu untuk bertandang ke rumah. Mungkin hantu juga suka melihat atau bermain-main dengan ikan ini.. hantu air kot…
hohoho,apekah benar?...xyah percaya…tu mitos semata2…hee…

Sy x caya kt mitos 2..hmm,mgkin ni boleh termasuk dalam list kot…agak kiut ikan ni..


Ikan kuyu puyu…Haaa..ikan ni dianggap sebagai penghalau hantu..Teorinya sekiranya ada yang ingin memelihara ikan pelaga pastikan juga ada ikan puyu…haaa, mungkin sbb ciri fizikalnya yang bersisik dan berduri membuatkan hantu takot kt dye…hik3…Ikan ni agak agresif n suke melompat…kekuatan ikan ni, dye susah nk mati…dye agak kebal kot…

 
Hmmm…ikan ni rasanya xsesuai ngn sy…sbb dye agresif..heee…


Ikan emas???cam menarik je klu dapat bela ikan ni…heee…tapi…ikan ni agak sensitive n perlukan penjagaan yg rapi…klu x, alamak segar mati la ikan 2..Haaa, mitos ada mengatakan ikan ini adalah satu-satunya ikan yang dapat mengesan cahaya ultrakiasu ultraungu dan infrared. Sekiranya akan berlaku gempa bumi, dye akan cepat-cepat melompat keluar dari akuarium ataupun kolam. Dye bleh detect gegaran kot. He3..

Hmmm...cam bes je klu bleh yg ni...hik3..






Saturday, October 15, 2011

everything can happen in a second...

In life sometimes you're up
sometimes you're down
sometimes you win
sometimes you loose you crown
sometimes you survive
 
sometimes you drawn...

In life sometimes you feel law
 
sometimes you feel high
sometimes you smile
 
sometimes you cry

In life sometimes your dreams come true
sometimes your dreams flew
sometimes it breakes all the hope 
and the thoughts you drew
sometimes it makes a strong relation 
that last forever between two
sometimes it takes friends 
and people we love and we knew
sometimes we forgot the pain
sometimes the pain grew
but this is the life
and we should go throw

~
~
~
~
~
~



~Be yourself..its good on u...~

Tuesday, October 11, 2011

waJah yaNg MANIS...


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria. Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Namun sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri. Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat: Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum.
Bahkan Rasulullah menegaskan: Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya




Smiling is infectious,
You can catch it like the flu.
If you smile at someone,
they might smile back.




Sunday, October 9, 2011

believe it or not..

Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu?
Jawapannya:Palsu.
Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.


Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu?
Jawapannya:Palsu.

Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk ok!


Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit menjadi lebih sihat.



Benar/Palsu?
Jawapannya:Palsu.
Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.


Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit boleh membantu kulit menjadi sihat.


Benar/Palsu?
Jawapannya:Palsu.
Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.




Kesimpulannya:-
~Biasakan yang betul,betulkan yang biasa~
Ngee~
(^_~)

Saturday, October 8, 2011

HP


Salam.


Aku agak tension ni.

Hp yg disayangi tetap di hatiku dah mula membisu. Sememangnya dia tak dilahirkan bisu semula jadinya. Dulu dia lantang bersuara. Selalu menghiburkan aku di kala sunyi (chewahh). Selalu memekak tak kira tempat (masa kuliah pun slumber badak je dia menjerit). Dan dulu juga lah dia tukang kejut tido mati aku dengan setia dan penuh sabar. Tapi tak lagi. Tu semua kenangan manis aku dengan dia. Adoiyaaa.!

Pelik gak. Nak kate merajuk, aku dah jaga leklok. Aku anggap dia sakit. Mungkin parah sampaikan tak mampu bersuara lagi. Suara merdunya aku sgt rindu. Tacing lak. Nak kata lapar, aku dah bagi makan cukup. Asal pokai je, aku masukkan duit nafkah kat akaun dia. Sangat mustahil atas sebab itu. Kenapa kau membisu? Kesepian dan kesedihan sorang2.


*************


Alang-alang dah sebut pasal hp ni, aku nak kongsi la cara nak cek kualiti hp korang semua. Mudah saje, Cuma tambah air. Oppss silap tajuk. Hehe.

Camni cara dia:

1) Dail *#06# (jangan risau tak guna kredit pun)
2) Akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
3) Semak nombor IMEI hp pada kedudukan 7 dan 8. Contoh : 35467703 – 326194 – 9 – SVN 62. Yg ni no IMEI adalah 03

4) Jom semak ori ke tak hp tu.
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


P/S: jangan lupa untuk mencuba. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...